Pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM perlu siasat elemen rasuah dan salahguna kuasa dalam pemberian 101 kontrak rundingan terus berjumlah RM6.6 billion oleh Kerajaan PH.
Sememangnya pemberian kontrak secara rundingan terus dibolehkan dalam proses perolehan kerajaan.
Namun demikian, perkara ini boleh disalahguna dengan pemberian kontrak-kontrak tersebut kepada kroni-kroni, saudara mara atau pihak yang berkepentingan, di mana besar kemungkinan ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan wajar mengumumkan secara terbuka dan telus senarai syarikat-syarikat yang menerima kontrak secara rundingan terus ini kerana ia melibatkan jumlah wang rakyat yang besar.
Kerajaan PH yang dahulu berjanji sebelum pilihanraya umum ke-14 untuk kononnya menganugerahkan semua kontrak-kontrak kerajaan secara tender terbuka, ternyata secara senyap-senyap mengabaikan janji-janji mereka lagi.















