{"id":10271,"date":"2021-10-21T12:55:18","date_gmt":"2021-10-21T12:55:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10271"},"modified":"2021-10-21T12:55:20","modified_gmt":"2021-10-21T12:55:20","slug":"muhyiddin-putus-untuk-bertanding-3-penjuru-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/21\/muhyiddin-putus-untuk-bertanding-3-penjuru-di-melaka\/","title":{"rendered":"Muhyiddin Putus Untuk Bertanding 3 Penjuru Di Melaka"},"content":{"rendered":"\n<p>Nampaknya hampir pasti perebutan kerusi DUN Melaka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dengan tegas memberitahu mereka tidak boleh terus dibiarkan menunggu-nunggu keputusan Umno &#8211; dan BN seperti dinyatakan Ahmad Zahid Hamidi &#8211; untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat hari ini, kata Muhyiddin, Umno belum menunjukkan sebarang petanda sama ada mahu bertanding sendiri atau bekerjasama dengan PN sedangkan keputusan perlu dibuat segera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, saya kata hari ini kita buat keputusan, kita akan bertanding tiga penjuru.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini ketegasan kita kerana kita mesti buat keputusan begitu dalam usaha hendak mengatur strategi menghadapi PRN,&#8221; katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas perdana menteri itu dipetik berkata demikian semasa menghadiri majlis makan tengah hari PN di Ayer Keroh, Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengerusi PN Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen dan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Rina Harun.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Muhyiddin dia &#8220;cukup berpengalaman&#8221; dalam menghadapi pilihan raya dan jika dibiarkan menunggu lama, pelbagai gerak kerja akan terganggu dan ahli di peringkat bawahan kehilangan arah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedang cari jalan terbaik<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya jika terus menanti keputusan Umno juga, katanya, ada kemungkinan parti terbabit membuat persiapan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenapa kita masih belum buat sebarang keputusan mengenai pembahagian kerusi dalam PN? Sebab kita nak menunggu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sampai bila kita nak menunggu dalam kita menunggu nanti dia (UMNO) sudah buat persiapan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata dia sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Umno tetapi hampa kerana tempoh masa yang begitu lama berlalu namun belum ada keputusan diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan masih yakin pertembungan tiga penjuru masih boleh dielakkan berdasarkan kepada kedudukan BN dan PN menjadi kerajaan pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada pertembungan lagi sekarang ini, tak ada pertembungan,\u201d katanya dipetik portal Free Malaysia Today di Bangi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata ahli parlimen Kota Bharu itu lagi PN sentiasa melakukan perbincangan dalam kerajaan bagi mencari jalan terbaik &#8220;untuk negara dan rakyat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga memberitahu PAS belum membuat keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi di Melaka pada bulan depan kerana sedang mencari jalan terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita dalam proses berbincang, belum diputuskan lagi kita sedang cari jalan terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nampaknya hampir pasti perebutan kerusi DUN Melaka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10272,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-10271","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10271","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10271"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10271\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10273,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10271\/revisions\/10273"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}