{"id":10936,"date":"2022-01-07T08:45:07","date_gmt":"2022-01-07T08:45:07","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10936"},"modified":"2022-01-07T08:45:09","modified_gmt":"2022-01-07T08:45:09","slug":"musuh-pas-terengganu-sedang-menggelupur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/07\/musuh-pas-terengganu-sedang-menggelupur\/","title":{"rendered":"Musuh PAS Terengganu Sedang Menggelupur"},"content":{"rendered":"\n<p>Mei nanti, akan genaplah ulangtahun ke-4 Kerajaan Negeri Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbagai isu yang berlegar sepanjang tempoh ini, bertarik-tarikan antara kerajaan dan pembangkang bagi menyerang ataupun menerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang fitnah dari pembangkang, dan yang benar dari Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini adalah warna-warna politik yang dipersembahkan oleh kedua belah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembangkang amat berharap Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, gagal menunaikan hampir kesemua manifesto yang dijanjikan PAS dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Terbeliak mata mereka, melihatkan, rupanya boleh janji-janji pilihanraya ditunaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan kisah dongengan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah satu realiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir semua manifesto telah ditunai.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan masih mengekalkan imej bersih, tanpa salahguna kuasa, PAS menepis semua serangan lawan yang dilihat semakin bertalu-talu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin terdesak dengan pencapaian PAS, berbagai cara batil yang mereka cipta bagi menjatuhkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sia-sia kerana kejayaan yang dicapai oleh PAS, bukan sekadar cakap mulut, tetapi dengan angka dan data yang tidak ternafikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, kadar pengangguran di Terengganu, semakin menurun 3.5, menghampiri kadar nasional 3.3, setelah enam tahun sehingga 2018, dalam trend menaik (2.9 &#8211; 4.8). <\/p>\n\n\n\n<p>Disebalik semua ujian seperti Covid banjir dan berbagai lagi, alhamdulillah, Kerajaan Negeri berjaya menyediakan peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat Terengganu yang layak. <\/p>\n\n\n\n<p>Duyung Marina Resort pula yang sudah belasan tahun rugi, mencatat keuntungan sejuta lebih. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan bukan hanya memberikan bantuan-bantuan one-off, tetapi juga peluang-peluang membebaskan diri daripada kemiskinan dengan berbagai skim-skim yang membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan inilah maka musuh PAS, merasakan perlunya membuat serangan demi serangan untuk mengatakan bahawa PAS ini jahat, PAS gagal, PAS begitu dan begini. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua yang negatif, ditempelkan kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya PAS pula terbukti menggunakan dengan betul wang royalti yang dahulu pernah diberikan kepada pihak yang bukan berhak. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin benar strategi jahat mereka dahulu, sekat royalti supaya Kerajaan PAS sesak, senang mereka merampas semula Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila dapat royalti, susahlah musuh PAS, semua ditadbir dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beza pengurusan negeri oleh dua kerajaan ini, dapat dilihat jelas oleh rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh yang masih mencuba untuk merampas kembali kuasa, sebenarnya tidak tahu, apa lagi isu yang mahu dimainkan bagi menjatuhkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dek kerana kebingungan itulah maka musuh sanggup mengitar kembali isu kafir mengkafir, Amanat Haji Hadi, Memali dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga mengungkit semua projek adalah daripada mereka dahulu, hanya disempurnakan oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah petanda tandusnya isu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada salah laku, pasti mereka sudah membuat laporan SPRM atau PDRM, mana mungkin dilayan isu lapuk itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS jangan cepat melatah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Terengganu begitu tenang, menjawab dengan angka. <\/p>\n\n\n\n<p>Auta mereka dibalas dengan fakta jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak isu yang diberikan musuh PAS ialah isu yang tidak boleh dijangkau dengan angka. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya mahal bayaran, berapa mahal, tidak dijelaskan, padahal naik 10 sen sehari. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS main projek, tidak dinyata apa salahnya, konon nak timbulkan isu kroni. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS ambil duit rasuah, mana laporannya? Tiada. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan tidak cukup. Berapa? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka diam. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah terdesaknya mereka, guna ayat umum membuat tuduhan dan disambut oleh \u2018fake account\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Musuh PAS tahu, jika kali kedua berturut-turut Terengganu kekal di tangan PAS, mereka akan menghadapi masalah yang amat besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia akan memberikan isyarat bahawa Terengganu bakal kekal lama dalam gengaman PAS, sebagaimana Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, PRU 15 ini amat penting setelah peluang untuk muafakat telah dibuang oleh musuh, kerana kepentingan peribadi, bukan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi yang mampu mereka buktikan setelah rakyat melihat jelas perbezaan cara pemerintahan yang membazir dengan berhemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk itu, bagaimana sekalipun, PAS mesti dihapuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018By hook or by crook\u2019 mereka akan mengambil Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah mereka membuat perbandingan kejayaan mereka memerintah dengan kelemahan PAS mentadbir? <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada, kerana rakyat akan nampak buruk mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ada hanyalah isu-isu fitnah lama yang dikitar semula untuk PAS dilihat sama seperti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Isyarat ini perlu difahami dengan jelas oleh penyokong PAS bagi mempersiapkan diri masing-masing, berada pada posisi yang sepatutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita sedang mara untuk kemenangan kali kedua, insyaallah. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh PAS juga sedar, sebab itu mereka menggelupur bagai terkena sawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti mereka akan jadi seperti Kelantan, sudah tepu untuk melawan kerana intergriti PAS amat kukuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akhirnya menempel diri untuk muafakat dengan PAS&#8230;.alhamdulillah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"720\" height=\"720\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10937\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu.jpg 720w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-300x300.jpg 300w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-150x150.jpg 150w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-465x465.jpg 465w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-280x280.jpg 280w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-182x182.jpg 182w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-153x153.jpg 153w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-239x239.jpg 239w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-75x75.jpg 75w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Manifesto-PAS-Terengganu-340x340.jpg 340w\" sizes=\"auto, (max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"628\" height=\"404\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10938\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran.jpg 628w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-300x193.jpg 300w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-549x353.jpg 549w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-435x280.jpg 435w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-233x150.jpg 233w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-230x148.jpg 230w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-360x232.jpg 360w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/Kadar-Penganguran-100x64.jpg 100w\" sizes=\"auto, (max-width: 628px) 100vw, 628px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mei nanti, akan genaplah ulangtahun ke-4 Kerajaan Negeri Terengganu. Berbagai isu yang berlegar sepanjang tempoh ini, bertarik-tarikan antara<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10939,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[51],"class_list":["post-10936","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terengganu","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10936","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10940,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10936\/revisions\/10940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10939"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}