Sebagai parti yang telah lama berada di pentas politik Malaysia, DAP bergerak lincah dengan pelbagai kaedah.
Dalam diam, DAP membuat percaturan untuk bangun semula dari keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang majoritinya dipengaruhi mereka, yang hanya mampu memerintah Malaysia selama tempoh 22 bulan.
Terkini yang hangat diperbualkan adalah bagaimana DAP berusaha mencaturkan politik Malaysia di ambang PRU15.
Tarikh sebenar PRU15 masih belum diketahui tetapi kerja keras DAP sudah dilihat menampakkan bunganya pada penghujung tahun 2020, kira-kira 9 bulan selepas pembentukan Kerajaan PN yang menggantikan Kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Mac 2020.
Percaturan DAP dilihat mula berbunga di Perak pada 4 Dis 2020 bila mana Kerajaan PN dijatuhkan melalui kegagalan meraih Undi Percaya;
Undi Percaya ini telah ditolak oleh semua ADUN DAP dan disertai beberapa ADUN lain termasuk dari ADUN pihak Kerajaan PN sekaligus ia menandakan Kerajaan PN sudah kehilangan kuasa memerintah di Perak [1].
Timbul spekulasi bahawa ia adalah satu perencanaan sulit bahawa ada pihak tertentu “… dilihat bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan PN” [2]
Perkembangan seterusnya sangat menarik.
Pada 6 Dis 2020, media memetik kenyataan Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Pengerusi BN, dengan tajuk “UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak” [3].
Pada tarikh yang sama juga, media turut memetik maklumbalas dari pimpinan PH dengan tajuk “DAP, PKR sedia bekerjasama dengan Umno di Perak” [4].
Timbul tandatanya apakah hal ini sudah dirancangkan lebih awal?
Salah seorang pemimpin UMNO membayangkan ia sebenarnya mungkin sudah dirancang lebih awal.
“Saya hanya menyatakan peristiwa yang berlaku dan sebagai setiausaha agung parti yang menjalankan keputusan parti, perkara-perkara tersebut (kerjasama dengan DAP) tidak pernah diputuskan oleh parti.”, kata beliau, yang dipetik media dengan tajuk “Annuar ulangi dakwaan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno jumpa Loke dari DAP” [5].
Anthony Loke adalah nama yang dilihat sedang menyinar di dalam DAP, cuba membawa pendekatan yang berbeza dari Lim Guan Eng, malah pernah menawarkan dirinya untuk menjadi Setiausaha Agung DAP [6].
Pada masa lepas, Anthony Loke pernah menyambut kenyataan media Zahid Hamidi berkenaan “gencatan politik” dan turut berkias “memang ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan PN” [7].
Berhubung dakwaan Annuar, Anthony Loke menafikannya dengan berkata “Saya tak pernah cakap apa-apa dengan pemimpin Umno,” [8]
Apapun yang berlaku, pendirian DAP untuk bekerjasama dengan UMNO kelihatan kukuh bilamana media memetik kenyataan Pengerusi DAP Negeri “Nga Kor Ming: Perak DAP prepared to work with Umno”[9] pada 6 Dis 2020.
Sokongan makin kukuh apabila beliau terus diberi kepercayaan mengekalkan jawatan Pengerusi Perak pada 14 Mac 2021 [10].
DAP bukan sahaja berfikir untuk kelangsungan hidup dirinya, bahkan turut melakar strategi lebih besar.
Pada 5 Apr 2021, pakar strategi DAP dipetik media sebagai berkata “Better prospect for PH amid Umno-Bersatu split”.
Dalam kata lain, prospek PH adalah lebih baik jika UMNO dan BERSATU berpecah [11].
Maka tidak hairanlah jika Anthony Loke berterusan berkata “DAP terbuka cari konsensus dengan mana-mana parti” [12].
Anthony Loke terus menyambung “Umno Bukan Lawan Tradisi DAP” [13].
Maksudnya, kerusi yang ditandingi kedua-dua parti (DAP dan UMNO) lazimnya tak bertindih.
Jelas beliau lagi, “Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya?…kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan”, [13].
Secara terbuka DAP telah membayangkan strategi kerjasama DAP-UMNO akan mudah terbentuk, tidak perlu diisytiharkan secara terbuka, dan boleh dilaksanakan selepas PRU15.
Menariknya, Zahid Hamidi menyambut idea ini dengan berkata “Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat… saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu.”, ketika ditanya soalan “akan wujud satu jajaran baru politik Umno bersama PKR dan DAP”? [14].
Beliau turut menekankan hal ini dengan seterusnya berkata, “Kita lihat, selepas PRU15 …” [14].
Zahid Hamidi mengakui beliau bukan nujum politik. Anda bagaimana?
Sumber:
[1] https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-pm-muhyiddins-party-deputy-voted-out-as-perak-chief-by-perikatan-nasional
[2] https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/umno-open-to-working-with-opposition-to-form-new-government-in-perak
[3] https://www.sinarharian.com.my/article/113522/BERITA/Politik/UMNO-sedia-kerjasama-PH-bentuk-kerajaan-di-Perak
[4] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650133/dap-pkr-sedia-bekerjasama-dengan-umno-di-perak
[5] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/annuar-ulangi-dakwaan-ahli-majlis-kerja-tertinggi-umno-jumpa-loke-dari-dap/
[6] https://www.malaysiakini.com/news/573105
[7] https://www.malaysiakini.com/news/547635
[8] https://www.malaysiakini.com/news/558673
[9] https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/06/nga-kor-ming-perak-dap-prepared-to-work-with-umno
[10] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nga-kor-ming-kekal-sebagai-pengerusi-dap-perak-287997
[11] https://themalaysianreserve.com/2021/04/05/better-prospect-for-ph-amid-umno-bersatu-split/
[12] https://www.astroawani.com/berita-politik/dap-terbuka-cari-konsensus-dengan-manamana-parti-anthony-loke-288798
[13] https://www.malaysia-today.net/2021/03/18/umno-bukan-lawan-tradisi-dap-kata-anthony-loke/
[14] https://www.malaysiakini.com/news/574235
