Seperti yang kita semua maklum, Kerajaan Malaysia telah pun menetapkan bahawa semua kedai-kedai makanan hanya boleh beroperasi sehingga 12 malam sepanjang PKPP.
Bertindak atas maklumat premis yang menjalankan perniagaan lebih masa/langgar syarat PKPP, pada 22//8/2020, jam 1.20 pagi, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail telah menjalankan pemeriksaan dan serbuan ke alamat:
SALUTE NO. 28A, LORONG RAHIM KAJAI 14, TAMAN TUN DR ISMAIL 60000 KUALA LUMPUR
Daripada hasil serbuan tersebut pihak polis mendapati:
1. Pemilik tempat tersebut dan 2 pekerja telah ditahan oleh PDRM. Pemilik tidak mempunyai lesen menjual minuman keras dan tidak mempunyai permit pekerja asing yang sah.
2. 30 pelanggan telah dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk pelbagai kesalahan pelanggaran peraturan dan SOP PKPP.
3. Penyiasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit.
4. Salah seorang yang ditahan adalah MEERA ALYANNA BTE MUKHRIZ yang berumur 24 tahun. Dia adalah anak kepada DATO’ SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ MAHATHIR dan cucu kepada TUN MAHATHIR MOHAMAD
Siapa Sebenarnya Meera Alyanna Bte Mukhriz?
Meera Alyanna Bte Mukhriz (Ally Mukhriz) yang baru berkahwin pada bulan Februari 2020 ini memang tidak asing dari kontroversi dan sering mencetuskan pelbagai isu sebelum ini.
Jadi tidak memeranjatkan jika Ally Mukhriz ditahan dalam keadaan mabuk pada 1:20pagi di sebuah kedai minuman keras di Kuala Lumpur.
Sebenarnya Ally Mukhriz telah banyak menghabiskan masa di luar negara sebelum ini dan memang suka mengikut budaya barat yang terdedah dengan parti-parti liar and minuman keras.
Walaupun keluarganya terutamanya Tun Mahathir selalu bercakap seolah-olah memperjuangkan agama Islam dan adab Melayu tetapi hakikatnya cucunya sendiri sangat terikut-ikut budaya barat dan suka berparti dan minum minuman keras.
Keadaan Ally Mukhriz Semasa Ditahan Polis
Ally Mukhriz telah ditahan dalam keadaan mabuk kerana telah meminum beberapa minuman keras beralkohol.
Kedai SALUTE ini memang adalah sebuah kelab malam yang focus perniagaannya adalah untuk menjual minuman keras.
Mungkin dalam keadaan mabuk dan kerana mengakui dirinya istimewa (seorang cucu Mahathir), maka Ally Mukhriz langsung tidak risau mengenai peraturan PKPP. Persoalannya, adakah dia akan didakwa di mahkamah seperti mereka yang lain?
Atau dibebaskan kerana dia adalah cucu Tun Mahathir?
Adakah pemimpin-pemimpin PH yang lain akan menyeru untuk ALLY MUKHRIZ didakwa juga seperti mana mereka membuat pelbagai seruan untuk kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang menteri dari parti PAS tu?
Ataupun ada satu set undang-undang untuk rakyat marhaen biasa and orang-orang khas seperti keluarga Tun pula dapat layanan istimewa dan kebal dari undang-undang tersebut?