KALAU ahli Umno boleh “menoleh kebelakang” seketika, pasti mereka sedar bahawa selepas Najib Razak jadi Presiden Umno, jawatan Presiden Umno itu adalah milik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Tetapi, disebabkan “menegur” kepimpinan, maka TSMY dipecat.
Maka, orang Umno menyangka, kuasa yang ada pada Najib Razak, menyingkirkan TSMY dari Umno, akan menyebabkan Muhyiddin hilang peluang menjadi PM kerana kelazimannya PM itu mestilah Presiden Umno.
Beberapa ketika, sangkaan itu betul.
Malahan, selepas dibuang dari Umno, TSMY dinafikan haknya sebagai MP.
Pernah dilarang merasmikan satu acara sukan di sebuah sekolah di PJ.
Dilarang menggunakan kawasan perkarangan masjid di Pagoh untuk menyampaikan sumbangan beras dalam bukan Ramadan.
Sebelum itu, di Perhimpunan Umno, beliau dinafikan haknya sebagai Timbalan Presiden Umno untuk merasmikan Persidangan Sayap-sayap Parti.
Dilarang berucap ketika pengulungan hari terakhir PAU, seperti kelaziman yang berlaku.
Apakah Najib Razak masih ingat “kezaliman” yang beliau lakukan ini terhadap Muhyiddin Mohd Yassin?
Allah menyusun perjalanan politik ini dengan cantik.
TSMY yang dipecat dari Umno akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan sokongan MP dari Umno.
Kalau kita fikirkan balik semua ini, macam mustahil boleh berlaku.
Tetapi ia telah berlaku.
Sekarang beberapa orang Umno bekerja keras nak menjatuhkan TSMY sekali lagi.
Mereka buat macam-macam.
Mereka kata macam-macam.
Mereka tuduh macam-macam.
Mereka fitnah macam-macam.
Kerja-kerja ini mereka jalankan, sebagai tanda mereka tak puashati bagaimana TSMY dari sebuah parti serpihan Umno, kini menjadi PM, mereka yang mendakwa mempunyai keahlian berjuta, menjadi penyokong kepada TSMY?
Inilah kerja Allah.
Tiada apa yang pelik. Kun Faya Kun. Kata Allah, jadi.. maka jadilah.
Usah meroyanlah.
Kalian nak kucar-kacirkan kerajaan, akhirnya kalian yang kucar-kacir.
Sepatutnya mereka ini bermuhasabah.
Silap perhitungan, tersembam sekali lagi Umno dalam PRU-15 nanti.
Kemenangan beberapa siri PRK sebelum ini, bukan kemenangan sendiri buat Umno kerana mereka mendapat sokongan dari PAS.
Jadi, jangan menafikan itu semua.
Bersatu juga menyokong BN dlm beberapa PRK, antaranya DUN Slim dan Chini, walaupun BN tidak menghargainya.
Perangai Umno ni, tidak pernah berubah.
Sebelum PRU14, mereka menang besar dua PRK iaitu Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Tetapi dalam PRU14 mereka kalah satu Negara.
Sepatutnya mereka boleh bermuhasabah, bahawa menang PRK bukan gambaran akan menang PRU.
Malangnya, mereka tidak mahu berfikir sedemikian.
Jadi, hentikanlah berfikir bahawa Umno itu “Abang Besar”.
Nasib baiklah, dalam Umno tiada pemimpin yang boleh mengetuai “kebangkitan” memprotes kepimpinan.
Kalaulah ada seseorang yang berwibawa memprotes kepimpinan, saya percaya akan berlaku “reformasi menyeluruh” dalam kepimpinan Umno.
Oleh yang demikian, untuk masa terdekat ini, bagi menghadapi PRU-15, carilah jalan Umno untuk bersama-sama Bersatu, PAS dan parti-parti lain dalam komponen PN.
Pilihan raya Negeri (PRN) Sabah telah membuktikan PN lebih diterima berbanding BN.
Bersatulah, walaupun ada perbezaan kerana dengan bersatu, bangsa dan agama akan lebih dihormati.
Tidak letihkan kalian berbalah?
Bukankah kalian semua pemimpin.
Kalian selalu menyeru rakyat di bawah bersatu, jangan berpecah-belah tetapi kalian di atas menunjukan sikap sebaliknya.
Kalian merancang, yetapi percayalah rancangan Allah yang terbaik.
Kalian berkira-kita mahu menjatuhkan Mahiaddin, tetapi jika tanpa izin Allah, kalian akan jatuh sebagaimana yang berlaku pada 9-5-2018 yang lalu.
Masihkah kalian ingat?
Najib Razak, cukuplah.
Di tangan kamulah BN tumbang. Nak apa lagi.
Berbahagialah kamu dengan wang yang banyak, yang sempat disimpan (dalam bank dan bawah bantal).
Khaled Nordin, dah kalah dua kerusi, cukuplah.
Shahrir Samad, dah banyak kali menang, kini dah kalah, berundurlah dari menjadi Ketua Bahagian. Cukuplah.
Nur Jazlan Mohamad, Puad Zarkashi dan Ahmad Shabery Cheek, nak apa lagi?
Bagilah peluang muka-muka baru yang selama ini setia menyokong kalian.
Tibalah giliran kalian pula menyokong mereka.
Bersikap adil dan redhalah.
Takkan tak cukup-cukup lagi.
Takkan nak memunggah kekayaan lagi.
Dah senja dah semuanya.
Percayalah, Umno tidak boleh bangkit lagi kalau kalian yang berselut mahu memimpin parti ini.
Cakap-cakap kalian sudah tidak dipercayai.
Kalian sebenarnya apabila Allah uji “hilang kuasa” rupa-rupanya berperangai lebih teruk dari pembangkang.
Dapat menumpang kuasa, kalian masih tidak bersyukur.
Nak bolot semuanya. Sabarlah.
Ingat balik, BN kalah dlm PRU-14.
Jadi berfikirlah cara orang kalah.
Sesungguhnya berfikir iti pelita hati.
Susahlah kalau kalah pun masih nak “kuasa lagi”.
Kuasa mestilah dapat kat orang yang menang.
Janganlah dengar nasihat Puad Zarkashi. Dia tidak laku dah.
Bagaimana orang macam Puad Zarkashi boleh menjadi orang penting dalam Umno?
Adakah jasanya lebih besar dari jasa Tan Sri Abd Ghani Othman, bekas MB Johor.
Orang macam Puad menganggotai MT, tetapi org macam DS Adnan Yaakob bekas MB Pahang, dipinggirkan.
Penting Puad dari Tok Nan?
(Cukup dulu buat kali ini. Tulisan ini adalah sempena 5 tahun TSMY dipecat dari Umno)
Oleh Daud Ibrahim
