{"id":10252,"date":"2021-10-20T07:01:35","date_gmt":"2021-10-20T07:01:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10252"},"modified":"2021-10-20T07:01:38","modified_gmt":"2021-10-20T07:01:38","slug":"exco-kalah-pemilihan-jadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/20\/exco-kalah-pemilihan-jadi\/","title":{"rendered":"Exco Kalah Pemilihan\u2026.Jadi?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah semua lapan kawasan PAS di Terengganu selesai mengadakan mesyuarat tahunan mereka dengan tahun ini adalah tahun pemilihan, maka ada terdapat beberapa keputusan yang berubah berbanding sesi sebelumnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada apa-apa gelombang atau kocakan perbalahan yang berlaku dalam kepimpinan PAS Terengganu di semua kawasan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langsung tiada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak seperti krisis 2015 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memandangkan kelihatan begitu teguh semangat dan setiakawan antara semua pimpinan PAS, maka ada pihak yang tidak senang duduk dengan ikatan persaudaraan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka cuba mereka cerita yang ada penolakan berlaku kepada tiga orang Exco dan seorang pegawai khas MB dalam pertandingan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka bising dengan tuduhan kononnya ini adalah amaran perwakilan kepada Presiden PAS, agar kekal bersama MN dan bukannya PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Plot cerita yang sungguh lucu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah masalah musuh PAS, bila menyerahkan tugasan membuat fitnah kepada budak-budak baru lepas sekolah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama-tamanya, mereka mungkin tidak pernah membaca al-Quran atau belum pernah bertemu dengan ayat \u2018fastabikul khairat\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak tertolak juga kemungkinan mereka, budak-budak ini, tidak tahu langsung apa makna ayat itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam PAS, bertanding bagi sesuatu jawatan mesti diniatkan dengan sikap berlumba-lumba membuat kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawatan adalah amanah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia adalah beban di dunia dan penyesalan di akhirat nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi tanggungjawab, wajib ditunaikan, tidak boleh berlepas diri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesiapa sahaja yang mahukan pahala pada jalan kebaikan dengan menjaga jawatan bersama sikap amanah, pasti akan mendapat pahala. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini adalah syarat pertama dalam PAS bagi bertanding sebarang jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keduanya, kekalahan mereka ini, nyata menunjukkan bahawa, tiada politik wang yang berlaku dalam pemilihan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas sekali, jika Exco-Exco itu mahu menang dengan cara kotor, maka mereka mungkin menabur wang kepada perwakilan supaya memilih mereka, kerana mereka mungkin boleh memanipulasikan peruntukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi, Exco juga kalah, kerana perwakilan PAS, tidak ditaburi wang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertandingan secara adil berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiganya, pada kebiasaannya, selepas mana-mana pimpinan utama PAS kalah pemilihan, mereka akan masuk kembali dalam jawatankuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini terbukti dalam banyak sejarah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecuali ada beberapa kali yang berlaku, pimpinan PAS yang kalah, merajuk dan menuduh mereka ditipu dalam pemilihan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, tanpa ragu-ragu, mereka keluar parti dan menubuhkan parti baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih parah, menjadi musuh PAS paling ketat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan akhirnya, mereka semuanya rebah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempatnya, sudah menjadi adat sebagai manusia, ada yang suka dan ada yang tidak dengan seseorang itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, tidaklah tertolak juga jika ada salah dan silap yang tidak disedari, ia menjadi punca penolakan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan Rasulullah yang mulia itu juga ada pembencinya, inikan pula manusia biasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun begitu, berlainan pula jika menghadapi PRU, sesiapa sahaja calon PAS, ahli akan pangkah tanpa mengira disukai atau tidak, kerana musuh PAS adalah mudharat lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelimanya, pengfitnah tidak pula membuat ulasan berkenaan kawasan-kawasan yang tidak ada pertandingan jawatan utama, sedangkan nama-nama yang menang tanpa bertanding yang ada, kita boleh tahu apa kecenderungan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan mengapa perwakilan yang dikatakan mahu memberi amaran kepada Preisiden tidak membantah pemilihan yang dijalankan secara syura itu dan meminta pertandingan, kalau benar mereka mahu memprotes Presiden PAS?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perteguhkan PN dan perkukuhkan kerjasama MN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu adalah slogan seruan tetap daripada Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, mengapa pengfitnah PAS boleh memandang bahawa Presiden PAS hanya inginkan PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan semenjak bila pimpinan PAS menyerang Umno? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang ada, Umno Terengganu yang menyerang PAS selepas mereka memutuskan hubungan MN di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS hanya diam sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau benar benci, mesti lah berbalas serangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dahulu mereka gelarkan kita &#8216;walaun&#8217; sebab kita taat kepada pimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang setelah dilihat &#8216;walaun&#8217; menjadi lebih kuat, mereka buat cerita pula yang akar umbi menentang Presiden sudah tiada wala&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cerdik ke budak yang menulis tu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setelah semua lapan kawasan PAS di Terengganu selesai mengadakan mesyuarat tahunan mereka dengan tahun ini adalah tahun pemilihan,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10253,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-10252","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10252","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10252"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10252\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10254,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10252\/revisions\/10254"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10253"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10252"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10252"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10252"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}