Rakyat akui dan yakin TSMY adalah Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah pilihan yang terbaik;
Kepimpinan – Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar kepada Islam dan seluruh umatnya.
Ciri-ciri itu ada dalam diri Perdana Menteri TSMY.
Beliau seorang yang adil dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan memastikan pembangunan negara.
Ini dibuktikan pendekatannya ketika menangani pendemik covid -19.
Jika sebelum ini negara dikejutkan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa kerajaan tiada wang dan mempunyai beban hutang yang besar.
Mereka cuba mengelak dan membuat persepsi supaya rakyat tidak meminta-minta daripada kerajaan.
Namun, TSMY melihat kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat menjadi keutamaan.
Pelbagai insentif bantuan dan pakej ransangan berjumlah berbillion dikeluarkan untuk rakyat dan negara ketika hadapi wabak covid.
Kepimpinan beliau lemah lembut dan tidak pilih kasih terhadap rakyat mahupun lawan politiknya.
TSMY tidak pernah menyerang lawannya walaupun beliau sering dituduh dan dikhianati malah memberi peruntukan yang adil kepada semua ahli parlimen tanpa beza fahaman politik.
Al Quran telah mengariskan tentang kepimpinan yang lemah lembut, adil namun akan bertindak tegas apabila perlu (surah All Imran, ayat 159).
TSMY seorang Perdana Menteri yang sabar, kental walaupun dibebani dengan tuntutan pemimpin-pemimpin pembangkang dan rakyat terutama ketika negara hadapi kemelut ekonomi, politik tidak menentu dan pendemik covid-19.
Malah beliau telah menunaikan kewajipan selaku pemimpin Islam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyatnya.
TSMY dan kerajaan Perikatan Nasional telah memastikan kerajaan dan rakyat tidak menanggung hutang.
Beliau dilihat bersungguh-sungguh melangsaikan hutang itu dan meletakkan komitmen dirinya.
Hutang IMDB yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dibayar mengikut jadual, melangsaikan hutang peneroka Felda.
Kerajaan juga menamatkan atau mengkaji semula projek-projek mega yang dibuat kerajaan sebelum ini kerana boleh menyebabkan rakyat dan negara menanggung hutang.
Begitu juga isu moratorioum, kerajaan tidak terikut-ikut kehendak emosi pemimpin-pemimpin pembangkang kerana ia berkaitan hutang yang perlu dipersetujui kedua-dua pihak.
Jika tidak menyalahi hukum Islam.
TSMY tidak melindungi mereka yang melakukan kesalahan terutama melibatkan kerosakan kepada kesejahteraan rakyat.
Beliau kekal tegas tidak akan campur tangan isu kluster mahkamah kerana menyalahi amanah dan janji ketika menerima jawatan Perdana Menteri dihadapan YDPA dan tanggungjawab kepada Allah.
Membuat perjanjian tertentu untuk menafi dan menidakkan kuasa mahkamah adalah tindakan keji dan dibenci oleh Islam.
TSMY dan kerajaan PN memastikan kedaulatan negara dipelihara. Kepimpinan Rasulullah dan khulafa al-Rasyidin ada dalam diri Perdana Menteri.
Walaupun baru mentadbir negara PM telah menemui pemimpin-pemimpin Islam dunia yang lain, seperti Indonesia, Brunei , Arab Saudi dan UAE.
Bukan makan angin ke Argentina, Hong Kong dsb.
Demi maruah dan kedaulatan negara, kerajaan berusaha mengambil semula harta-harta yang tergadai, tersimpan di dalam dan luar negara akibat perbuatan pemimpin-pemimpin negara sebelum ini.
TSMY seorang pemimpin yang baik akhlak, terpuji dan tidak dibebani dengan kelakuan buruk.
Negara yang aman, harmoni dan mendapat rahmat Allah mesti dipimpin oleh mereka yang tidak menanggung isu moral mahupun kesalahan besar (QS Al-A’raf (7); (96).
Pihak yang sentiasa menghasut rakyat adalah pihak yang akan merosakkan negara.
Kesimpulannya, memilih kepimpinan dan kerajaan yang baik adalah dilihat kerja buat yang telah dilakukan dan dibuktikan.
Sikap prihatin dan menjaga kebajikan rakyat menjadi fokus utama TSMY dan kerajaan Perikatan Nasional.
Tiada amalan pilih kasih, tidak menyalahgunakan kuasa dan peka tuntutan rakyat sudah dijelaskan dalam komitmen kerajaan menangani kemelut ekonomi, hutang dan wabak covid-19.