Bagaimana Cara DAP Menipu Dengan Propaganda OPEN TENDER Di Pulau Pinang?

Bagaimana Cara DAP Menipu Dengan Propaganda OPEN TENDER Di Pulau Pinang?

Terdapat 3 bentuk teknikaliti tawaran tender yang biasa didengari oleh orang mengikuti isu berkaitan urustadbir di Pulau Pinang.

1. Direct Negotiation/Runding Terus (Direct Nego)

Tawaran tender sebegini dianggap jahat dan tak telus oleh DAP selama ini seiring dengan slogan ‘indah khabar dari rupa’ mereka iaitu CAT.

CAT ni apadia?

Bukan kucing la.

Tapi slogan cantik yang nak kaburi mata orang yang tak tahu nak meneliti tipudaya DAP.

Competency – Kelayakan,

Accountability – Kebertanggungjawab

Transparency – Ketelusan

Secara teorinya DAP memberitahu kepada pengikut mereka bahawa runding terus adalah punca rasuah.

Jadi untuk buktikan DAP ini sangat CAT maka mereka perlu hebat mengkritik sesiapa sahaja yang amalkan runding terus walaupun ikut garis panduan ‘good governance’.

Lalu , BN lah yang menjadi sasaran mereka sebelum ni walaupun bukan mesti semua runding terus yang BN buat tu mesti salah atau rasuah.

2. Request For Proposal/Rundingan Berdasarkan Pilihan Kertas Cadangan (RFP)

Bagi mengaburi agenda jahat DAP untuk dilihat telus tanpa menggunakan pendekatan Direct Nego, DAP telah memanipulasi pendekatan RFP yang mereka labelkan semula menjadi Open Tender.

Hakikatnya, RFP mereka ini dilaksanakan untuk mencapai maksud Direct Nego.

Sangat licik ramai pengikut mereka ditipu dengan silap mata label ni.

Kenapa hakikatnya RFP ni boleh berfungsi sebagai Direct Nego?

Ini berlaku apabila DAP boleh memilih mana saja tender yang mereka suka.

Natijahnya ia akan jadi seperti Direct Nego jika pihak mereka dah dedahkan spesifikasi (spec) kepada pembida pilihan mereka.

Melalui cara RFP, sesama pembida mereka tak tahu spec pembida yang lain.

Maka inilah elemen tak terbuka yang ada dalam RFP.

Ya, RFP bukan direct nego.

Tapi apabila ada deal dibelakang memberi petunjuk kepada pembida pilihan ia boleh disifatkan sebagai ‘adjusted creative direct nego’.

Namun, apa yang lebih memualkan apabila DAP berjaya meyakinkan orang yang tak tahu bahawa, RFP (minta proposal) inilah OPEN TENDER.

Mereka membuat tipudaya bahawa ciri open tender adalah apabila wujud ramai pembida.

Hakikatnya, RFP yang melibatkan ramai pembida tender bukanlah OPEN TENDER sebenar.

Bagaimana OPEN TENDER sebenar?

3. Open Tender/Rundingan Terbuka

Open Tender sebenar apabila spec cadangan daripada pengeluar tender hanyalah satu.

Spec ni bukan datang daripada idea pembida.

Bermakna jika kerajaan negeri sebagai pengeluar spec ini perlu ada konsultan khas untuk kemukakan spec.

Maka pembida-pembida masing-masing perlu penuhi spec yang sama dan menawarkan harga masing-masing.

Pemilihan open tender sebenar ini adalah berdasarkan siapa sahaja yang tawarkan harga paling rendah dengan spec yang sama tadi, otomatik akan menang tender.

Maka, situasi yang terbuka sebegini menyebabkan pengeluar tender sendiri sukar nak set supaya pembida pilihan mereka menangi tender tersebut.

Ini kerana sistem OPEN TENDER sebenar ini wajib memilih siapa sahaja yang tawarkan harga termurah.

Semua pihak terlibat akhirnya tahu harga setiap pembida pada ketika penentuan pemenang bidaan.

Maka inilah OPEN TENDER sebenar.

Walaupun nampak cantik pendekatan open tender ni, namun ia tetap ada kelemahan tersendiri.

Saya tak nak bincang dalam tulisan ini.

Siapa yang biasa berhadapan dengan pengurusan projek faham la kenapa saya cakap begini.

Untuk makluman, kes terowong dasar laut yang sangkut kes mahkamah sekarang pun sebenarnya adalah mengikut kaedah RFP.

Bukanlah OPEN TENDER seperti yang mereka sedang propagandakan tu.

Mereka boleh tipu orang yang tak ada pendedahan maklumat terhadap perkara teknikal sebegini.

Mereka berjaya menipu pengikut mereka dan menipu netizen-netizen yang idealis yang sebenarnya tulus mahukan ketelusan.

Padahal hakikatnya, DAP berjaya ‘smoke-screen’ (kaburi mata) dengan pendekatan RFP yang berjaya dilabel sebagai Open Tender.

Pendedahan beberapa hari lepas di parlimen merupakan tamparan hebat buat DAP apabila tembelang mereka pecah.

Kononnya mereka sebelum ni mengutuk keras Direct Nego, kini terbukti mereka juga menerima direct nego dengan garis panduan tertentu.

Orang dah cakap lama dah Direct Nego bukan mesti salah sejak sewaktu mereka jadi pembangkang pada awal-awal dulu.

Tapi mereka dengan angkuh meracuni pemikiran rakyat seolah-olah direct nego ni mesti salah, tak telus dan rasuah.

Hari ni, apabila mereka buat sidang media khas konon nak sekolahkan orang tentang direct nego yang dibolehkan.

Padahal dah lama dah orang faham soal direct nego ini dibolehkan mengikut garis panduan tertentu.

Mereka agak bebal dan angkuh sebelum ni.

Bila dah terkantoi barulah nak berlakon jadi hero, alihkan isu kepada perbincangan soal perbandingan siapa lebih banyak direct nego.

Kenapa DAP terlalu idealis memburukkan direct nego suatu ketika dulu?

Rasakan kini senjata propaganda jahat mereka dulu sedang makan tuan.

Mereka kini diserang oleh netizen idealis yang rasa tertipu dengan hipokrasi mereka selama ini.

Pada saya, sama ada Open Tender, RFP atau Direct Nego mempunyai kelebihan, kelemahan dan keperluan tertentu.

Mana-mana pendekatan ini digunakan mengikut situasi yang wajar untuk kelancaran urustadbir.

Bahkan setiap pendekatan tender ini tak terlepas daripada ruang untuk dimanipulasi oleh pihak berkepentingan yang terlibat dengan urusan tender ini.

Poin penting yang kita pertikaikan DAP sekarang ni adalah apabila mereka KELENTONG tanpa rasa segan seolah-olah mereka terlalu suci dan telus.

Sekarang dah terciduk, baru terpinga-pinga nak mengajar orang tentang perlunya ada keanjalan soal Direct Nego.

Kebenaran akhirnya tersingkap.

Tembelang DAP kini pecah.

Mana nak sorok muka LGE.

Rakyat tidak bodoh untuk ditipu berkali-kali.

Semoga tulisan ini ditularkan untuk memberi kesedaran kepada umum bahawa,

“Kalau tak tipu, bukan DAP lah!”

Zico de Prancis

Politik