{"id":1062,"date":"2020-09-04T09:38:31","date_gmt":"2020-09-04T09:38:31","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1062"},"modified":"2020-09-04T09:47:05","modified_gmt":"2020-09-04T09:47:05","slug":"umat-melayu-bakal-bebaskan-al-aqsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/04\/umat-melayu-bakal-bebaskan-al-aqsa\/","title":{"rendered":"Umat Melayu Bakal Bebaskan Al-Aqsa?"},"content":{"rendered":"\n<p>Dengan terjalinnya hubungan antara Israel dan UAE, serta kelunakan negara-negara Arab terhadap negara haram Israel, semakin jelas kepada kita bahawa dunia Arab tidak akan mampu lagi untuk membebaskan Jerusalem (al-Aqsa) daripada cengkaman Zionis. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketidak-mampuan ini membawa kepada teori pembebasan al-Aqsa oleh umat bukan Arab. <\/p>\n\n\n\n<p>Mata-mata tersembunyi organisation dan teori-teori konspirasi menghala ke arah Alam Melayu atau Bani Jawi, kononnya al-Aqsa akan dibebaskan oleh umat Islam dari alam Melayu, Bani Jawi dan Asia Tenggara. <\/p>\n\n\n\n<p>Alam Melayu pula telah lama diusahakan untuk dimusnahkan, dicaca-merbakan, dijajah, dan digelapkan sejarah ketamadunan dan kehebatannya agar umat Melayu tidak bangkit untuk mendominasi dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pernah belajar bahawa empayar-empayar Melayu pernah menguasai dunia dengan cara tersendiri, menguasai laut dan darat, menguasai jalan perdagangan dunia, menguasai bidang-bidang ilmu dan bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan dunia (Lingua Franca) untuk dipertuturkan oleh dua native yang berbeza bahasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Potensi Melayu untuk membebaskan al-Aqsa sememangnya ada jika merujuk kepada sejarah kehebatannya yang lampau. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka sejarah ini mesti dipadam, umatnya mesti dilunyai dan dijajah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemikiran mereka mesti disibukkan dengan perebutan kuasa sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadikan mereka satu bangsa yang diselubungi inferiority complex, maka mereka akan sukar untuk bangkit semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Suara-suara cerdik pandai Melayu, alim ulamak, pengkaji-pengkaji alam Melayu yang mahu kembali mencerahkan umat Melayu dengan sejarah-sejarah keagungan ummah, menggusarkan musuh-musuh yang berselindung dalam apa jua bentuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila orang-orang politik Melayu juga mula memandang sejarah dan kehebatan nenek moyang Melayu sebagai inspirasi kebangkitan ummah, ia akan lebih memangkin kebangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh-musuh tidak takut kepada kekuatan persenjataan orang-orang Melayu, kerana hari ini mereka mempunyai teknologi senjata yang canggih juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi attribute kuasa diplomatik orang-orang Melayu mungkin menjadi senjata besar untuk membebaskan al-Aqsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana? <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa tahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mata-mata yang memerhati alam Melayu hari ini tertumpu kepada Malaysia, Brunei dan Indonesia, kerana ketiga-tiga negara ini masih mempunyai jatidiri Melayu yang kuat berbanding Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam dan sebagainya yang telah hampir 100% diganyang penjajah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah pernah mencatatkan bahawa penjajah Inggeris mengkagumi kehebatan orang-orang Melayu melawan penjajahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kapten Sherard Osborn, pegawai Tentera Laut British ketika mencatat peristiwa perang Kedah-Siam, pernah berkata: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Seperti anjing pribumi (orang India) di sepanjang pesisir pantai semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi tidak bagi orang Kedah! <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman,&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa Arab sudah hilang taringnya terhadap kekuatan Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa Afrika juga telah dilemahkan berabad lamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa Cina mahu menguasai ekonomi dunia sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Andai bangsa Melayu bangkit semula menguasai dunia, teori al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang Nusantara mungkin menjadi nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita teropong dengan cara lutsinar ke dalam negara kita, apakah kita ada potensi yang disebut-sebut dalam teori-teori pembebasan al-Aqsa itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini saya pernah menulis, jika gandingan Tun Mahathir &#8211; DS Anwar &#8211; TG Haji Hadi mengemudi negara tanpa prejudis dan mempunyai fikrah yang jelas, dan sama-sama mengembeling kekuatan, potensi yang ada pada diri masing-masing, pasti kita akan dapat lihat bunga-bunga pembebasan al-Aqsa hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>TG Haji Abdul Hadi pernah menghadiri mesyuarat secara online dengan para ulama sedunia bagi membincangkan isu pembebasan al-Aqsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun saya berpandangan, ummah masih belum ada kekuatan untuk berbuat demikian, walaupun dilantik menjadi Duta Khas. <\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan hanyalah perbincangan, melainkan ia diterjemah dalam bentuk kuasa-kuasa pemerintahan yang bergabung. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dunia gerakan Islam memandang Malaysia sebagai tempat yang akan ada kebangkitan untuk membebaskan al-Aqsa, tentunya mereka memandang tiga watak yang telah disebutkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian besar masih bernostalgia dengan ketegasan Tun Mahathir mengkritik PBB, Amerika dan Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian gerakan kontemporari melihat DS Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan tidak kurang, mereka menaruh harapan kepada Syeikh Abdul Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ketiga-tiganya sudah lewat usia. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka secara adatnya, tidak akan sempat untuk melihat al-Aqsa dibebaskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka perjuangan mereka mesti disambung oleh anak-anak mereka, bahkan generasi seterusnya yang belajar dan mengharungi jalan perjuangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, apakah anak-anak mereka atau murid-murid mereka mampu menggalas harapan ummah kepada mereka? <\/p>\n\n\n\n<p>Dan paling utama, apakah ada jalan untuk kekuatan mereka digabungkan dengan satu kesatuan fikrah yang benar? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana pertembungan sesama merekalah menjadi punca utama kita hilang kekuatan itu. Sekian<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dengan terjalinnya hubungan antara Israel dan UAE, serta kelunakan negara-negara Arab terhadap negara haram Israel, semakin jelas kepada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[6],"class_list":["post-1062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-luar_negeri","tag-luar-negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1064,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1062\/revisions\/1064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}