{"id":10799,"date":"2021-12-14T04:05:40","date_gmt":"2021-12-14T04:05:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10799"},"modified":"2021-12-14T04:05:42","modified_gmt":"2021-12-14T04:05:42","slug":"pm-agenda-keluarga-malaysia-tiada-peluang-berjaya-jika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/12\/14\/pm-agenda-keluarga-malaysia-tiada-peluang-berjaya-jika\/","title":{"rendered":"PM, Agenda Keluarga Malaysia Tiada Peluang Berjaya Jika\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Ke hadapan YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob,<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menjayakan agenda Keluarga Malaysia yang diwar-warkan YAB PM, Malaysia mesti berani melangkah ke depan dengan tidak lagi memaparkan pecahan pengundi sesuatu kawasan mengikut komposisi kaum semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu akui bahawa pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesannya terhadap perpaduan kaum di dalam negara amatlah meruncing dan mendalam dan bersifat memecahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihatlah keadaan hari ini, sama ada di kedai kopi mahupun di media sosial, rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan menjayakan agenda Keluarga Malaysia secara ikhlas, perkara ini perlu dirombak segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini memaparkan pecahan pengundi mengikut kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali ia dibuat mengikut pecahan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang semuanya terdiri daripada parti berdasarkan kaum untuk memudahkan setiap parti komponen untuk menjaga undi kaum masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini boleh diubah, jika YAB PM mempunyai \u201cpolitical will\u201d atau kemahuan politik untuk melihat agenda Keluarga Malaysia menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>SPR boleh mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia, jantina, tahap pendapatan, kelulusan akademik atau jenis pekerjaan sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Data yang dipecahkan mengikut kaum tidak perlu dikeluarkan secara khusus melainkan ada keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pecahan pengundi dilakukan mengikut usia sebagai contoh:<\/p>\n\n\n\n<p>21-34 tahun: 35%<\/p>\n\n\n\n<p>35-50 tahun: 40%<\/p>\n\n\n\n<p>50-60 tahun: 15%<\/p>\n\n\n\n<p>60 tahun ke atas: 10%<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan data-data sedemikian, media, parti-parti dan ahli-ahli politik akan berbicara, berstrategi mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, jantina, jenis pekerjaan, tahap pendapatan serta kelulusan akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara automatik, isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ini diamalkan untuk tempoh 10 tahun, sudah pasti risiko berlakunya keadaan masa kini di mana ada pihak-pihak yang sengaja menggunakan sentimen agama dan kaum untuk meraih undi dan melaga-lagakan sesama rakyat demi mendapat modal politik murahan akan berkurang secara drastik.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika inisiatif di atas dapat dilakukan seiring dengan perlaksanaan Undi18, landskap perpaduan negara dan cara berpolitik ahli politik negara akan berubah di dalam 10 tahun akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>YAB PM, agenda Keluarga Malaysia tiada peluang untuk berjaya jika rakyat terus dipecahkan mengikut kaca mata perkauman dan ahli-ahli politik terus bermain isu demi menjaga kepentingan kaum masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Rombaklah cara SPR memaparkan data pengundi, nescaya Malaysia boleh bergerak ke arah lebih makmur dan berpadu sekiranya kita melihat data dengan kaca mata yang lebih menjurus ke arah perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ke hadapan YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Untuk menjayakan agenda Keluarga Malaysia yang diwar-warkan YAB PM, Malaysia<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10800,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-10799","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10799","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10799"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10799\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10801,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10799\/revisions\/10801"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10800"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10799"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10799"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10799"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}