{"id":10181,"date":"2021-10-13T07:03:02","date_gmt":"2021-10-13T07:03:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10181"},"modified":"2021-10-13T07:03:05","modified_gmt":"2021-10-13T07:03:05","slug":"prn-melaka-zahid-tegaskan-bn-tanding-solo-tiada-kerjasama-muafakat-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/13\/prn-melaka-zahid-tegaskan-bn-tanding-solo-tiada-kerjasama-muafakat-nasional\/","title":{"rendered":"PRN Melaka : Zahid Tegaskan, BN Tanding Solo, Tiada Kerjasama Muafakat Nasional"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dimaklumkannya dalam sebuah program bual bicara bertajuk \u2018Jawab, Saya Tanya\u2019 bertajuk \u2018PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?\u2019 pada Selasa malam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik,\u201d kata Ahmad Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Ahmad Zahid, sebagai ahli politik, beliau tidak pernah kecewa meskipun dikhianati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahawa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali. Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya fikir itu harus dinilai semula,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Presiden UMNO itu beliau menghormati keputusan dan ketetapan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetetapan telah dibuat dan saya sebagai Presiden menghormati bahawa di dalam PRU-15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO di seluruh negeri Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini, adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebelum ini dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) \u2013 Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10182,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-10181","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10181","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10181"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10181\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10183,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10181\/revisions\/10183"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10182"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10181"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10181"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10181"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}