{"id":1003,"date":"2020-09-03T08:59:33","date_gmt":"2020-09-03T08:59:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1003"},"modified":"2020-09-03T08:59:35","modified_gmt":"2020-09-03T08:59:35","slug":"petikan-kertas-kerja-prof-dato-dr-kasim-hj-md-mansur-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/03\/petikan-kertas-kerja-prof-dato-dr-kasim-hj-md-mansur-ums\/","title":{"rendered":"Petikan Kertas Kerja Prof. Dato&#8217; Dr. Kasim HJ Md Mansur (UMS)"},"content":{"rendered":"\n<p>KERTAS KERJA EKONOMI DI DALAM KONVENSYEN \u201cSETENGAH TAHUN PENTADBIRAN PN: PENCAPAIAN, HARAPAN DAN CABARAN ANJURAN PINTAR DI PAUM PADA 1 SEPTEMBER 2020 <\/p>\n\n\n\n<p>Pemerintahan PN yang baharu sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan tidak berkesempatan meletakkan manifesto sebagaimana kebiasaan yang diamalkan setiap kali berlakunya pilihan raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun demikian Kerajaan PN yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan pada Februari lepas telah cuba melakukan sesuatu yang positif kepada pemulihan ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PN berdepan dengan situasi yang amat mencabar dan getir. <\/p>\n\n\n\n<p>Semasa mengambil-alih pemerintahan jangkitan wabak Covid-19 telah mula memberi impak negatif kepada masyarakat umum serta perekonomian negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas utama yang perlu ditangani segera ialah memerangi wabak Covid-19 daripada terus merebak. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan PN berdepan dengan kemelut ekonomi dan dalam masa yang sama keperluan untuk menyelamatkan nyawa penduduk daripada dijangkiti oleh Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Perancangan dan strategi kerajaan dilihat amat berkesan dengan melaksanakan arahan PKP agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, pihak kerajaan telah menyediakan satu pakej ekonomi yang bersifat komprehensif. <\/p>\n\n\n\n<p>Pakej ekonomi yang telah dilaksanakan ini bermatlamat untuk membendung dan mengekang kemelesetan ekonomi daripada terus berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Objektif utama pakej rangsangan ekonomi ini ialah untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan PKP, khususnya golongan-golongan B40 dan M40 serta pemain-pemain dalam industri berskala kecil dan sederhana termasuk mereka yang bekerja sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara umumnya, pakej prihatin rakyat merupakan satu pakej yang bersifat holistik dan berfokus. <\/p>\n\n\n\n<p>Komponen-komponen yang terkandung dalam pakej ini tidak dinafikan telah memberi impak yang positif kepada ekonomi secara umum dan dapat meredakan kesulitan dan kesempitan kehidupan masyarakat merentasi lapisan masyarakat secara khususnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tempoh enam bulan Kerajaan PN memegang tampuk pemerintahan, pelbagai krisis telah ditangani, beberapa strategi dan agenda telah dilaksanakan dengan berkesan. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada strategi dan agenda tersebut, beberapa pencapaian yang memberangsangkan telah terlaksana atau telah menampakkan keberhasilan yang positif kepada perekonomian masyarakat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya ialah: <\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 dan M40. <\/li><li>Generasi muda termasuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi diberikan bantuan dan perhatian.<\/li><li>Elaun khas kepada wira dan wirawati di barisan hadapan.<\/li><li>Pengiktirafan dunia kepada negara dalam pengurusan dan menangani wabak COVID-19.<\/li><li>Pembuka peluang pekerjaan pada waktu krisis.<\/li><li>Serta hubungan diplomatik antara negara dipulihkan. <\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Tentunya sebarang penilaian kepada pencapaian yang diperolehi biasanya disokong oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan pengiktirafan dan diiktiraf di peringkat global. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini S&amp;P Global Ratings yang diketahui umum merupakan satu entiti bertaraf dunia memberi penarafan kepada Malaysia di tahap A-. <\/p>\n\n\n\n<p>Penarafan ini secara langsung memberi isyarat yang positif kepada pemain-pemain industri dan pelabur luar dan domestik tentang urustadbir perekonomian negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Penilaian ini secara langsung mampu melonjakkan lagi penarafan ekonomi Malaysia kepada yang terbaik di rantau Asia Tenggara. <\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif dan perancangan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah memperlihatkan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi walaupun pada kadar yang perlahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dasar fiskal dan monetari yang dilaksanakan telah menampakkan kesan positif khususnya dalam pasaran pekerjaan dan secara umum merangsang ekonomi negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuntasnya pakej-pakej rangsangan yang telah dilaksanakan telah memberi suntikan semangat dan keyakinan kepada semua pemain utama perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Agenda pemulihan ekonomi dan \u201cmemerangi\u201d pandemik Covid-19 perlu disokong dan didokong bersama di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. <\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan ini perlu kerana ianya merupakan aset penting dalam memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang lestari dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Kamarul Yusoff<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERTAS KERJA EKONOMI DI DALAM KONVENSYEN \u201cSETENGAH TAHUN PENTADBIRAN PN: PENCAPAIAN, HARAPAN DAN CABARAN ANJURAN PINTAR DI PAUM<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-1003","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1003","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1003"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1003\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1005,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1003\/revisions\/1005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}