{"id":10468,"date":"2021-11-06T07:42:47","date_gmt":"2021-11-06T07:42:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10468"},"modified":"2021-11-06T07:42:49","modified_gmt":"2021-11-06T07:42:49","slug":"70-tahun-rebah-bangun-namun-islam-tetap-digenggam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/11\/06\/70-tahun-rebah-bangun-namun-islam-tetap-digenggam\/","title":{"rendered":"70 tahun rebah bangun, namun Islam tetap digenggam"},"content":{"rendered":"\n<p>Setelah 70 tahun dipersada politik tanahair dan bergelumang juga di peringkat antarabangsa, Parti Islam Semalaysia, PAS, alhamdulillah dengan izin Allah, masih teguh berdiri dan relevan dengan peredaran politik semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau cuba dibunuh oleh musuh dengan segala usaha mereka, namun, dengan kekuatan wahyu sebagai asas perjuangan, PAS mengecewakan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik bukanlah satu-satunya lorong perjuangan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai lorong-lorong yang lain, yang mana tidak kurang pentingnya bagi memandu ummah ke jalan yang benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan dalam politik akan memberikan peluang dan ruang yang lebih luas kepada dua lagi elemen penting itu, dakwah dan tarbiyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa terbuka dalam semua perkara kecuali aqidah, adalah resepi utama PAS untuk berjaya dalam cabaran ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Percaturan politik sentiasa berubah mengikut zaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga kaedah dakwah dan tarbiyyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana pesan Saidina Ali, kita mesti mengikut zaman bagi mendidik generasi kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, lembut bukan menyerah terus, tetapi mengendurkan keadaan supaya tidak menjadi tegang. <\/p>\n\n\n\n<p>Biar sedikit lambat, asalkan Islam mendapat manafaatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan terbukti, dalam semua sikap keterbukaan PAS itu, Islam mendapat pulangan yang menguntungkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah terlalu panjang untuk ditulis bahawa kesungguhan PAS dalam menjalankan dakwah, tarbiyyah dan juga berpolitik diakui bukan sahaja di Malaysia, malah juga di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada era baharu politik sekarang, PAS lebih melihat kepada keutamaan menjadikan perpaduan ummah sebagai perkara yang mesti diusahakan dengan lebih giat, walaupun semenjak dahulu, PAS telah mengusahakannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu tema Muktamar ke-67, Islam Menyatukan Ummah amat sesuai kerana perpecahan ummah menjadikan musuh agama akan mendapat laba dengan berbagai rencana mereka seperti ingin membawa negara ke arah liberal.<\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar ini amat penting sebelum PRU akan datang, pesan Presiden kepada perwakilan. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkewajipan menyatukan semua kaum dalam negara Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan penyatuan itu wajiblah dilakukan dalam kalangan umat Islam terlebih dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Agenda ini adalah kesinambungan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang sukar difahami oleh rakan-rakan di luar PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketakutan menyelubungi, bimbang PAS akan mendapat keuntungan yang lebih. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan PAS hanya mahukan Islam naik.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara rahmat Allah ialah adil kepada semua manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan pendekatan secara damai itu adalah diutamakan oleh Rasulullah SAW dengan menyeru ke arah mentauhidkan Allah, terimalah Islam, nescaya kamu selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Muawjahah silmiyyah atau pertembungan secara damai, sudah lama diamalkan oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sahaja peluang bagai gencatan politik, PAS sanggup menerimanya bagi mengurangkan pertembungan dan melebihkan perbicangan di meja rundingan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyatuan ummah mesti diasaskan kepada tiga perkara utama iaitu adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Mesti adil kepada semua walaupun terhadap musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlawanan dengan zalim. <\/p>\n\n\n\n<p>Zalim akan membawa kepada kegelapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sesiapa yang suka dizalimi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka inilah yang Islam bawakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, mesti melihat manusia adalah satu keluarga besar walaupun terdiri daripada berlainan bangsa dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Manusia berasal daripada nabi Adam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mesti mengambil kira semua manusia dalam dunia ini bagi bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Samada mereka Islam mahupun bukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dakwah, kita mesti lakukan dan hidayah itu milik Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi membina tamadun, semua orang diperlukan, tiada beza bagi hal dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja keimanan yang membezakan kita semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga Islam mesti memimpin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuasa yang dimiliki oleh raja-raja sebelum Islam, diberikan kembali kuasa kepadanya, sekiranya mereka memahami Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertolak daripada titik inilah PAS memilih untuk melebarkan perpaduan ummah, bukan tertentu hanya dengan Umno sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam syarat ketiga ini, maka PAS menawarkan kepada semua parti Islam agar memahami Islam dan bergerak menurut kehendak Islam, manakala PAS tidak meminta jawatan kerana memahami konsep ini.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS bukan sebuah parti yang hanya digunakan ketika susah dan ditinggalkan selepas itu. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah lama menegaskan bahawa PAS bukanlah parti anak tangga yang dipijak orang, guna untuk naik atau sekadar penumpang dalam pakatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu PAS mesti diberikan hak yang sama dalam menentukan halatuju mana-mana pakatan yang disertai PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS berjaya membuktikan yang PAS bukan hanya beromong kosong kerana PAS adalah satu parti yang berintergriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, PAS tidak pernah dibuktikan menyeleweng dalam pentadbirannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Baiah dalam PAS juga adalah penyekat bagi calon PAS daripada berkhianat selain daripada kematangan calon dan juga latar belakang yang menjaga amanah Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya penyatuan atas nama Islam, akan berhasil bagi kita mendepani cabaran yang semakin kritikal dengan serangan musuh dari pelbagai sudut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ulasan dari ucapan dasar oleh Presiden PAS \u2013 dalam tajuk Prinsip Penyatuan Ummah<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setelah 70 tahun dipersada politik tanahair dan bergelumang juga di peringkat antarabangsa, Parti Islam Semalaysia, PAS, alhamdulillah dengan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10469,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[54],"class_list":["post-10468","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-muktamar-pas-66"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10468","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10468"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10468\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10470,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10468\/revisions\/10470"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10469"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10468"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10468"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10468"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}