“Dalam beberapa bulan ini kita akan mendapat herd immunity, 80% rakyat kita mungkin sudah divaksinasi, mungkin pada waktu itu juga ekonomi akan naik dan angka-angka peratusan akan naik jauh lebih besar sebab base kita terlalu rendah.
Contohnya, kalau pelaburan dua tiga billion datang, itu akan menunjukkan sepuluh dua puluh peratus kenaikan.
Saya khuatir, Datuk Seri, kalau katalah kes Covid naik dalam keadaan sekarang ini, UMNO akan terpalit, UMNO akan rugi.
Tetapi bila kes Covid ini akan turun, kita juga akan rugi sebab kita tidak akan dapat claim kredit, yang akan mendapat kredit ialah Perdana Menteri.
Dan saya amat khuatir bila keadaan sudah reda, ekonomi sudah menampakkan peningkatan, apa akan jadi kepada UMNO?
Apakah kita akan tertekan lagi?
Apakah kita memberikan nyawa kepada musuh politik kita untuk menekan kita bila keadaan sudah pulih sedia kala?
Sebab itu timing is very important.
Kalau covid ini reda nanti, insha Allah akan reda atas kerja kuat Menteri-Menteri UMNO dalam kabinet, saya khuatir kita tidak akan mendapat kredit.
Timing pada saya adalah sekarang kerana kita nak menunjukkan kepada rakyat kita bersama dengan mereka, kita nak menunjukkan kepada rakyat bahawa kita tukar Perdana Menteri.
Dan penukaran Perdana Menteri ini adalah perkara biasa dalam politik dunia.
Jadi, Datuk Seri, cadangan Datuk Seri ini amat amat strategik.
Pertamanya kita tarik sokongan kepada YAB Perdana Menteri, dan kemudian Presiden serahkan kepada Parlimen.
Kita hormati demokrasi, Parlimen menentukan.
Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi, saya rasa bebanan itu sudah tidak ada di bahu saya.
Sebab itu kita serahkan kepada budi bicara kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen kita.
Takkanlah kita nak lantik orang yang lain daripada kita?
Takkan kita nak sokong DAP?
Takkan kita nak sokong PH?
Sebab itu kita ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri menerajui.
Ya, betul, Covid sedang teruk sekarang ini, tetapi insha Allah dalam masa empat lima bulan ini keadaan akan bertambah baik.
Dan pada waktu ketika itu, peluang timing kita sudah mengecil, malah akan menjadi negatif kepada kita, sebab itu pada saya, Datuk Seri Presiden, Ahli-Ahli Parlimen kita kita yakin akan membuat keputusan yang terbaik di dalam Parlimen nanti.
Sebab kalau kita ada 42
Ahli Parlimen Barisan Nasional, kalau 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional bersatu hati dengan satu tujuan, saya yakin PPBM akan gentar dengan kekuatan kita.
Ini kekuatan kita, 42 Ahli Parlimen ini.
Apa yang PPBM boleh buat kalau 42 Ahli Parlimen ini bersatu? Nothing.
We can have the Prime Minister tomorrow.
Timing is very important and the timing is now.
Yakinlah dengan kekuatan kita, kekuatan MKT disambung pula oleh kekuatan Ahli Parlimen, nothing will stop us.
Kerja kita ini mahal, memerlukan dana yang berpanjangan.
Sebab itu Ketua-Ketua UMNO Bahagian sekarang ini, dulu ada bisnes kecil, ada restoran, ada kedai runcit, ada perniagaan kecil, sekarang ini dengan Covid ini mereka mempunyai dua masalah:
Nak survive sebagai ketua bahagian dan jaga bahagian masing-masing sementara pendapatan mereka menjadi berkurangan.
Sebab itu hari ini, Datuk Seri, sebagai kesimpulan pandangan saya, kalau kita mencari timing, timing is now.
Dan kita pun sudah berkompromi, kita bukan menurunkan kerajaan, kita nak turunkan Perdana Menteri.
Siapa yang akan ganti?
Kita ada Timbalan Presiden, Noraini boleh, kita ada YAB Timbalan Perdana Menteri, yang boleh mampu untuk menjadi Perdana Menteri.
Kita kena yakin kepada diri kita.
Dalam politik, it is all about striking when the iron is still hot and seize the moment when it is available, kalau tidak kita akan tergelincir.
Terima kasih, Datuk Seri Presiden.”
Abdul Rahman Dahlan
Ikuti Rakaman Suara DSP Abdul Rahman Dahlan
Siapakah Abdul Rahman Dahlan?
Beliau adalah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang pernah mengatakan bahawa perbincangan mengenai perpaduan umat Islam tidak relevan buat masa ini, sambil menambah bahawa ia hanya menjadi tumpuan selepas pilihan raya umum akan datang (PRU15).
Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa ini tidak bermaksud bahawa Umno menolak perkara itu kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, seperti kestabilan politik.
“Ketika kita berbicara mengenai kesatuan ummah, bagi saya, ini tidak begitu relevan dalam konteks sekarang.
“Umno, apabila kita memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU15), kita akan menjadi parti teras yang membentuk kerajaan dan agenda utama kita adalah perpaduan umat Islam,” katanya di sebuah forum malam ini.
Komen Rahman muncul berikutan desakan PAS untuk bersatu di antara parti politik Melayu-Muslim setelah Umno memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PPBM dan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU15.
Bekas menteri persekutuan itu terus mencabar PPBM untuk memberikan jawatan perdana menteri kepada Umno sekiranya benar-benar prihatin terhadap perpaduan umat Islam.
“Mereka mesti mengiktiraf Umno sebagai ‘parti terbesar dengan anggota Parlimen terbanyak’.
“Sekiranya (PPBM) sangat menginginkan perpaduan umat Islam, apa salahnya melakukan pengorbanan seperti (melepaskan jawatan)? Tetapi adakah PPBM benar-benar bersedia menyerahkan jawatan PM kepada Umno? ” dia tanya.
Mengulas keputusan Umno untuk berhenti bekerjasama dengan PPBM, Rahman mengatakan yang terakhir harus lega, terutama dalam soal pembahagian kerusi.
Dia terus menyarankan agar PPBM sekarang dapat bertanding di semua 222 kerusi parlimen, termasuk kerusi yang dimenangi Ahli Parlimen di bawah tiket Umno sebelum berpaling tanding ke PPBM.
“Pada pandangan saya, tidak perlu sakit kepala dalam hal ini.”
Free Malaysia Today