{"id":10004,"date":"2021-09-29T05:13:33","date_gmt":"2021-09-29T05:13:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10004"},"modified":"2021-09-29T05:13:35","modified_gmt":"2021-09-29T05:13:35","slug":"jangan-nafikan-kesyumulan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/29\/jangan-nafikan-kesyumulan-islam\/","title":{"rendered":"Jangan Nafikan Kesyumulan Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya masih ingat apabila saya mula-mula dilantik sebagai Exco Perumahan Negeri Selangor dalam tahun 2008, ada yang tidak percaya saya daripada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak menyangka orang PAS boleh menjadi Exco Perumahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin pada mereka semua orang PAS adalah Ustaz. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar ketika itu) melantik seorang Ustaz menjaga perumahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga kisahnya apabila saya pernah memberitahu seorang Ahli Parlimen UMNO yang sekarang seorang Timbalan Menteri bahawa saya pernah menjadi Exco di Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Respon spontan beliau, &#8220;Exco Agama ke?&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun saya tidak berpakaian seperti seorang Ustaz tradisional namun mungkin persepsi beliau jika orang PAS sudah tentu seorang Ustaz.<\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi sedemikian adalah satu pengiktirafan kepada PAS sebagai sebuah parti Islam oleh yang demikian pimpinan dan ahli-ahli PAS menguasai ilmu-ilmu agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi ini tidak 100 peratus benar kerana bukan semua pimpinan PAS melalui sistem pendidikan agama secara formal seperti universiti, maahad tahfiz atau pondok walaupun ahli-ahli PAS perlu melalui proses tarbiyah yang sistematik. <\/p>\n\n\n\n<p>Maksud sistematik adalah terdapat kurikulum yang khusus untuk ahli-ahli yang merangkumi beberapa marhalah (peringkat) dari bawah hingga ke atas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesuatu yang terancang dan bukan dilaksanakan secara semberono.<\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi ini juga tidak 100 peratus benar kerana tumpuan pimpinan PAS bukan sahaja kepada urusan agama Islam tetapi juga kepada isu-isu lain walaupun perjuangan mendaulatkan agama Islam adalah &#8220;core business&#8221; PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam PAS terdapat jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas seluruh aspek kehidupan dan bidang pentadbiran kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatankuasa ini yang dinamakan &#8220;Lajnah&#8221; (Biro) merangkumi bidang-bidang seperti tanah, perumahan, undang-undang, pendidikan, ekonomi, alam sekitar, perubatan, pengguna dan banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sistem lajnah ini telah diwujudkan lama sebelum PAS menjadi kerajaan di peringkat persekutuan tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Ahli Parlimen PAS dilantik sebagai Menteri-Menteri yang bertanggungjawab ke atas bidang-bidang seperti alam sekitar, air, undang-undang, sumber asli dan tenaga ia dapat mengubah persepsi rakyat bahawa PAS hanya layak menjaga agama semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam sebagai sebuah agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan oleh yang demikian sebuah parti Islam atau jemaah Islam juga mesti berperanan di dalam semua aspek kehidupan. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranan Islam tidak seharus disempitkan kepada bidang-bidang tertentu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang telah lupa bahawa kehebatan teknologi Barat telah dibangunkan berasaskan khazanah-khazanah ilmuwan Islam dari zaman kegemilangan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlu menggali ilmu-ilmu Islam untuk menemui penyelesaian-penyelesaian Islam kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencapaian PAS di dalam kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri perlu dilihat dari skop yang lebih luas lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan hanya memberi tumpuan kepada bidang-bidang tertentu yang dikatakan tradisional kepada PAS sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam pernah memiliki tamadun gilang gemilang yang pernah menguasai dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Penguasaan Islam ini adalah terhasil dari penguasaan pelbagai bidang ilmu dan bukan terhad kepada ilmu-ilmu tertentu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Pusat-pusat ilmu Islam seperti Baghdad dan Cordoba (Qurtubah) sarat dengan ilmu yang ketika itu belum lagi dimiliki Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertentangan di antara Islam dan Barat telah wujud selama lebih 1,000 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun Barat telah menjajah negara-negara umat Islam, mereka tidak dapat menghancurkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Umat Islam tidak meninggalkan agama mereka secara beramai-ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka masih teguh dengan pengangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Barat telah mengubah cara pemikiran umat Islam agar tidak yakin dengan peranan Islam sama ada sebagai pentadbir atau sebagai penyelesai masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranan Islam dihadkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun negara-negara umat Islam telah merdeka namun cara pemikiran yang ditanam oleh penjajah terus kekal. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya apabila terdapat pihak yang cuba membawa Islam, keupayaan mereka diragui.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran PAS di dalam kerajaan persekutuan boleh membantu mengubah cara pemikiran ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Gambar-gambar Menteri Alam Sekitar dari PAS yang berkopiah melawat sungai-sungai yang dicemari dapat membentuk persepsi baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada yang berkata, kalau setakat alam sekitar parti lain pun boleh buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi adakah kita tidak mahu melihat penyelesaian Islam terhadap masalah alam sekitar? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika begitu apakah cara penyelesaian yang kita mahu? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita redha dengan penyelesaian cara kapitalis, sosialis atau liberal? <\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlukan juga penyelesaian Islam bagi bidang-bidang lain seperti perumahan, perancangan, pengguna, ekonomi dan banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang perlu mengusahakannya jika tidak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan perkara kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya satu aspek dalam perumahan Islam boleh dijadikan kajian PhD. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam adalah syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan, jangan kita menidakkan hakikat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dato&#8217; Iskandar Abdul Samad<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><em>Ketua PenyelarasPusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya masih ingat apabila saya mula-mula dilantik sebagai Exco Perumahan Negeri Selangor dalam tahun 2008, ada yang tidak<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10005,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-10004","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10004","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10004"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10004\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10006,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10004\/revisions\/10006"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10005"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}