{"id":11091,"date":"2022-02-04T10:59:47","date_gmt":"2022-02-04T10:59:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11091"},"modified":"2022-02-04T10:59:49","modified_gmt":"2022-02-04T10:59:49","slug":"raja-bahrain-suka-sangat-petik-almarhum-tgna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/04\/raja-bahrain-suka-sangat-petik-almarhum-tgna\/","title":{"rendered":"Raja Bahrain, Suka Sangat Petik Almarhum TGNA"},"content":{"rendered":"\n<p>Membaca sindiran Pengerusi Pan Terengganu, Raja Bahrain terhadap Presiden PAS, membuatkan aku tersenyum sendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Butiran yang diulang-ulang, semenjak dahulu lagi, tidaklah hanya sekadar menghabiskan masa beliau menulis. <\/p>\n\n\n\n<p>Ianya kosong, jauh daripada pengajaran, apatah lagi nilai kepada Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jari jemari ini, seperti biasa, menjadi galak untuk menjawab apabila Sang Arkitek ini berkomentar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tulisannya mudah, tiada isi dan lawak bodoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, terkadang ia tidak sepatutnya dilayan, tetapi kerana agak ramai yang mungkin percaya kepada beliau jika tidak dibalas, akan membawa kepada kemusnahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi karut marut tulisan RB, aku akan jelaskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saidina Ali pernah berkata yang kita lihat kepada apa yang dikata, bukan kepada siapa yang berkata. <\/p>\n\n\n\n<p>Benar sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pastinya, Saidina Ali juga menyuruh berhati-hati jika musuh yang memuji atau mengeji, sebagaimana contoh dalam Perang Siffin, Muawiyah mengangkat Quran sebagai helah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan Ali berkata ia adalah perbuatan atau kalimah yang benar tetapi dengan tujuan bathil. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, kita kena lihat juga, siapa yang berkata-kata dalam hal agama, terutama kalau dari Pan. <\/p>\n\n\n\n<p>Macam nak nasihat, tetapi ia berniat jahat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebathilan yang cuba disembunyikan dalam tulisan beliau ialah, bagaimana almarhum TGNA menyokong Presiden PAS, memutuskan hubungan dengan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan orang kuat Pan suatu ketika dahulu juga tidak dilantik kembali menjadi Exco Kerajaan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika RB mendakwa seorang murid yang baik, mestilah taat kepada nasihat gurunya, maka apa pula kita mahu panggil Pan yang jelas melanggar arahan TGNA?<\/p>\n\n\n\n<p>Gilakan harta dan pangkat adalah tuduhan lama yang boleh kita katakan sebagai tuduhan dari orang gila. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab jika mahukan pangkat dan harta, ketika Umno berkuasalah, PAS sewajarnya bersama Umno sebelum PRU 14 lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ketika PH berkuasa, PAS juga tidak terhegeh-hegeh meminta diberikan jawatan, walaupun beberapa kali PH inginkan PAS bersama kerana kurang kerusi untuk majoriti dua pertiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelihatannya RB memang bodoh dalam memberikan contoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Digigit dua kali dalam lubang yang sama, bukan berlaku dengan Umno sahaja, malah bersama PKR juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah berapa kali PKR mempergunakan PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Cerita berkenaan almarhum TGNA \u2018murka\u2019 dengan PKR, sudah acap kali diperdengarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja Pan yang dungu, masih mengikut PKR dan DAP, tanpa ada sedikitpun kebaikan untuk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Penipuan lain dalam tulisan RB ialah isu penghapusan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang, semenjak melanggar baiah, RB mungkin menjadi sedikit sewel. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas di Kedah, Umno dan Bersatu, tenang-tenang sahaja menerima keputusan MB daripada PAS untuk menghapuskan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekal di Kelantan dan Terengganu tiada judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Habis tu, Pan di Perak dan di Selangor, apa yang mereka lakukan? <\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu ada kuasa di Melaka dan Johor, judi dihapuskan? <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri Sembilan pula, apa khabar? <\/p>\n\n\n\n<p>Tunggu redha DAP ke?<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin RB cuba ingin mengatakan bahawa cabutan judi sekarang semakin banyak berbanding dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>RB lupa untuk melihat jumlah keseluruhan judi dalam nilai RM, kutipan tertinggi ialah di zaman PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Sila rujuk jawapan di parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah, makan nasi beriani kambing untuk bayar kafarah langgar baiah haritu banyak sangat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi peninglah tu.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS tidak pernah mengkhianati Mursyidul Am. <\/p>\n\n\n\n<p>Arahan MA, bukan arahan eksekutif seperti keputusan muktamar, sepertimana perwakilan menolak RB dan rakan-rakan dalam pemilihan dahulu dan keputusan bergabung dengan Umno juga melalui muktamar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau begitu, bagaimana pula arahan TGNA supaya anak isteri ahli PAS menutup aurat dengan sempurna? <\/p>\n\n\n\n<p>RB ada buat? <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula arahan almarhum supaya jangan menipu? <\/p>\n\n\n\n<p>PH menipu rakyat dengan manifesto mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana rakyat percaya, lalu merekapun undi PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa kita mahu gelarkan jenis makhluk seperti RB ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Menepati janji adalah suruhan TGNA, tetapi Pan yang berada dalam PH diam sahaja bila mana ketua mereka kata janji PRU bukan kitab suci. <\/p>\n\n\n\n<p>Tun Mahathir bahkan menjadi musuh TGNA. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa Pan angkat Tun jadi ketua?<\/p>\n\n\n\n<p>Cukuplah RB, tak perlu memperbodohkan diri dengan tulisan yang diri sendiri jauh dari mengamalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu PAS sanggup bekerjasama dengan Umno, menjatuhkan kerajaan yang DAP ada di dalamnya adalah kewajipan utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu almarhum TGNA turut menempelak DAP ketika akhir hayatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Membaca sindiran Pengerusi Pan Terengganu, Raja Bahrain terhadap Presiden PAS, membuatkan aku tersenyum sendirian. Butiran yang diulang-ulang, semenjak<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11092,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11091","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11093,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091\/revisions\/11093"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}