“Ini bukan soal strategi, ini soal usaha.
Sekiranya anda ingin menembusi kawasan luar bandar, anda harus meminta ahli politik yang tahu bagaimana bergerak di bawah, ikhlas dan ingin tahu mengenai masalah luar bandar… bukannya berteriak di Parlimen. “- Rafizi Ramli. (1)
Begitulah nasihat Rafizi kepada Pakatan Harapan berikutan kegagalan Anwar Ibrahim mendapat undi secukupnya untuk mendapat kerusi Perdana Menteri.
Tapi nasihat ini bukannya benda baru.
Masa saya bersama Pakatan Rakyat dulu (saya Ahli Majlis MBPJ dari 2008 – 2012), ini adalah doktrin standard.
Pakatan sememangnya tahu kelemahan mereka sebab kekuatan mereka dalam media sosial tidak begitu mendapat sambutan di kawasan perkampungan.
Contoh yang agak bagus kenapa kempen Pakatan tidak mendapat sambutan di kawasan perkampungan sekarang ialah protes Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di Dataran Merdeka baru-baru ni.
Terdapat pelbagai video budak-budak SSR semua kena tangkap polis di mana mereka menjerit “Adakah Saya Ditahan?!” dan “Lawan!”. (2)
Nota: kepada mereka yang kata SSR bukannya sebahagian Pakatan Harapan dan adalah ‘bebas’, SSR ini bebas sama sebagaimana bebasnya Bersih 2.0.
Saya bagi pautan untuk video ADUN DAP yang pergi ke Balai Dang Wangi untuk menolong anggota SSR yang telah ditahan malam tu yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ dan penolong ADUN tersebut. (3)
Anak muda SSR berserta ADUN DAP kata kerajaan gagal dan zalim menahan orang yang hanya nak mengingati mangsa Covid, tetapi kezaliman itu hanya kompaun RM2,000 setiap satu.
Cara Pakatan menggunapakai tenaga manusia mereka akan menimbulkan soalan ‘Apa SSR buat ni ada kena mengena dengan masalah kampung?’
Balik kepada nasihat Rafizi itu, sebenarnya aktivis dan ahli politik Pakatan sememangnya tiada kemampuan masuk ke kawasan perkampungan walaupun mereka tahu dan faham itu adalah strategi jangka panjang.
Pakatan mempunyai terlalu banyak pengkritik kerusi yang tidak biasa pergi ke kampung-kampung untuk menghubungkan dan menjalin hubungan.
Apakah bukti saya mengatakan kenyataan ini?
Cara Pakatan untuk menangani kelemahan ini adalah untuk meminjam kekuatan parti-parti Melayu yang pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan suatu masa dahulu.
Masa Pakatan Rakyat, PAS digunakan untuk tugas berhubung dengan penduduk kampung.
Selepas PR dibubarkan dan PH pula menjadi penggantinya, mereka tahu PAN tak dapat buat kerja yang dibuat PAS, jadi masuklah PPBM.
Akhirnya PAS dan PPBM juga bukan lagi sebahagian Pakatan, maka Rafizi kena bagi nasihat ini sekali lagi.
Tapi apa gunanya nasihat itu sedangkan Pakatan tidak pernah membangunkan dan memperkukuhkan kelemahan ini dan hanya tahu meminjam kekuatan parti lain untuk masuk ke kawasan kampung?
Strategi politik Pakatan berdasarkan kelemahan ini juga kerana Pakatan sentiasa mengharapkan parti-parti politik orang Melayu bertengkar sesama sendiri supaya Pakatan ada peluang mendapat kerusi di kawasan majoriti Melayu dengan undi orang Cina dan India.
Kata Pakatan tak nak gunakan isu perkauman untuk politik, tapi ia memang digunakan Pakatan pun secara halus.
Anyway, Pakatan buntu.
Mereka telah mengecewakan semua parti besar Melayu dan sekarang harus bermula dari awal di kawasan yang dikatakan oleh Rafizi sebagai kelemahan.
Adakah Pakatan akan dapat mengatasi kelemahan ini?
Atau adakah mereka akan terus melabur dalam perkara seperti SSR yang hanya pandai menjerit saja?
Mari kita semua tunggu dan lihat la.
Anwar pun kata Ismail dah jadi PM sah dan Pakatan kena fokus PRU15.
Mana tahu PAN boleh bangkit kali ni?
Mak Khuin Weng – マク
1.Reach out to rural voters, don’t just shout in Parliament, Rafizi tells PH
https://www.freemalaysiatoday.com/…/go-to-rural-areas…/
2.Video 31 aktivis ditahan
https://m.facebook.com/groups/138180076917918/permalink/1026557611413489/
3.ADUN DAP outside Dang Wangi Station
https://www.facebook.com/411551155532254/posts/4398779166809413/