Tolak Dinasour Politik, Minda Politik Purba Merosakkan Perpaduan Negara

Tolak Dinasour Politik, Minda Politik Purba Merosakkan Perpaduan Negara

Di negara Barat, orang yang berminat dalam masalah sosial dan politik, terutama orang yang secara aktif mengambil bahagian dalam politik digelar “Political Animal” (Melayu: Binatang Politik) [1].

Kenapa orang Barat memanggilnya “animal”?

Kalau mengikut kamus mereka, ahli politik digelar “animal” kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut [2] dan tambahan pula dia bertindak tidak rasional. [3]

Kalau di negara kita, gelaran “binatang” kepada manusia itu membawa kepada konotasi tidak elok.

Ia merendahkan pandangan umum terhadap seseorang.

Kita harap ahli politik negara kita berperangai manusiawi.

Kita negara yang berpegang pada kepercayaan beragama.

Agama itu sarat dengan nilai murni.

Begitupun akhir-akhir ini masyarakat kita sudah mula bercakap secara terbuka tentang segolongan ahli politik yang digelar ‘Dinasour Politik’.

Mereka digelar ‘Dinasour’ kerana masih berminda kolot [4], iaitu tindak-tanduknya sebagai ahli politik sudah terlalu terkebelakang dan tak sesuai dengan era moden.

Kata cendekiawan, dalam Pakatan Harapan (PH) ada ramai Dinasour Politik. [5]

Dalam era langit terbuka ini, seharusnya Dinasour Politik ditolak sebagai pemimpin kerana nanti kita juga akan terpalit minda kolot mereka.

Tak perlu pergi jauh untuk mengkaji perangai mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku mutakhir ini.

Seorang ahli politik PH telah melanggar SOP, merentas daerah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk pergi mempertahankan tindakan sekumpulan pengusaha dusun yang meneroka tanah secara haram.

Sesampainya di sana, dia mengganggu pula penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka.

Secara angkuh dia menyergah mereka, kononnya meminta mereka bertindak mengikut peraturan.

Padahal, dia sendiri melanggar peraturan.

Tolak Dinasour Politik.

Seorang ahli politik PH, barangkali dahagakan perhatian warganet, membuat hantaran media sosial dengan memutarbelitkan kenyataan musuh politiknya.

Tulisannya melampau dan tersasar.

Hampir sahaja boleh mencetuskan ketegangan kerana menyentuh isu sensitif.

Dah berpuluh tahun tinggal di negara ini dan berpindah-randah kawasan parlimen saban pilihanraya, masih jahil dengan bahasa tempatan?

Tolak Dinasour Politik.

Seorang ahli politik PH, barangkali terlalu kempunan mahu menjadi PM, sentiasa mendesak dan mempolitikkan apa sahaja isu sosial.

Kononnya jika dia dilantik sebagai PM, maka selesai semua masalah negara.

Padahal, rumahtangga politiknya pun tunggang-langgang.

Juak-juaknya saling bergaduh berebut jawatan parti.

Padahal, negeri-negeri yang ditadbir oleh sekutu politiknya pun jauh dari sempurna bahkan mungkin lebih teruk.

Hari ini, salah sebuah negeri sekutunya mencatatkan jumlah pesakit wabak covid tertinggi dalam negara.

Manakala sebuah negeri sekutunya yang lain terpalit dengan isu ternakan babi tanpa kawalan sehingga mencemarkan alam sekitar.

Tolak Dinasour Politik.

Seorang ahli politik bukan PH, tapi barangkali kerana sudah berguru dengan ahli politik PH, menjadi tak keruan dalam tindakan politiknya.

Di bibirnya mengungkap No No No.

Tetapi tindakannya didapati Yes Yes Yes.

Seakan terlupa dirinya komponen kerajaan, dia mahu menjadi jaguh pembangkang pula, menghentam itu dan ini.

Siapa pimpinan di bawahnya yang membantah akan dipecat.

Mujurlah dia ada Ketua Pemuda jenis ‘Pak Turut’.

Maka khayal dia di kerusi presidennya.

Padahal, dia tak sedar kaki kerusi itu makin reput dan ramai di bawahnya sedang berkira-kira mencari kerusi baru.

Tolak Dinasour Politik.

Menang Bersama, Bukan Menang Sorang-sorang

DrPalaTao

[1] Definition of political animal: a person who is very interested in politics
https://www.merriam-webster.com/dictionary/political%20animal

[2] Second definition of Animal: a person with a particular interest or aptitude
https://www.merriam-webster.com/dictionary/animal

[3] Third definition of Animal: a human being considered chiefly as physical or nonrational
https://www.merriam-webster.com/dictionary/animal

[4] Third definition of Dinasour: one that is impractically large, out-of-date, or obsolete
https://www.merriam-webster.com/dictionary/dinosaur

[5] Sudah tiba masanya ganti ‘dinosaur purba politik’ – Penganalisis
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sudah-tiba-masanya-ganti-dinosaur-purba-politik-penganalisis-271216

[6] Social media as political hatred mode in Malaysia’s 2018 General Election
https://www.shs-conferences.org/articles/shsconf/pdf/2018/14/shsconf_ichss2018_02005.pdf

Politik