{"id":1045,"date":"2020-09-03T18:38:55","date_gmt":"2020-09-03T18:38:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1045"},"modified":"2020-09-03T18:38:56","modified_gmt":"2020-09-03T18:38:56","slug":"jiwa-terhempas-di-tebing-sungai-pelempas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/03\/jiwa-terhempas-di-tebing-sungai-pelempas\/","title":{"rendered":"Jiwa Terhempas Di Tebing Sungai Pelempas"},"content":{"rendered":"\n<p>Hari<strong>\u00a0<\/strong>ini, 3 September 2020, genaplah lima bulan secara rasmi, saya dilantik menjadi Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari-hari awal menjawat jawatan ini, ada orang politik dan kontraktor datang mendekati, menyatakan jawatan ini sangat diinginkan oleh banyak pihak kerana ada \u2018suara yang kuat\u2019 membuat keputusan-keputusan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak dari itu, saya berazam untuk keluarkan dari resam seorang SUPOL seperti itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mahu SUPOL dikenali sebagai pembantu rapat Menteri menjaga kesejahteraan rakyat dan memberi keadilan kepada yang dizalimi. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya beriltizam bila sahaja ada aduan rakyat mengenai sesuatu masalah di bawah bidang kuasa kementerian, saya segera menyahutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dari musim PKP, Pejabat Menteri menerima aduan-aduan rakyat antaranya masalah terputus bekalan air, pencemaran dan banjir. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes yang mula-mula saya cuba selesaikan ialah masalah terputus bekalan air di sebuah taman perumahan berstatus\u00a0<em>gated and guarded\u00a0<\/em>di Bandaraya Kuala Lumpur. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian masalah penduduk yang berhampiran dengan kediaman saya pula membuat aduan mengenai projek prasarana yang mencerobohi persekitaran perumahan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya tidak mudah untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana ia melibatkan pelbagai pihak dalam agensi kerajaan dan luar agensi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, semasa di luar kerajaan, mudah untuk kita mengutarakan cadangan dan mengkritik kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila berada di dalam kerajaan, ia tidak mudah sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting kita berusaha sedaya mungkin sehingga ke noktah terakhir agar masalah itu dapat diselesaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat masalah yang diadukan, sebenarnya di luar bidang kuasa kementerian. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tetap berusaha untuk mencari di mana perkaitannya dengan kementerian. <\/p>\n\n\n\n<p>Aduan rakyat berkaitan dengan projek prasarana seperti disebut di atas, sebenarnya di luar bidang kuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), tetapi penduduk minta untuk menolong mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya saya terpaksa pasrah juga, apabila persekitaran kediaman mereka telah dicerobohi pemaju.<\/p>\n\n\n\n<p>Esok, 19 rumah penduduk di Desa Subang Perantau berhampiran Sungai Pelempas, Daerah Petaling, akan dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes ini adalah masalah keempat yang saya cuba selesaikan dengan matlamat mengelakkan rumah-rumah penduduk tersebut dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya telah turun ke Desa Subang Perantau bertemu penduduk pada 1 Julai 2020, dan mendengar pandangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak dari itu, saya turun naik ke agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan Projek Tebatan Banjir ini seperti JPS Selangor, Pejabat Tanah Daerah Petaling sehingga bertemu dengan kerajaan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Punca kepada masalah ini ialah rekabentuk projek yang dibuat oleh sebuah Syarikat Perunding, yang tidak bersedia mengelak rumah-rumah penduduk. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan pengetahuan saya sedikit sebanyak dalam Geomorlogi Sungai, rekabentuk tersebut boleh diubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya teringat semula betapa pentingnya ilmu etika diajar kepada mahasiswa, supaya apabila mereka berkerjaya nanti, mereka mempunyai peri kemanusiaan yang tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ilmu Kejuruteraan bukanlah untuk mereka berinteraksi dengan jentera dan struktur yang mati, tetapi sebenarnya mereka berinteraksi dengan manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ilmu pengurusan bukanlah untuk mereka berinteraksi dengan polisi-polisi atas kertas yang kaku, tetapi berhadapan dengan manusia yang mempunyai seribu satu keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya semua pihak meletakkan diri mereka sebagai penduduk, bukan meletakkan diri mereka atas kuasa profesion sebagai pegawai, perunding, jurutera, politikus atau lain-lain yang mereka jawat sekarang, saya yakin penyelesaian itu boleh dicapai. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuba mereka ini bayangkan, rumah yang bakal dirobohkan itu rumah ibubapa mereka, adik-beradik mereka dan saudara-mara mereka, sudah tentu mereka akan cuba sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah yang penduduk hadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya cuba meletakkan diri saya berada di tempat penduduk, justeru saya cuba sedaya upaya membantu dengan bidang kuasa yang ada di bawah kementerian. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, projek itu bukan di bawah KASA, yang hanya ada sekelumit peranan ke atas projek ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mengingatkan semua pihak, jangan kita takbur dengan kuasa yang ada pada kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kezaliman yang kita buat atas sesiapa sahaja ketika kita berkuasa, sedikit pun tidak terlepas dari balasan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Di dunia ini kamu boleh memberi seribu satu alasan, di akhirat nanti bagaimana kamu berhadapan dengan mahkamah Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa ketika lagi 19 rumah penduduk di Desa Subang Perantau akan dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Betapa luluhnya hati mereka, rumah yang mereka dirikan bertahun-tahun lalu tersembam ke bumi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jiwa saya pun rasa terhempas melihat air mata mereka menitis.<\/p>\n\n\n\n<p>DR MOHD ZUHDI MARZUKI <\/p>\n\n\n\n<p>HARAKAHDAILY<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari\u00a0ini, 3 September 2020, genaplah lima bulan secara rasmi, saya dilantik menjadi Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Menteri Alam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1046,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-1045","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1045","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1045"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1045\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1047,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1045\/revisions\/1047"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1046"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1045"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1045"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1045"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}