{"id":10353,"date":"2021-10-26T06:25:06","date_gmt":"2021-10-26T06:25:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10353"},"modified":"2021-10-26T06:25:08","modified_gmt":"2021-10-26T06:25:08","slug":"najib-melenting-gelaran-penjenayah-pertama-vip-malaysia-oleh-tun-m","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/10\/26\/najib-melenting-gelaran-penjenayah-pertama-vip-malaysia-oleh-tun-m\/","title":{"rendered":"Najib Melenting Gelaran \u2018Penjenayah Pertama VIP Malaysia\u2019 Oleh Tun M"},"content":{"rendered":"\n<p>Datuk Seri Najib Razak melenting susulan kenyataan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelnya sebagai penjenayah pertama VIP Malaysia mendapat layanan istimewa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Dr Mahathir semalam dibuat susulan keputusan mahkamah membenarkan permohonan Najib mendapatkan sementara pasport untuk ke Singapura, sedangkan beliau telah disabitkan hukuman, malah kes melibatkannya sudah agak lama tertangguh beberapa kali dan sepatutnya sudah menjalani hukuman penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadilan yang ditangguhkan adalah penafian terhadap keadilan. Namun rayuan ini sepatutnya didengar pada bulan April, enam bulan lepas. Sekarang sudah bulan Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi orang ini sudah kena hukum, tetapi tak masuk penjara, dan dapat escort macam VIP. Penjenayah VIP pertama di Malaysia,\u201d kata Mahathir pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, terhadap Najib setelah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Najib merayu hukuman itu di Mahkamah Rayuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya buat sementara bagi membolehkannya melawat anaknya, Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua di Singapura bulan depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonannya yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, meminda tarikh kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab tuduhan Dr Mahathir, Najib berkata:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLayanan berbeza apa? Saya mohon melalui mahkamah. Bukan minta pada kerajaan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Marah dengan tuduhan Dr Mahathir itu, Najib turut mengungkit kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan banglo, tetapi digugurkan Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bukan mohon pada Peguam Negara yang dilantik korang untuk gugurkan kes selepas perbicaraan bermula seperti kes banglo Guan Eng.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mohon pasport sementara dari mahkamah. Saya bukan mohon peguam negara tarik balik pendakwaan seperti Guan Eng,\u201d tulis Najib di facebook beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib juga mengungkit semula kes Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7 membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan saya yang sengaja tarik balik tuntutan dalam mahkamah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula sehingga kita hilang Pulau Batu Puteh buat selama-lamanya sebab tempoh diberi untuk semakan sudah tamat. Sengaja mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang,\u201d kata Najib lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Melepaskan kemarahannya kepada Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO itu berkata beliau hanya memohon pasport untuk ke Singapura buat semnetara bukannya untuk tinggal kekal di negara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mohon dapat pasport ke Singapura secara sementara. Saya bukan hadiahkan pulau (Batu Puteh) ke Singapura secara kekal. Itulah layanan berbeza masa kamu PM7. Atok nampak tak?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya cuma mohon mahkamah untuk dapatkan semula pasport saya secara sementara supaya saya boleh lawat anak saya yang bersalin di Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang benarkan pelepasan ke Singapura pada saya adalah Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim. Melalui proses mahkamah. Bukan kerajaan yang benarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika Atok tak puas hati, boleh lah kecam hakim-hakim mahkamah rayuan yang berpengalaman. Buatlah sidang media untuk kecam hakim-hakim, kita nak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka bukan lah hakim sivil baru dilantik tanpa sebarang pengalaman kes jenayah yang tiba-tiba ditukar ke mahkamah jenayah untuk gantikan hakim bagi kes SRC saya selepas perbicaraan bermula,\u201d kata Najib.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Seri Najib Razak melenting susulan kenyataan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelnya sebagai penjenayah pertama<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10354,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-10353","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10353","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10353"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10355,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10353\/revisions\/10355"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10354"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}