{"id":10941,"date":"2022-01-07T19:00:30","date_gmt":"2022-01-07T19:00:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10941"},"modified":"2022-01-07T19:00:32","modified_gmt":"2022-01-07T19:00:32","slug":"hedonisme-di-tanah-arab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/07\/hedonisme-di-tanah-arab\/","title":{"rendered":"Hedonisme Di Tanah Arab"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Asal Usul <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hedonisme adalah satu pemikiran yang lahir dari dunia Yunani. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menjurus ke arah mencari kepuasan dan kenikmatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jalur perbincangan ini berasal daripada perbahasan berkenaan tujuan manusia dihidupkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Socrates (469-399 SM) contohnya, menyatakan bahawa manusia dihidupkan untuk mengecapi kebahagiaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, di kalangan ahli falsafah Yunani berbeza-beza pendapat tentang erti sebenar kebahagiaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengatakan kebahagiaan itu dikecapi dengan ilmu pengetahuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang memiliki ilmu, digambarkan sebagai orang yang bahagia.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, di sana, ada satu aliran yang berpendapat bahawa kebahagiaan itu dikecapi dengan kepuasan, kenikmatan dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya, Aristippus of Cyrene (435-356 SM) berteori bahawa keseronokan merupakan satu-satunya perkara yang dicari dalam hidup manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Epicurus (341-270 SM) yang mengasaskan aliran Epikuranisme menyatakan bahawa keseronokan merupakan peringkat mula dan akhir sesebuah kehidupan yang diingini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak kesenangan baginya ialah ketenangan jiwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada era falsafah moden, pemikiran Hedonisme ini turut dibincangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jeremy Bentham (1748-1832) berpandangan bahawa prinsip hedonisme mempunyai hubungan dengan fitrah manusia, iaitu dari sudut kesakitan dan kegembiraan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan ini turut disokong oleh James Stuart Mill.<\/p>\n\n\n\n<p>James Stuart Mill (1806-1873) berpendapat bahawa keseronokan merupakan kebaikan dan kesakitan adalah kejahatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bermula daripada perbincangan tentang keseronokan, akhirnya mengheret kepada kehancuran budaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu apabila keseronokan itu tiada hala tuju, tidak dipandu, dan tidak terkawal.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Gejala dan Kerosakan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hedonis beranggapan bahawa keseronokan itu satu kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna, kebaikan di sisi mereka bersifat relatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang melihat seks bebas itu adalah perkara yang \u2018membahagiakan\u2019 berbanding dengan perkahwinan yang terikat dengan nafkah dan bermacam ragam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, ada di kalangan mereka menganggap pelacuran itu perbuatan yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang melihat bahawa minuman keras itu adalah baik kerana ia dianggap jalan keluar kepada kerunsingan dan tekanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan terkutuk yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan berhujah, \u201cApa salahnya berzina suka sama suka?\u201d atau \u201cApa salahnya minum arak kalau tak memandu\u201d dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebaikan yang bersifat relatif ini pastinya disokong oleh golongan humanis dan liberalis. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka biasanya akan berhujah \u201cMabuk itu hak mereka\u201d, atau \u201cMereka berzina suka sama suka itu adalah hak individu\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya mereka hanya fikir untuk mengejar keseronokan, dan kepuasan sementara.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tak fikir risiko penyakit HIV? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tak baca data penyakit otak disebabkan ketagihan arak? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan mereka mengatakan bahawa \u2018kesakitan itu adalah satu kejahatan\u2019? <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, yang mereka kejar adalah keseronokan yang akan mengundang kesakitan yang mereka benci itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tik Tok<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tik tok adalah salah satu aplikasi yang lahir dari akar hedonisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Terasnya adalah hiburan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa sahaja boleh mempamer \u2018bakat\u2019 masing-masing menghiburkan orang, samada dengan perbuatan-perbuatan yang bodoh, atau joget yang mengghairahkan, ataupun dengan apa sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Jaringan Tik Tok dan kandungannya yang mengghairahkan secara tak langsung mengheret kepada masalah sosial. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situlah nak layan video-video pendek separa porno, yang dikawal selia oleh algorithm yang \u2018memaksa\u2019 pelayar aplikasi ini untuk menuruti apa yang dihidangkan oleh Tik Tok.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau cara lama, artis-artis mula jadi popular setelah diangkat dan dipublisitikan oleh producer-producer. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi hari ini, sesiapa sahaja boleh jadi artis. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang tidak punya idea yang bernas, suara pun tak sedap, tapi ada body yang lawa, cukup dengan gelek dalam Tik Tok sahaja sudah mampu untuk mengumpulkan penggila.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau nak sembang dari sudut kebaikan Tik Tok, khinzir pun mungkin ada kebaikannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Arak pun mungkin ada kebaikannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, ukurlah kebaikan itu besar mana nak dibanding dengan risiko dan bahayanya terhadap sosial masyarakat, moral, agama, dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Arab Saudi Layan Konsert<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang boleh dikatakan tentang Arab Saudi? <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak era Ben Salman ini sudah mula meresapkan ideologi-ideologi Barat, khususnya hedonisme itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang tahu tentang list konsert yang dianjurkan oleh negara itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu untuk dipaparkan lagi di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuma, apa yang boleh kita bincangkan ialah dari sudut pemikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mengira bahawa apa yang nak dibawa oleh Ben Salman bukan sekadar hedonisme itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi yang lebih besar adalah agenda Sekularisasi dan Liberalisasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita hurai kedua-dua tonggak pemikiran yang menyesatkan ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>a- Sekularisasi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sekularisme pada asasnya ialah memisahkan agama daripada politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, orang Barat beranggapan negara yang diperintah dengan pengaruh agama, akan rosak sepertimana yang dialami oleh mereka di zaman pemerintahan bergereja dahulu (Dark Ages)<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa sekularisme dibawa masuk ke dalam Arab Saudi? <\/p>\n\n\n\n<p>Semua sedia maklum bahawa Arab Saudi dikenali sebagai 2 Tanah Haram (Haramain). <\/p>\n\n\n\n<p>Di situlah maqam Nabi SAW, di situlah kiblat umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, Arab Saudi dibayangi dengan negara yang diperintah dengan pengaruh agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, untuk menghapuskan bayangan tersebut, agenda sekularisasi mesti ditanam di sana, agar negara itu tidak lagi dilihat diperintah oleh pengaruh agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, apabila orang ke Mekah, bukan lagi semata mata umrah dan haji, akan tetapi melancong, makan angin, dan mungkin boleh sampai berbogel di tepi pantai.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>b- Liberalisasi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Liberalisme secara akarnya memperjuangkan kebebasan cara Barat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sebarang kongkongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, orang Barat sudah cukup trauma hidup dalam kongkongan gereja pada zaman Dark Ages. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, pemikiran ini dianggap sebagai satu perjuangan untuk menobatkan manusia itu sebagai seorang manusia, bukan hamba abdi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa Liberalisme dibawa masuk ke Arab Saudi? <\/p>\n\n\n\n<p>Sepertimana yang kita ketahui, di Arab Saudi terdapat pelbagai undang-undang atas nama agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya tutup aurat, hukum hudud, dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Undang-undang ini bahkan telah menjadi adat kebiasaan masyarakat di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, untuk \u2018melanggar\u2019 adat ini, bahkan agama Islam itu sendiri, maka mereka pun mula mewujudkan konsert dan hiburan agar ia menjadi normal (normalisasi). <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, pelanggaran adat ini akhirnya masyarakat Arab Saudi akan mula terbiasa dengan \u2018free hair\u2019 di situ dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lama kelamaan, undang-undang yang menyuruh tutup aurat itu akan dianggap menindas hak asasi wanita. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, hudud yang dilaksanakan di sana juga mungkin akan dipertikai kerana dilabel kejam, ketinggalan, dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Agenda ini tak mungkin berjaya sehari dua, akan tetapi makan masa. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah yang mereka sedang lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bahaya Hedonisme<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hedonisme sangat sesuai untuk menyuburkan liberalisme dan sekularisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Keseronokan itu dijulang melangkaui batasan agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Pedoman-pedoman agama menurut mereka tidak menyeronokkan, bahkan membosankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, hedonisme berpeluang memberanakkan generasi \u2018tiada agama\u2019, sekalipun memakai nama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempadan-sempadan agama yang menyekat manusia daripada jahanam, dilanggar dengan pemikiran ini atas label keseronokan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, sempadan-sempadan itu dilihat menyusahkan, menyekat, mengongkong dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, yang akan lahir juga ialah umat Islam yang berotakkan Barat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi dasar luar Amerika yang konsisten untuk memasarkan Liberalisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara bahaya hedonisme yang paling parah ialah ketirisan ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesuatu kebenaran itu bukan lagi ditentukan dengan paksi ilmu atau hujah yang rasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi kebenaran itu diukur dengan keseronokan yang dikecapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya seorang ayah yang menjaga anaknya daripada terjerumus ke neraka, dianggap jahat dan menyekat kebebasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Ayah yang membiarkan anaknya ber\u2019couple\u2019 dianggap mulia lagi sporting.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, kebaikan dan kejahatan itu boleh bertukar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia ditukar dengan nilaian keseronokan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya lahirlah masyarakat yang bodoh, yang tidak tahu menilai antara kebenaran dan kebatilan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekeliruan inilah yang menjadi tanda di ambang kehancuran dunia. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apa Tindakan Kita?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak dituntut pun untuk layan aplikasi-aplikasi yang baru muncul. <\/p>\n\n\n\n<p>Asal ada satu aplikasi baru saja, terus cakap \u2018kita kena ikut perkembangan semasa\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti belum apa-apa lagi, tiba-tiba ada suara ajak dakwah dalam metaverse pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan semasa sepatutnya perlu diwaspadai. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukannya perlu dilayan semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, apa yang perlu kita lakukan ialah kita mestilah bersifat \u2018tersendiri\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terkesan dengan perubahan sekeliling. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila masyarakat semakin membodohkan diri dengan aplikasi-aplikasi tadi, kita tidak perlulah sama sama jadi bodoh seperti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya kita perlu terus konsisten memandaikan umat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bawa mereka keluar dari fantasi mereka itu, kepada dunia realiti yang sedang kita hadapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang jadikan keseronokan itu sebagai kayu ukur sebuah kebaikan, kita tak perlulah ikut sama mengukur seperti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Teruskan konsisten kita yang mengukur kebaikan dan kejahatan itu mengikut neraca wahyu.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Asal Usul Hedonisme adalah satu pemikiran yang lahir dari dunia Yunani. Ia menjurus ke arah mencari kepuasan dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-10941","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10941","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10941"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10941\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10943,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10941\/revisions\/10943"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}