{"id":10540,"date":"2021-11-13T14:33:38","date_gmt":"2021-11-13T14:33:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10540"},"modified":"2021-11-13T14:33:41","modified_gmt":"2021-11-13T14:33:41","slug":"pelik-mustahil-tidak-masuk-akal-benci-dan-kekal-merendah-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/11\/13\/pelik-mustahil-tidak-masuk-akal-benci-dan-kekal-merendah-diri\/","title":{"rendered":"Pelik, Mustahil, Tidak Masuk Akal, Benci Dan Kekal Merendah Diri"},"content":{"rendered":"\n<p>Pelik\u2026.kerana sosok yang dituduh sebagai pembawa ajaran sesat, jahat, pemesong agama, penunggang agama, politikus putar belit kerana mahukan kuasa, tiba-tiba dianugerahkan pingat PSM oleh YDPA. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan, bukan Persatuan Sekolah Memandu, tetapi Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelaran Tan Sri, hanya boleh dianugerahkan oleh YDPA sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Sultan negeri-negeri, tidak boleh. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling tinggi, hanya Dato&#8217; bergelar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mustahil\u2026bagi akal pembenci beliau yang sangat marahkan beliau kerana ilmu agamanya yang diakui dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pembencinya tetap tidak mahu mengakui kehebatannya kerana jika mengakui, bermakna jatuhlah maruah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun pembencinya, membaca jawi pun terbalik, membaca al-Quran dalil utama dalam Islam tergagap-gagap, apatah lagi membaca tulisan arab tanpa baris. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun dengki mereka tetap teguh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mati bersama kedengkian itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Entah apa nasib mereka di dalam kubur jika fitnah mereka, Allah tidak ampunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak masuk akal\u2026.kenapa sosok ini dianugerahkan juga pingat penghargaan ini oleh YDPA? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah YDPA tidak tahu yang beliau telah membawa perpecahan dalam masyarakat di Malaysia, sebagaimana yang telah pemfitnah ceritakan? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa orang sebegini diberikan anugerah. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua musuhnya akan mencari lagi apa sahaja bagi menambahkan lagi cerita jahat yang direka terhadap beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Biar masyarakat menolaknya. Itu fikir akal mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ternyata, YDPA tidak mempercayai fitnah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Benci\u2026.musuhnya tidak berjaya mencari jalan tambahan bagi menjatuhkan maruah beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, beliau dipercayai semua orang, termasuklah musuhnya dalam politik akan kejujurannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh juga gagal membuktikan ajaran beliau adalah sesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuhnya gagal menghalang anugerah tinggi ini dari YDPA, kerana YDPA mengetahui akan akhlaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh penat mencipta fitnah, tetapi beliau semakin diyakini. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuhnya kelihatannya begitu bodoh sekali, penat dan berputus asa kerana semakin sedikit orang mempercayai fitnah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekal merendah diri\u2026.dengan pangkat dunia yang diberikan manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah, sekiranya kamu bertemu dengan beliau dan memanggilnya dengan panggilan &#8220;Ayah Chik&#8221; tanpa gelaran Tan Sri, nescaya, dia akan berpaling dan tersenyum ke arahmu kerana gelaran itu sudah sebati dengannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Yakinlah, jika kamu tetap menggelarkan beliau &#8220;Tok Guru&#8221; tanpa Tan Sri, beliau tetap akan menjawab soalan agama kamu tanpa membezakan kedudukan beliau dahulu dan sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Gelaran Tan Sri daripada YDPA adalah gelaran terhormat daripada yang terhormat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menjadi kebiasaan kepada semua untuk merasa gembira dengan penghormatan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun aku percaya gelaran daripada marhaen adalah gelaran yang sebati dengan jiwa beliau, tanpa aku merendahkan gelaran Tan Sri itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelaran dari marhaen adalah datang dari hati, ia tiada pingat, tetapi ia lahir kerana kasih sayang dan juga kehormatan kepada seorang murabbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah Tan Sri Ayah Chik, semoga selain gelaran penghormatan di dunia, Ayah Chik juga akan menerima gelaran kemuliaan dari Allah di akhirat nanti di atas pengorbanan Ayah Chik kepada agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Ayah Chik dirahmati.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g45ed2d\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g45ed2d gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Tan-Sri-Dato-Seri-Tok-Guru-01.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelik\u2026.kerana sosok yang dituduh sebagai pembawa ajaran sesat, jahat, pemesong agama, penunggang agama, politikus putar belit kerana mahukan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10542,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-10540","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10540","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10540"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10540\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10543,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10540\/revisions\/10543"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10540"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10540"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10540"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}