Benarkah Dakwaan DAP Telah Merosakkan Ramai Pemimpin Melayu?

Benarkah Dakwaan DAP Telah Merosakkan Ramai Pemimpin Melayu?

“DAP sudah berjaya merosakkan ramai pemimpin Melayu dalam kerjasama politik mereka.” [1]

Demikian kenyataan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik yang juga rakan sekutu parti DAP yang dilaporkan oleh sebuah portal media.

Benarkah dakwaan beliau?

Katanya “ia bermula pada 1990 semasa mereka menjalinkan kerjasama politik dengan parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan dibawah gabungan dikenali Gagasan Rakyat.”

“Kalau kau perhatikan DAP punya kerjasama politik ni kan, DAP ni dah merosakkan lebih kurang lima atau enam kepimpinan MELAYU tau.”

Bila pemimpin itu tidak boleh “deliver”, DAP lari.

Dakwa beliau, DAP selepas berjaya mempergunakan pemimpin Melayu yang bersekutu dengan mereka akan membuangnya seolah-olah tidak berguna lagi. [1]

“DAP ni kalau dia cakap depan kita, Melayu.. dia cakap saja, belakang ada pisau and lepas dia dah guna kau, dia akan campak kau! And that is actually not wrong!” [1].

Dakwaan ini mungkin ada asasnya.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemimpin Melayu, Tunku Aziz, seorang pemimpin yang disegani di peringkat tanahair dan antarabangsa.

Beliau menyertai DAP pada tahun 2008 dan telah menaiki hirarki parti sehingga ke jawatan Naib Presiden DAP.

Namun, setelah beliau bercanggah pendapat dengan kepimpinan utama DAP, beliau telah “dipaksa keluar DAP”. [2]

Tidak hairan dengan pemergian beliau, DAP merencanakan pula program tersusun untuk merekrut lebih ramai pemimpin Melayu melalui penubuhan “Sekolah Demokrasi”. [3]

Idea itu timbul hasil dari siri perbincangan bengkel DAP, kata pemimpin Melayu DAP, Zairil yang juga merupakan Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng. [3]

Sekolah ini dikatakan “…started out as an ‘underground’ activity”.[4]

Menurut seorang pemuda Melayu yang menjadi penyelarasnya, program yang dianjurkannya adalah berbentuk penerangan tentang DAP kepada “…those who are curious about it, particularly Malays…”.[4]

Media turut melaporkan DAP mula meletakkan wanita Melayu “cantik” sebagai calon pilihanraya [5].

DAP turut mensasarkan individu Melayu tertentu yang dirasakan strategik untuk menyertainya seperti bekas aktivis PAS, Sheikh Omar [6], sasterawan A. Samad Said [7], pakar perlembagaan negara, Aziz Bari [8], dan bekas tentera yang vokal, Mejar Zaidi. [9]

Sheikh Omar dikatakan telah dijadikan sebagai jurucakap untuk menyucikan DAP.

“… kita masih berkeyakinan apabila DAP bersetuju membina Malaysia baharu, mereka bersedia daripada awal untuk patuh kepada perlembagaan Malaysia iaitu kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu, serta Raja-Raja”, kata Sheikh Omar [10]

Aziz Bari pula dikatakan telah dijadikan alat bagi DAP untuk mendapatkan kerusi MB Perak.[11]

“Dengan adanya calon Melayu, wakil DAP tidak akan terlepas lagi peluang dilantik sebagai Menteri Besar”, kata seorang penyelidik politik. [11]

Manakala seorang penceramah agama, Wan Ji, yang pernah mencetuskan kontroversi dengan idea “republik” dilantik menjadi pegawai penerangan kerajaan DAP di Pulau Pinang. [12]

DAP pernah menaja penubuhan sebuah parti dikenali sebagai AMANAH, atau PAN, yang bertujuan untuk “memikat pengundi Melayu”. [13]

Bagaimanapun, mutakhir ini DAP dikatakan tidak berpuashati dengan pencapaian parti itu dan berkata, “Today there is no more outsourcing. DAP has to also talk to Malay electorates themselves” (Hari ini tiada lagi sumber luar, DAP harus bercakap terus dengan pengundi Melayu). [14]

Mungkin tak lama lagi PAN akan mengalami nasib dibuang DAP.

Jika kita lihat rentetan kisah di atas, pemilihan golongan Melayu yang diambil dan ditaja DAP ini sebenarnya bukanlah kerana ketokohan kepimpinan mereka, tetapi kerana sifat mereka yang boleh diperalatkan oleh DAP untuk mencapai tujuan tertentu.

Barangkali ada sesuatu yang telah “rosak” dalam kotak mindanya sehingga tidak sedar dirinya sedang dipergunakan.

“Hinanya diri kalau sekadar jadi alat orang lain”

DrPalaTao

Rujukan:

[1] Dalam satu klip audio bocor, Rafizi dedah wajah sebenar DAP
https://www.agendadaily.com/politik/dalam-satu-klip-audio-bocor-rafizi-dedah-wajah-sebenar-dap/

[2] Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP ‘dengan lembut’
https://www.sinarharian.com.my/politik/tunku-aziz-saya-dipaksa-keluar-dap-dengan-lembut-1.51609

[3] DAP mahu buka ‘sekolah demokrasi’
https://www.malaysiakini.com/news/175086

[4] Sekolah Demokrasi: Schooling youths in democracy
https://www.therocket.com.my/en/sekolah-demokrasi-schooling-youths-in-democracy/

[5] Lagi gadis Melayu cantik taruhan DAP
https://www.malaysiakini.com/news/268628

[6] Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP
https://www.malaysiakini.com/news/302557

[7] A. Samad Said sah akan sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/samad-said-sah-akan-sertai-dap-62321

[8] Pakar perlembagaan Aziz Bari sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/pakar-perlembagaan-aziz-bari-sertai-dap-67750

[9] Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH
https://www.malaysiakini.com/news/339782

[10] Sheikh Omar mampu jadi ‘jambatan’ perkenal Islam kepada DAP
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/525916/sheikh-omar-mampu-jadi-jambatan-perkenal-islam-kepada-dap

[11] Pencalonan Aziz Bari muslihat DAP intai jawatan MB
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/412482/pencalonan-aziz-bari-muslihat-dap-intai-jawatan-mb

[12] Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng
https://www.malaysiakini.com/news/396602

[13] Mampukah parti ditubuh PasMa pikat pengundi Melayu
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/61536/mampukah-parti-ditubuh-pasma-pikat-pengundi-melayu

[11] DAP must woo Malay voters direct for GE15, no more ‘outsourcing’ to others, says strategist
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/06/dap-must-woo-malay-voters-direct-for-ge15-no-more-outsourcing-to-others-say/1947422

Politik