{"id":11046,"date":"2022-01-28T07:04:04","date_gmt":"2022-01-28T07:04:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11046"},"modified":"2022-01-28T07:04:07","modified_gmt":"2022-01-28T07:04:07","slug":"biawak-berbaju-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/01\/28\/biawak-berbaju-melayu\/","title":{"rendered":"Biawak Berbaju Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO mencuba lagi. Kali ini di Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas mendapat petanda baik di Melaka dan melihat Pakatan Harapan (PH) kecundang di Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pelbagai tanggapan \u201cmove\u201d yang dibuat UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berselindung di sebalik \u201ckestabilan politik\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO antara parti yang tidak pernah berhenti dengan pelbagai move sejak tersungkur tanpa sangka dalam PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir semua move itu disadur dengan istilah lunak bagi mengelirukan rakyat seperti \u2018biawak dipakaikan baju Melayu\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini membuktikan mereka miliki kumpulan pemikir yang bukan calang-calang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dengan menghulur tangan yang lemas kepada PAS dalam tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) hinggalah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuba kita ikuti seimbas lalu move politik UMNO untuk kembali bernyawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sangat takut andai Selangor dan Pulau Pinang merebak seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah berjaya menghulur tangan simpati kepada PAS atas nama perpaduan dan menyelamatkan Melayu, UMNO terus bergaya dengan kemenangan tujuh PRK.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa menoleh kepada PAS yang tulus membantu sepenuh jentera, mereka lebih rela memberi kepada rakan gabungan mereka MCA daripada PAS walaupun menyeru penyatuan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Atas nama Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional bersama Bersatu atas usaha keras PAS yang sangat tahu sengketa dua parti adik beradik itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dengan kejatuhan kerajaan Persekutuan di terajui PH hinggalah satu persatu kerajaan negeri bermula Perak, Kedah, Melaka dan Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri Sembilan juga hampir tersungkur.<\/p>\n\n\n\n<p>Perak diterajui Bersatu setelah terhalang beberapa lama kerana UMNO menuntut kerusi Menteri Besar (MB). <\/p>\n\n\n\n<p>Di Kedah, PAS menjadi MB mengiringi dua negeri Melayu yang lebih awal diterajui PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Melaka, atas nama penyatuan, PAS hanya diberi penasihat agama MB. <\/p>\n\n\n\n<p>Johor yang PAS, miliki satu kerusi seakan tidak dipeduli kerana ia tidak memberi kesan sekalipun kesepakatan di Kerajaan Pusat dan negeri adalah tiga parti besar Melayu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya abaikan isu PRN Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah mendapat kuasa dan nafas kembali stabil, UMNO meneruskan langkah politik menggugat kerusi MB yang dikuasai Bersatu di Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan \u201cbisik-bisik kuat\u201d perbincangan belakang tabir UMNO dengan PH, khasnya DAP menyebabkan lima kerusi yang menyokong bersekutu tidak mampu mempertahankan Peja sebagai MB.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah berjaya, perjanjian yang ditandatangani tiga Presiden dan Setiausaha bagi mengekalkan kedudukan dan portfolio Exco sedia ada juga di persetankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah ini dijadikan panduan menggerakkan \u201crampasan kuasa\u201d Perdana Menteri (PM) daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah berbagai \u201cmove\u201d nyata, tersembunyi dan berbelit, UMNO kuasai kerusi PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Langkah mendapatkan TPM nampaknya terhenti.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan Presiden UMNO dengan ketua pembangkang terdedah. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO khasnya kluster mahkamah menjadi duri sejak TSMY hinggalah PM UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Belum puas nampaknya kelompok ini dengan apa yang dimiliki.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah di Melaka berlaku disebabkan ketamakan pemimpin UMNO Melaka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sifat tamak ini bukan lagi dengan rakan tetapi sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun beberapa DUN menunjukkan penurunan undi tetapi sudah cukup untuk menambah kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO dikira menang besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Berulang kali UMNO mendesak PRU15 segera diadakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tekanan kepada PM yang juga Naib Presiden UMNO yang datang, khasnya daripada kluster mahkamah nampaknya tidak berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawan kluster mahkamah mahukan pemilihan parti terlebih dahulu sebelum PRU. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menggusarkan Mr Presiden dan X presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak hairan, rata-rata pemerhati politik melihat PRN Johor adalah langkah menekan kerajaan pimpinan PM UMNO DSIS. <\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa pandangan dilontarkan, antaranya untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada hukuman.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebimbangan dengan pengundi muda dan baru juga membimbangkan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak lagi faktor yang dilihat namun dua faktor besar ini cukup sebagai asas yang kuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, UMNO terus mengatur langkah demi langkah untuk kembali bermaharajalela seperti dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Harapan rakyat termasuk sebahagian akar umbi UMNO yang sangat gembira dengan penyatuan ummah tidak dipedulikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya baju Melayu untuk biawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana langkah PAS\u2026 Bersatu dan PH\u2026 <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dilupakan Warisan dan Muda selain parti yang belum dapat surat beranak?<\/p>\n\n\n\n<p><em>Fairuz Hafiizh Othman<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO mencuba lagi. Kali ini di Johor. Selepas mendapat petanda baik di Melaka dan melihat Pakatan Harapan (PH)<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11047,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11046","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11048,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11046\/revisions\/11048"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}