{"id":11087,"date":"2022-02-04T08:46:56","date_gmt":"2022-02-04T08:46:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11087"},"modified":"2022-02-04T08:47:47","modified_gmt":"2022-02-04T08:47:47","slug":"benarkah-itik-patah-kaki-sudah-sihat-sepenuhnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/04\/benarkah-itik-patah-kaki-sudah-sihat-sepenuhnya\/","title":{"rendered":"Benarkah Itik Patah Kaki Sudah Sihat Sepenuhnya?"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8220;Itik patah kaki masih dalam proses perawatan, jangan terlalu ghairah untuk berenang kerana dalam air buaya sedang tunggu membaham&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Siti Fatimah<\/p>\n\n\n\n<p>Facebook Twitter LinkedIn<\/p>\n\n\n\n<p>APABILA pemimpin PAS menggunakan analogi itik patah kaki, sejurus UMNO membalas dengan analogi sama. Itik itu PAS bukan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat makin keliru dan tertanya-tanya, siapa itik sebenarnya?<\/p>\n\n\n\n<p>Perang mulut yang tidak berkesudahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Letih sungguh melihat politik Melayu sebegini, tidak ada penghujung.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang menjadi mangsa, rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal demokrasi itu adalah rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu PRN Johor dan tidak mustahil PRN seterusnya (Kedah dan Perak), sementara menunggu PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang susah tetap rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Elok sahaja lakukan PRU15, walaupun keadaan tidak mengizinkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak wang boleh diselamatkan untuk membantu rakyat yang susah daripada melakukan PRN demi PRN yang tidak berkesudahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, tidak ada itik yang sihat lagi, semua masih patah kaki. <\/p>\n\n\n\n<p>Proses perawatan masih belum sembuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, jangan terlalu perasan, sudah sembuh sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Cubalah berenang sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita nak tengok, apakah kakinya benar-benar dapat mengayuh seperti sedia kala. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum ditambah dengan buaya di dalam air yang sedang menunggu untuk membaham itik bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita terlalu bimbang dengan perawat itik, tetapi tidak bimbang dengan buaya menunggu mahu membaham itik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak pernah matang dalam berpolitik.<\/p>\n\n\n\n<p> Politik nafsi-nafsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kena ingat, kita ada peribadi berkaitan itik yang lain, iaitu asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan, merujuk kepada tabiat orang tidak akan berubah. Siapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi, itik berenang di laut (air), mati kehausan, bermaksud menderita kesusahan kerana tidak dapat (atau tidak mendapat kesempatan) memanfaatkan kekayaan yang ada. Siapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi yang menarik, ayam itik raja pada tempatnya, setiap orang berkuasa di tempatnya atau di lingkungannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bijak sungguh Melayu zaman dahulu, sudah dapat meramalkan apa yang terjadi kepada politik Melayu menggunakan analogi itik.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa mereka itu? Lu fikirlah sendiri. Gua sudah letih.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling menakut apabila Melayu menjadi itik kehausan setelah sihat kakinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa tidaknya ketika perang mulut antara UMNO-PAS semakin rancak, parti-parti mesra BN sedang menuntut sebanyak-banyak kerusi, meskipun mereka hanya parti nyamuk seperti Makkal Sakti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum lagi MCA dan MIC.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita sedang melepas tali. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang mendapat laba daripada semua ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya sudah ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, ramai yang tidak puas hati dengan artikel saya beberapa hari lalu, kerana dikatakan agak pro PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Inil bukan soal pro PAS atau pro UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita bercakap tentang realiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang UMNO tidak setuju bila saya membangkitkan sejarah bukti, puluhan tahun UMNO menyeksa PAS terutama di Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak hak negeri dipinggirkan dek kerana perbezaan politik yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang UMNO kata, itu pada zaman Tun Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, siapa yang memilih pemimpin UMNO berkuasa begitu lama, lebih 20 tahun?<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan salah Trump apabila rakyat Amerika Syarikat memilih beliau sebagai Presiden suatu ketika dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang jelas salah, adalah rakyat tidak bijak memanfaatkan ruang dan peluang dalam demokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah bahayanya demokrasi yang memberikan rakyat terlalu banyak kuasa sehingga memilih pemimpin yang tidak selayaknya, seperti Trump. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, rakyat Amerika sedar tentang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu berpada-pada berpegang kepada demokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ia tidak boleh dijadikan pengajaran dalam konteks demokrasi di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa seorang pemimpin boleh bertahan lebih daripada 20 tahun? <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang memilih? <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO atau PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Hairan sungguh, dengan orang\/parti lain, UMNO\/BN boleh sahaja berlembut tetapi tidak dengan PAS, sehinggakan rakyat terheret menjadi mangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Nikmat pembangunan tidak dapat dirasai seperti mana Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terhenti setakat itu, penjawat awam kena pindah, mohon kerja kena kerat awal-awal, anak tak dapat biasiswa-zakat, tak naik pangkat, tak dapat tetap bila dah kerja dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan buat-buat lupa. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika bermusuhan, berapa banyak peruntukan wakil rakyat PAS kena potong. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan setahun dua, tetapi memakan puluhan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat menderita.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan demi kalahkan PAS, UMNO sanggup ubah sempadan menangkan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri macam Terengganu hanya dapat 8 Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bandingkan dengan negeri-negeri lain, terutama yang ramai ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita sanggup menyeksa sesama sendiri, akhirnya, yang untung siapa kalau bukan ultra kiasu?<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan ini bukan bermaksud, nak ungkit apa yang berlaku, tetapi UMNO perlu sedar, kegersangan hati PAS bukan tanpa asas. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi jika dilihat dalam konteks Pantai Timur. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kenalah bayar balik harga puluhan tahun menderita itu dengan memberikan sedikit rasa keyakinan pada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UMNO perlu lakukan muhasabah segera, jangan terlalu angkuh dan sombong, melalui kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan tanpa menoleh, mengimbau sejarah hitam yang ditinggalkan kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UMNO perlu lebih berani membuktikan mereka lebih mesra PAS dari PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO jangan cuba berlagak nak tekan PAS macam dulu-dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya PAS menang negeri, UMNO bergadai negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar terlepas negeri, sedap hati lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Terlepas negara bagaimana? <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah lupa 22 bulan?<\/p>\n\n\n\n<p>Bila UMNO susah, PAS datang menghulur tangan, kerana agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>MCA siap keluar kenyataan keluar BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini UMNO jilat balik MCA kononnya mahukan undi Cina dan mahu menunjukkan UMNO warna warni.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sudah bercakap tentang politik Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih baik fokus kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana mereka jauh lebih matang dalam berpolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup, hampir terlupa, ada satu lagi peribadi tentang itik yang mesti dijadikan pedoman, bijak sungguh Tuan Guru Hadi Awang dalam menggunakan analogi itik. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu lagi itik adalah, ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks yang lebih besar peribadi ini membawa maksud, hidup rakyat masih miskin dalam sebuah negara kaya raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedar atau tidak, kenapa perkara ini masih berlaku? <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah yang menyebabkan ia berlaku <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah yang dapat manfaat daripada kekayaan itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Sendiri mahu fikir\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Ingatlah, sebenarnya semua itik belum sihat sepenuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlukan perawatan antara satu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Pokoknya, jangan bongkak dan sombong. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan syok sendiri untuk berenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibimbangi dibaham buaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Itik patah kaki masih dalam proses perawatan, jangan terlalu ghairah untuk berenang kerana dalam air buaya sedang tunggu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11088,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11087"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11089,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11087\/revisions\/11089"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11088"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}