{"id":10959,"date":"2022-01-10T12:26:05","date_gmt":"2022-01-10T12:26:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=10959"},"modified":"2022-01-10T12:26:06","modified_gmt":"2022-01-10T12:26:06","slug":"skandal-sprm-artikel-cari-pasal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/10\/skandal-sprm-artikel-cari-pasal\/","title":{"rendered":"Skandal SPRM: Artikel Cari Pasal"},"content":{"rendered":"\n<p>Tulisan aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan TS Azam, tetapi sikap kita terhadap berita yang diterima. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku mengambil beberapa masa bagi mencari kekuatan menulis tulisan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada gelombang yang maha dahsyat, menghempas kepada ramai orang ketika ini, iaitu keyakinan yang terhakis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akibat daripada satu pendedahan oleh &#8216;whistleblower&#8217; berkenaan pemilikan saham atas nama Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang kemudiannya dinafikan oleh beliau, bahawa saham itu kepunyaan adiknya, tetapi menggunakan akaun sahamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah aku menunggu masa sesuai, kemudiannya muncullah tulisan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS dalam tajuk &#8216;<a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/10\/apabila-media-menjadi-hakim\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/10\/apabila-media-menjadi-hakim\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Apabila Media Menjadi Hakim<\/a>&#8216; yang secara jelas menujukan kepada kerosakan yang dibawa oleh media apabila mengajak rakyat berhukum dengan apa yang mereka dedahkan, tanpa mengambil kira perbicaraan di mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tulis beliau, ada ajakan untuk mengembalikan seruan zaman kuno dahulu iaitu &#8216;suara rakyat adalah suara tuhan&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan memetik beberapa ayat al-Quran, TS Presiden PAS menjelaskan Islam menyuruh manusia untuk berhukum mengikut aturan Allah yang diturunkan melalui al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah beliau mengulanginya lagi, buat kesekian kalinya, yang dituduh tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah ketetapan beliau yang teguh, tanpa berubah, walau dengan sesiapa sekalipun. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak berganjak, kerana ini adalah suruhan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah banyak kali beliau menyatakan pendiriannya ini dan beliau melakukannya, bukan cakap kosong.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Datuk Seri Najib didakwa, beliau diam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kerana pernah berbaju sedondon, tetapi kerana Allah menyuruh, tunggu sehingga hukuman dijatuhkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Lim Guan Eng didakwa, sikap yang sama beliau ambil, walaupun sudah banyak kali LGE menyakiti beliau, biarpun LGE bukan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Berseteru dalam politik, tidak mengheret beliau ke kancah kezaliman. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau melakukan kerja-kerja dakwah lain yang lebih berfaedah daripada menghukum LGE ketika masih belum terbukti bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini semua kerana Islam ajarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang sinis dengan PAS, apabila PAS menyatakan berpuashati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan 1MDB dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang memerli PAS atau mengutuk PAS itu, kerana tidak faham apa kehendak Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertamanya PAS bukan hakim atau mahkamah dimana pendapat PAS terhadap sesuatu perkara itu, adalah hukuman tuntas atau menjadi satu keputusan rujukan bagi penghakiman. Bukan begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS hanya menyatakan pendapatnya setelah mendengar penjelasan oleh pihak yang autoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas sikap PAS berkait rapat dengan kisah Rasulullah dengan dua orang yang sedang bertelagah. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah mengingatkan supaya mereka bercakap benar dan tidak mengambil hak orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah hanya akan berhakim dengan apa yang baginda dengar. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda tidak tahu apa isi hati manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan kerja Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pandai berbelit, dia mungkin terlepas hukuman dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi Rasulullah yang mulia juga berkemungkinan dipengaruhi dengan perkataan manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS apatah lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu lagi kisah, Rasulullah berhukum dengan pengakuan seorang wanita yang menafikan dirinya berzina, sedang dalam keadaan Rasulullah tahu dia berbohong. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kemudiannya setelah lahirnya anak itu, wajah anak itu, saling tidak tumpah dengan lelaki yang dia berzina itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beginilah sikap dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Berhukum dengan bukti, saksi dan keterangan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan hanya dengan pendedahan sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam memberi peringatan, bahawa ada dua mahkamah dalam hidup kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika terlepas dari mahkamah dunia, maka akan berhadapan pula dengan mahkamah akhirat yang mana tiada lagi kelepasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang bukan sahaja menjatuhkan hukuman bersalah kepada TS Azam Baki, malah dengan kerasnya menghina beliau serta adiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga tidak betul kerana Rasulullah melarang kita menghina pendosa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kisah berkenaan sahabat yang menghina sorang penzina ketika hukuman sedang dijalankan setelah didapati bersalah, ditegur oleh Rasulullah supaya tidak menghina diri pesalah, tetapi boleh merasa marah dengan dosa itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermaksud jangan menyerang peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mungkin kalah kepada nafsunya, ada ruang yang sangat banyak untuk bertaubat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi yang belum dibicarakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah manusia yang tidak mengenal agama, mereka mahukan hukuman segera dijatuhkan di dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling jahat, mereka mahukan hukuman dijatuhkan kepada orang yang mereka tuduh, tanpa perbicaraan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka dakwa, dikira sudah bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah bagi golongan yang tiada asas agama dalam diri mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ajakan mengenakan hukuman ini dengan beberapa slogan yang memberikan gambaran bahawa sesiapa yang tidak bersama mereka, adalah golongan pelindung kepada pesalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada salahnya menyuruh yang terkena tuduhan untuk berehat sebentar. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin bagi melegakan tekanan atas dirinya atau boleh diadakan siasatan menyeluruh dengan lebih terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p>Siasat, jangan tidak siasat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi berilah juga peluang kepada yang dituduh untuk bernafas. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jika beliau tidak mahu berehat, jangan disalahkan beliau, kerana LGE juga dahulu, tidak berehat daripada tugasannya, tiada pula dari pihak sana yang bantah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ambil kisah Kaab bin Malik yang dihukum setelah terbukti kesalahannya, tetapi tidak dihina kerana dosanya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kaab tidak dihukum sebelum datangnya ketetapan Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku hanya mengintai dari kejauhan yang mana kemungkinan pencalaran imej ini, adakah berkait dengan beberapa kes yang sedang berlangsung sekarang di mahkamah? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika calaran ini dalam dan berbekas, maka nanti apa-apa sahaja daripada SPRM, akan ditolak orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lagi kepercayaan.<\/p>\n\n\n\n<p> Masih ingat kisah Teoh Beng Hock? <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga selepas menang, mereka membuka semula kes itu, tetapi tiada apa-apa kesalahan yang membolehkan mereka mendakwa SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Keluarga Beng Hock merasa tertipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga. Masih lupa? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika lupa, ingat pula kes-kes yang didedahkan oleh pakar formula dari PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih berbau hancingnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat kepada sejarah. Uthman dibunuh kerana tuduhan salahguna kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Ali dibunuh kerana dituduh tidak menghukum pembunuh Uthman. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah yang digerakkan oleh golongan pemberontak ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukti sekarang ini sudah cukup, nanti jika TS Azam tidak didapati bersalah, maka SPRM akan dituduh macam-macam. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka benarlah nasihat Tan Sri Presiden PAS yang kita mesti ikut Islam dalam berhukum, jangan ikut pihak yang jahil Islamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku bersama Presiden PAS yang sekarang ini diserang kerana menyampaikan kebenaran Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tulisan aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan TS Azam, tetapi sikap kita terhadap berita yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10960,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-10959","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10959","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10959"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10959\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10961,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10959\/revisions\/10961"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10960"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10959"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10959"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10959"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}