Perbahasan Objektif (Peladang Durian)

Perbahasan Objektif (Peladang Durian)

“Sindrom mata merah.

Setelah mereka melihat bahawa industri ‘musang king’ telah menjadi sangat menguntungkan bagaimana anda menyingkirkan petani dan berusaha mencuri pokok mereka yang kini berada di puncak penuaian maksimum.”

“Ini bukan perkara baru, sayangnya petani yang mudah tertipu menganggap mereka hanya mendapat kesepakatan untuk mengetahui bahawa kerja keras mereka akan dirompak pada waktu siang.

Tanya mengapa tiba-tiba ada keperluan untuk menubuhkan syarikat untuk diambil alih?

Tunggu sahaja “ahli politik” bertukar.

Mungkin membuat perjanjian di mana para petani tidak akan mempunyai pilihan selain menandatangani. “

– Ben Yap.

Ini ialah contoh propaganda yang sering saya baca dari kalangan orang Cina yang tidak mengambil kira pencerobohan haram ke atas tanah kerajaan.

Semestinya ramai orang Cina yang berpendapat sedemikian dan saya juga tak boleh nafikan bahawa pekebun durian memang ada kerja keras untuk membangunkan industri durian sehingga negara China menjadi pembeli terbesar buahan ni.

Saya dengar cerita bahawa setiap ekar tanah kebiasaannya boleh menampung 30 pokok durian, tetapi pekebun durian ini dapat menanam 40 pokok dalam setiap ekar.

Kebiasaannya 30 pokok ialah kerana buah durian tu berat dan pokok durian biasanya perlu kawasan yang lebih untuk membesar supaya dahan dia cukup kuat untuk menampung berat buahnya.

Tapi setelah berpuluh tahun dalam industri ini, mereka dapat menanam pokok durian dengan dahan lebih kecil yang juga boleh berbuah banyak dengan membina struktur sokongan yang akan memastikan dahan pokok tidak patah.

Dan setiap pokok yang cukup matang dapat mengeluarkan 600 buah durian, jadi penambahan 10 pokok setiap ekar tu boleh memberikan 6,000 lebih buah secara purata.

Industri durian ini begitu lumayan sehingga cerita yang saya sering dengar ialah investor dari China akan melawat kebun durian untuk melihat pokok-pokok yang belum berbuah dan dia akan bayar ‘advance’ untuk kesemua buah durian dengan harga berjuta-juta ringgit.

Dan memanglah kalau kamu mendengar ceritanya macam ini, kamu pun akan ingat kenapa pula kerajaan nak memberikan pengusahaan perindustrian durian ini kepada sebuah syarikat yang mungkin tak tahu selok-belok dan cara betul untuk menjaga pokok durian ini.

Tamak betul kerajaan nak rampas kerja keras pekebun dan pengusaha ladang durian ni.

Kerajaan zalim!

Tapi segala apa yang telah diusahakan dibuat secara haram di atas tanah kerajaan.

Kamu tak dengar pengusaha durian yang mempunyai ladang dan tanah mereka sendiri merungut mengenai tindakan kerajaan nak paksa mereka untuk memasuki perjanjian untuk menghalalkan perniagaan mereka pun.

Siapa suruh mereka memulakan sesuatu perniagaan yang mereka sepatutnya tahu memerlukan sokongan kerajaan untuk diteruskan?

Bukankah ladang ini dulu mendapat sokongan ahli politik secara senyap?

Tapi ahli politik itu semua kena buang kan?

Eh, kalau saya cakap macam ni, macam tak adil juga kan? Haha.

Tapi saya nak ceritakan isu ini dari sudut lain pula.

Dari segi perundangan, isu ini sama saja dengan isu peniaga kecil Melayu yang buka gerai di tepi jalan tanpa permit.

Itu memang tanah kerajaan.

Nak berniaga sana, tapi kerajaan tak benarkan.

Tapi berniaga juga dan bila penguatkuasa datang, mereka minta simpati.

Lalu persefahaman dicapai dan secara senyapnya penguatkuasa tidak lagi lihat perniagaan tanpa permit tu.

Orang lain nampak benda ini boleh buat, mereka juga ikut buat salah tapi diingatkan betul sebab adanya mereka yang buat benda tu.

Lepas tu, kalau ditanya, mereka akan kata kalau kena, semua kena bersama-sama.

Orang Cina yang bising nak marah ini, nak marah itu, sama juga macam peniaga kecil Melayu.

Cuma masalahnya dari segi skala lebih besar saja sebab orang Cina ada lebih wang untuk melabur, kan?

Tapi saya ada juga seorang mesej saya kata Pakatan mampu selesaikan masalah ini sekiranya mereka masih berkuasa di Putrajaya.

Ada tak anda lihat komen macam tu? Haha.

Marilah saya bagi contoh Selangor.

Isu kilang haram yang memang dah dilaporkan di dalam media sejak 2010 tapi sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan.

Ada satu berita tahun 2019 di mana tarikh akhir diberikan untuk memutih isu ini, tapi tak ada pengumuman kejayaan proses pemutihan itu ataupun tindakan penguatkuasaan dilakukan. (1)(2)(3)

Ini segelintir kes yang dilaporkan kat media saja.

Walaupun isu ini melibatkan tanah persendirian yang disewa, tapi tanah itu hanya dibenarkan untuk pertanian dan bukannya untuk perindustrian.* *

Catatan: menyunting bahagian ini kerana saya telah keliru menulis bahawa ia adalah masalah yang sama apabila orang yang memasuki dan membangunkan tanah kerajaan.

Memang ada cara menghalalkannya dan anda memang perlu seorang wakil rakyat yang sudi berkerja untuk menyelesaikan masalah itu.

Pakatan sudah berkuasa di Selangor sejak 2008.

Boleh beri nama wakil rakyat yang turun padang untuk cuba selesaikan isu kilang haram tak?

Kalau ada nama ADUN tu, boleh dia beri komen tak kenapa isu ini masih tak selesai di Selangor.

Bagi pencerahan sikit apa kekurangan sistem kerajaan itu?

Kamu semua sedar tak tiada seorang wakil rakyat pernah mengulas pasal proses dan prosedur kerajaan sepertimana yang saya cuba sampaikan kepada anda semua?

Semua cakap nak membasmi gejala rasuah, tapi tak ada yang nak berbincang pasal proses kerajaan kita yang tak begitu sempurna yang memaksa rakyat yang mencari kesenangan dalam kehidupan untuk menggunakan rasuah untuk memulakan perniagaan mereka.

(4) There can be no objective debate here, not without addressing the root cause of the issue – the transparency and accountability of the government process itself Anda semua hanya membincangkan simptom-simptom tersebut dan bertengkar sama ada simptomnya kelihatan adil atau tidak.

Bagaimana anda membahaskannya?

Petani durian mengatakan perhambaan dan monopoli akan menyebabkan penurunan pengeluaran musang king, pemerintah mengatakan cukai hilang. (4)

Tidak ada perdebatan objektif di sini, bukan tanpa membahas akar permasalahan – ketelusan dan pertanggungjawaban proses pemerintah itu sendiri. Haih. Susah kan?

Peace.

1. Sg Buloh factory owners caught in a dilemma – https://www.thestar.com.my/news/community/2010/01/20/sg-buloh-factory-owners-caught-in-a-dilemma

2. Unlicensed factories given deadline – https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/25/unlicensed-factories-given-deadline

3. 1,500 unlicensed factories identified in Shah Alam – https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/12/11/1500-unlicensed-factories-identified-in-shah-alam

4. Monopoly over iconic Musang King will led to collapse of durian production, claim farmers – https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/08/26/monopoly-over-iconic-musang-king-will-led-to-collapse-of-durian-production/1897423

Mak Khuin Weng – マ ク

Dalam Negeri