Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melantik Ismail Sabri sebagai PM9 dan ketua-ketua parti PN akan menghadap YDPA. (1)
Nota: MCA dan MIC tiada dalam senarai.
Semestinya orang ramai marah kenapa Umno main ‘musical chair’ dengan kerusi Perdana Menteri, tetapi itu bukan apa saya nak bincangkan hari ni.
Yang saya nak bincangkan ialah cara yang digunakan Pakatan Harapan untuk menang kerusi PM.
Sehingga saat terakhir, Anwar terpaksa berunding dengan Warisan untuk memastikan yang Anwar Ibrahim sahaja yang dinamakan.
“We have honoured our word and Warisan has signed statutory declarations (SDs) supporting DSAI (Anwar) to ensure the Opposition bloc of 105 is intact.” – Warisan Youth chief Datuk Azis Jamman. (2)
Laporan itu hanya diterbitkan jam 3.51pm, iaitu 9 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar surat SD kepada YDPA.
Nak menang, tapi pasukan diri tak teratur dan tak ternampak sepakat pun sehingga saat terakhir.
Macam mana nak bincang dengan pihak lain untuk mendapatkan sokongan?
Dan dari awal Pakatan Harapan tahu perlunya mendapat sokongan dari pihak sebelah kerana 105 MP di dalam kem PH tidak cukup.
Apa yang lebih melucukan ialah cara Pakatan merajuk apabila mereka tahu pihak sebelah telah berbincang dan bersetuju untuk melantik Ismail Sabri.
Sementara Anwar masih sibuk menyelesaikan sokongan dari pihak Warisan, Mahfuz Omar pula serang calon PM pilihan Perikatan.
“Ismail adalah warisan daripada legasi kleptokrat yang bersama-sama membentuk kerajaan kleptokrat, dia juga merupakan legasi khianat Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap mandat rakyat (pada PRU-14), dia juga legasi daripada kerajaan gagal yang telah pun disuarakan oleh seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia, dia juga adalah legasi tidak menghormati institusi diraja.” – Mahfuz Omar. (3)
Hairan kan?
Dah tahu perlunya ada sokongan pihak sebelah, tapi masih juga nak bising pasal kerajaan gagal yang merangkumi MP-MP dari pihak sebelah.
Kenapa tak katakan juga bahawa terdapat MP-MP yang dulunya bersama Pakatan yang menyebabkan PH gagal juga. Kenapa tak katakan bahawa sebelum PRU14, PH yang mengundang dan membawa masuk PPBM yang hampir kesemuanya bekas Umno yang juga sebahagian kerajaan gagal yang dikatakan Mahfuz tu?
Nak kerjasama kerana hanya itu caranya kembali berkuasa tapi nak katakan pihak sebelah gagal dan kleptokrat.
Kehendak lain, percakapan lain.
Perangai Mahfuz ini ada perkataannya dalam bahasa Jepun.
Tsundere (ツンデレ) berasal dari perkataan tsun tsun (ツンツン) yang membawa maksud berpaling dengan pandangan jijik dan dere dere (デレデレ) yang membawa maksud perasaan cinta yang tinggi. (4)
Cukup lah dengan perangai tsundere ini.
Nak tidur bersama, tapi menganggap pihak sebelah tersangat jijik dalam percakapan.
Bagaimanapun, saya harap anda menikmati siaran ini mengenai politik yang merangkumi budaya Jepun.
Saya selalu ingin menerangkan bagaimana tingkah laku Pakatan adalah tsundere klasik.
Harap perhatikan bahawa tingkah laku tsundere berbeza dengan pernyataan khas Mahathir.
“Kita (sebagai) pihak ‘third force’ tak terikat dengan mana-mana pihak. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri kita sokonglah.” – Mahathir. (5)
That is classic sarcasm, not tsundere.
Ada perbezaannya.
Mak Khuin Weng – マク
Agong panggil parti menang ke Istana Negara, sahkan Ismail Sabri PM: SUA UMNO
https://premium.sinarharian.com.my/…/agong-panggil…/
Warisan MPs support Anwar as PM candidate, says party Youth chief
https://www.thestar.com.my/…/warisan-mps-support-anwar…
Pencalonan Ismail Sabri bakal teruskan legasi kleptokrat: Mahfuz
https://www.sinarharian.com.my/…/Pencalonan-Ismail…/
Maksud Tsundere
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tsundere
Jika Anwar jadi PM, Pejuang akan sokong, kata Dr Mahathir
https://www.freemalaysiatoday.com/…/jika-anwar-jadi-pm…/