{"id":11101,"date":"2022-02-07T15:09:02","date_gmt":"2022-02-07T15:09:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11101"},"modified":"2022-02-07T15:09:05","modified_gmt":"2022-02-07T15:09:05","slug":"kenyataan-yb-tan-sri-dato-haji-muhyiddin-bin-haji-mohd-yassin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/07\/kenyataan-yb-tan-sri-dato-haji-muhyiddin-bin-haji-mohd-yassin\/","title":{"rendered":"Kenyataan YB Tan Sri Dato&#8217; Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya ingin merujuk kepada kenyataan Dato\u2019 Seri Mohd Najib Tun Razak di Facebooknya yang mendakwa pengkhianatan BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi punca Muafakat Nasional gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia menuduh BERSATU meletakkan calon melawan UMNO dalam PRN Sabah dan itu adalah satu perbuatan khianat kepada UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Faktanya tidak ada satupun kerusi di mana calon BERSATU melawan UMNO dalam PRN Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi PN, saya telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang dihadiri oleh pimpinan PN, BN dan PBS untuk menetapkan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya telah menyatakan dengan jelas dalam mesyuarat-mesyuarat ini penting untuk PN, BN dan PBS mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga pada waktu itu telah mengarahkan Dato\u2019 Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung PN untuk membentuk jawatankuasa pembahagian kerusi antara parti-parti PN, BN dan PBS dengan satu arahan yang jelas bahawa semua parti mesti mengelakkan pertembungan sesama sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Perincian pembahagian kerusi dibincangkan di peringkat jawatankuasa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang terlibat dalam perbincangan mewakili PN dan BN ialah Dato\u2019 Seri Hamzah Zainuddin, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya dimaklumkan di peringkat awalnya jawatankuasa ini telah memutuskan sejumlah kerusi untuk ditandingi oleh parti-parti PN, BN dan PBS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi BN kemudiannya menambah jumlah kerusi yang hendak ditandingi dan ini menyebabkan berlaku pertembungan dengan PN di beberapa tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Di pihak PN, kerusi yang terlibat adalah kerusi-kerusi yang ditandingi oleh STAR bukan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Di beberapa tempat berlaku pertembungan antara BN dan PBS.<\/p>\n\n\n\n<p>PBS juga meletakkan calon-calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh STAR menyebabkan berlaku pertembungan antara PBS dan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat keadaan ini, saya telah pergi ke Kota Kinabalu sebelum hari penamaan calon untuk melakukan rundingan saat akhir bagi mengelakkan pertembungan sesama parti-parti PN, BN dan PBS. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil parti PN, BN dan PBS.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, mesyuarat ini gagal mencapai kata sepakat kerana masing-masing bertegas untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti-parti rakan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada saat ini, BERSATU adalah satu-satunya parti yang tidak meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh rakan-rakan dalam PN, BN dan PBS.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS pula mengambil langkah terhormat dengan tidak bertanding di mana-mana kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi saya tidak faham dengan tuduhan Dato\u2019 Seri Najib bahawa BERSATU mengkhianati UMNO dalam PRN Sabah dengan meletakkan calon menentang UMNO dan itu menjadi punca Muafakat Nasional gagal.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai calon Ketua Menteri Sabah, saya telah menyatakan kepada Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO supaya menamakan calon KM Sabah daripada UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dia tidak menamakan sesiapapun sehinggalah kempen PRN Sabah berakhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu saya telah menamakan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) .<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRN Sabah, PN menang 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS 7 kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menjadikan PN sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka PN telah mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai KM Sabah dan pencalonan ini dipersetujui oleh ADUN-ADUN GRS termasuk UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah saya khianat? Saya tidak khianat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya beritahu UMNO supaya menamakan calon. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya UMNO tiada calon, saya ada calon yang ingin diketengahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bersikap telus dan berterus terang dengan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Seri Najib janganlah memutarbelitkan fakta. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku dalam PRN Sabah bukanlah sebab Muafakat Nasional gagal.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya fikir Dato\u2019 Seri Najib elok ambil masa memuhasabah diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak usahlah bermain politik jelik. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah yang berat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya ada sedikit rasa malu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, malu itu adalah sebahagian daripada iman. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi malangnya di dalam UMNO, seorang yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah yang disifatkan sebagai \u2018national embarrassment\u2019 oleh mahkamah diangkat sebagai boss dan dilaungkan slogan malu apa bossku.<\/p>\n\n\n\n<p>Di mana letaknya keimanan? <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana maruah?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sudah lupakan Muafakat Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu diungkit-ungkit lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>BERSATU telah buat keputusan untuk tidak menyertai Muafakat Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO pun telah buat keputusan dalam Perhimpunan Agungnya untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apa lagi yang hendak diungkit?<\/p>\n\n\n\n<p>Ada hikmah BERSATU tidak bekerjasama dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi BERSATU tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara peribadi saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai boss!<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAN SRI DATO\u2019 HAJI MUHYIDDN BIN HAJI MOHD YASSIN<\/strong><br><strong>Pengerusi Perikatan Nasional<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya ingin merujuk kepada kenyataan Dato\u2019 Seri Mohd Najib Tun Razak di Facebooknya yang mendakwa pengkhianatan BERSATU dalam<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11102,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11101","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11101","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11101"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11101\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11103,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11101\/revisions\/11103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11102"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11101"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11101"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11101"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}