{"id":10089,"date":"2021-10-05T06:18:15","date_gmt":"2021-10-05T06:18:15","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10089"},"modified":"2021-10-05T06:18:17","modified_gmt":"2021-10-05T06:18:17","slug":"tanda-tanda-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/05\/tanda-tanda-pru\/","title":{"rendered":"Tanda-Tanda PRU"},"content":{"rendered":"\n<p>Dahulu, untuk kita tahu samada PRU hampir atau masih jauh lagi, kita boleh melihat tanda-tanda awal dan akhir yang akan diberikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada kebiasaannya tanda-tanda ini atau boleh juga kita katakan ujian pra-PRU akan dilakukan oleh parti pemerintah. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala parti-parti dari pembangkang, akan cuba menangkis ujian itu, supaya ia gagal memberikan imej yang baik kepada kerajaan dan menyerang balas kerajaan dengan isu-isu lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kegagalan kerajaan dalam menimbulkan isu-isu bagi menghentam lawan, akan memberikan persepsi negatif kepada diri mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi permulaan sebelum pertandingan dalam PRU yang sebenar, kerajaan akan dilihat pincang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kadang kala strateginya, ia sengaja diberikan ruang oleh kerajaan, bagi melihat kekuatan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi pembangkang harus bijak melayani isu palsu dan juga isu sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu-isu mesti berlapis-lapis sebagai pelan kecemasan jika sekiranya gagal membawa isu utama bagi menimbulkan kesusahan kepada lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Telah banyak sebelum ini contoh-contoh yang telah dibuat oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang tersohor dan diingat sehingga kini ialah isu tengkolok Tengku Razaleigh Hamzah ketika disambut oleh Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 1990. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan berjaya mengalih kebangkitan Semangat 46 kepada isu lambang salib Kristian dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tewas PRU.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, jika anda semua perasan, isu Dong Zong, kembali diungkit. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu yang cuba dialihkan ialah kejadian rusuhan di tokong. <\/p>\n\n\n\n<p>Dong Zong akan selalu muncul lebih kurang empat hingga lima tahun sekali, semenjak zaman Tun Mahathir lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mudah memahaminya, kenapa Dong Zong mengumumkan jumlah yang mereka terima kepada umum, kalau tahu ia akan menimbulkan kemarahan orang Melayu? <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu semua tertumpu kepada PAS, minta dipertanggungjawabkan atas apa yang orang lain lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu lain lagi ialah isu pertelingkahan mazhab. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini juga sangat laku jika untuk memecah belahkan kesatuan orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh Islam telah menggunakannya semenjak ratusan tahun dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Terkadang dalam PAS juga, isu ini boleh menjadi duri yang sangat berbisa, menikam daging sesama jemaah hingga ada yang berkelahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi yang atas pagar, ia akan lebih membarah lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan sentiasa ada watak-watak yang berkelahi berkenaan hal furuk di tengah-tengah masyarakat atau berbincang ilmu yang terlalu tinggi, tidak difahami orang awam dan akhirnya, melebarkan lagi permusuhan orang bawahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini, TG Presiden PAS, sudah berkali-kali memberitahu kepada semua, musuh utama kita ialah Yahudi dan Nasrani sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya ulang lagi buat kesekian kalinya bahawa, hanya dalam PAS semua mazhab dan aliran ini, akan dapat duduk tenang kerana mengikut panduan Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya hanya terbayangkan zaman Umar bin Abdul Aziz dimana, Syiah dan Sunni tidak berkelahi kerana menghormati beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika hal furuk berjaya diatasi, perpaduan Islam akan menjadi realiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini lah masanya kuasa politik diperlukan dan ditakuti musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanda-tanda akhir pula ialah keluarnya isu Memali yang sering dilagukan apabila hampir PRU. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini bagaikan senjata terbaik musuh PAS, sehinggakan Pan, yang terdiri daripada ramai bekas pimpinan PAS yang dahulunya berjuang untuk mangsa Memali, turut menggunakannya bagi menghentam PAS kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah kuatnya isu Memali untuk dijadikan peluru bagi musuh PAS semenjak hampir 40 tahun dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan akhir sekali ialah isu Amanat Haji Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini juga amat digemari oleh lawan bagi memusnahkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini juga akan diperbaharui setiap tahun kepada generasi muda yang masih mentah, dengan cerita yang menyeleweng dari fakta. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan datang bersama pakej isu ini ialah isu kafir mengkafir, isu dua imam, isu sembelihan dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini lah tanda-tanda bagi menguji kekuatan mereka menghadapi PRU. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS pasti akan dijadikan sebagai bahan ujikaji mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun janji PRU telah ditetapkan selepas Julai 2022, PAS tetap dijadikan sasaran serangan dari banyak pihak, bahkan yang dahulu mengaku kawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, kepada ahli dan penyokong PAS, diharap jangan terlibat dengan isu-isu yang akhirnya akan menjerumuskan kita semua ke dalam perangkap mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Harus diingat, kita mahu melaksanakan Islam yang syumul, dan ia sesuatu yang sukar dengan halangan-halangan sedia ada yang sudah kita maklumi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, jangan lah kita menambah pula bebanan kita dengan isu-isu yang sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>Cukup lah dengan puluhan tahun kita menyaksikan bagaimana musuh begitu bersungguh-sungguh cuba mempermainkan dan menghalang usaha PAS untuk menegakkan Islam dalam keadaan menjadi kerajaan berkuasa penuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Gembleng tenaga kita kepada Islam bersama dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana jika kita berkuasa penuh dengan membawa Islam, musuh tahu, tiada jalan lagi buat mereka kembali memerintah, kecuali bersatu di bawah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal yang mereka tidak pernah mahukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dahulu, untuk kita tahu samada PRU hampir atau masih jauh lagi, kita boleh melihat tanda-tanda awal dan akhir<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10090,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-10089","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10089","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10089"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10089\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10091,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10089\/revisions\/10091"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10090"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10089"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10089"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10089"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}