{"id":10190,"date":"2021-10-14T03:52:43","date_gmt":"2021-10-14T03:52:43","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10190"},"modified":"2021-10-14T03:52:45","modified_gmt":"2021-10-14T03:52:45","slug":"karier-zahid-bakal-berakhir-jika-umno-gagal-di-prn-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/14\/karier-zahid-bakal-berakhir-jika-umno-gagal-di-prn-melaka\/","title":{"rendered":"Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di PRN Melaka?"},"content":{"rendered":"\n<p>Kedudukan Ahmad Zahid Hamidi akan tergugat dalam Umno dan berkemungkinan akan digulingkan sebagai presiden sekiranya parti Melayu itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata penganalisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berkata pertembungan \u201cdua kem\u201d Umno di Melaka sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan baru-baru ini memperlihatkan kelemahan Zahid sebagai presiden parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata PRN Melaka juga akan memberikan impak langsung kepada kepimpinan Zahid dan pemilihan Umno akan didesak untuk disegerakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya Umno gagal memenangi PRN Melaka kali ini, ternyata ianya memberikan tekanan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden Umno bila mana diadakan pemilihan kelak,\u201d katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkinkah ada desakan-desakan untuk beliau berundur?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.<\/p>\n\n\n\n<p>Empat Adun tersebut ialah Adun Sungai Udang Idris Haron, Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).<\/p>\n\n\n\n<p>Peristiwa itu menyaksikan tampuk kepimpinan negeri bertukar kali kedua dalam tempoh sepenggal selepas kerajaan Melaka pimpinan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia, Ahmad Marthada Mohamed berkata, pendirian Zahid yang berubah-ubah berhubung krisis tersebut mencalarkan reputasi beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau yang menyatakan perlunya ada PRN, beliau juga yang nyatakan darurat perlu dilaksanakan untuk elakkan PRN,\u201d katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKedua, konflik dalaman Umno tercetus kerana kelemahan kepimpinan terutama kepimpinan tertinggi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Perpecahan parti Melayu untungkan PH?<\/p>\n\n\n\n<p>Marthada berkata, PH berkemungkinan untuk memenangi semula Melaka sekiranya Umno dan Perikatan Nasional (PN) bertanding secara berasingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Melaka, ada kawasan-kawasan yang dikatakan hampir pasti dimenangi oleh DAP dan ada kawasan yang mana jika tiada kerjasama antara PN dan Umno, mungkin sukar untuk calon daripada kedua-dua blok ini memenangi kerusi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertembungan tiga penjuru akan beri kelebihan kepada PH. Ini senario pada PRU14 dan kita akan lihat senario sama jika tidak ada perundingan antara Umno dan PN,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Marthada, tuduhan yang dilemparkan berhubung penyelewengan projek pasir di Melaka memberikan kesan terhadap Umno di Melaka memandangkan Idris masih mempunyai pengaruh sebagai bekas ketua menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBayangkan jika Melaka tidak dimenangi oleh Umno-Barisan Nasional dan tiba-tiba diambil alih oleh PH. Ini akan melemahkan kredibiliti presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya sedikit demi sedikit tekanan dapat mula dirasai bermula dengan krisis Umno di Melaka dan kenyataan-kenyataan (pimpinan parti) yang kita lihat tidak sehaluan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Marthada, ketakutan kepada pandemik seperti mana yang berlaku ketika PRN Sabah akan memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi di Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat juga melihat bahawa PRU akan diadakan juga tidak lama lagi. Tiada sentimen untuk membuatkan rakyat bersungguh-sungguh turun mengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Melaka, jumlah pengundi tak ramai. Jika yang turun mengundi pun tidak ramai, ditambah pula dengan undi berpecah, ini pasti akan berikan kesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hisommudin berkata dalam keadaan peratusan keluar mengundi rendah, tidak mudah untuk PH merampas kembali Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemenangan PH bersyarat, yang memerlukan peratusan keluar mengundi di aras melepasi 85% dengan tiga segmen yang menyumbang kemenangan mereka pada PRU14 lalu kekak iaitu pengundi Cina, pengundi luar dan pengundi muda,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kedudukan Ahmad Zahid Hamidi akan tergugat dalam Umno dan berkemungkinan akan digulingkan sebagai presiden sekiranya parti Melayu itu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10191,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-10190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10192,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10190\/revisions\/10192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10191"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}