{"id":11107,"date":"2022-02-08T04:14:29","date_gmt":"2022-02-08T04:14:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11107"},"modified":"2022-02-08T04:14:32","modified_gmt":"2022-02-08T04:14:32","slug":"beza-antara-sistem-islam-dan-bukan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/08\/beza-antara-sistem-islam-dan-bukan-islam\/","title":{"rendered":"Beza Antara Sistem Islam Dan Bukan Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Rasa tertarik dengan perbahasan berkenaan sistem perbankan Islam dan konvensional. <\/p>\n\n\n\n<p>Cumanya, aku bukanlah pakar yang membentangkan kertas kerja. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya tumpang bersembang, berkongsi apa yang pernah diajar atau dibaca dahulu berkenaan isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Agak sedih bilamana ada yang begitu jelas jahil mereka, membandingkan sistem yang ada ini dengan bermacam-macam gelaran dan misalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam adalah jalan pertengahan diantara sistem yang melampau menekan dengan sistem yang terlalu longgar. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya sistem kapitalis pada dasarnya membuka ruang terlalu luas bagi peniaga menjalankan perniagaan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Cara keuntungan dijana, mengikut hawa nafsu mereka, boleh jual apa sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting ialah laba. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala sistem komunis atau sosialis pula pada asal ideologi ini dicipta, terlalu ketat dengan peraturan.<\/p>\n\n\n\n<p>Asasnya terlalu ingin membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mudah cakap, konon bagi kesamarataan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun banyak kes yang berlaku, pimpinan mereka juga gagal mengawal kehendak nafsu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka terjadilah penyelewengan di belakang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memaksa rakyat menerima ideologi mereka, mereka sanggup membunuh jutaan nyawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Lenin, Mao Zedong adalah contoh klasik. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja kini ideologi ini dilihat longgar dengan negara-negara itu, memiliki ramai hartawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ia semua bersandarkan kehendak dunia sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk itu, Islam adalah jalan tengah dan penyelesaian terbaik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia memberikan ruang mencari untung, tetapi dengan amaran azab jika menipu atau menindas, sebagaimana Kaum Madyan. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga ada sifat membantu menurut peratusan tertentu atas keuntungan iaitu zakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Zakat ialah sedikit harta orang miskin yang ada bercampur dengan untung si kaya yang wajib dikeluarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan dapat dunia dan akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bezanya hanya sedikit iaitu seperti niat dan beberapa peraturan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ia dipenuhi, maka menjadilah ia sistem Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bandingan lain ialah bernikah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada nafsu yang perlu dilayan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, boleh pilih antara berzina atau nikah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang menurut jalan zina, selesaikannya, kemudian ulang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kurang juga ada yang melampau, langsung tidak mahu menikah. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau berkehendakkan sama sejenis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan dalam Islam, pasangan itu hanya perlukan wali, saksi, ijab dan kabul, maka sahlah sebagai suami isteri walaupun mas kahwin berhutang atau majlisnya &#8216;koboi&#8217; sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sahaja bezanya, kita sudah selamat dari dosa. <\/p>\n\n\n\n<p>Perbuatan lain, sama sahaja dengan si penzina lakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Samalah juga seperti hukum-hukum yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan berbangkit pula isu pinjaman tanpa faedah oleh Ketua Penerangan PAS, Ir Khairul Nizam Khirudin sewaktu berkempen dalam PRU14, menggunakan contoh Rashid. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sebenarnya bukan angan-angan, malah sudah dilaksanakan oleh Kelantan dan Terengganu dalam memberikan pinjaman tanpa riba kepada rakyat dalam melaksanakan projek. <\/p>\n\n\n\n<p>Kakitangan kerajaan di kedua buah negeri ini juga sudah lama menikmati pinjaman tanpa riba. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bank-bank pula menjalankan perniagaan secara bayaran ansuran dengan membeli rumah dan menjualkannya semula atas persetujuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan tiba atas hutang. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang dikatakan menindas ialah mungkin sesetengah bank patuh syariah bersikap terlalu menekan pelanggan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya menindas tidak dibolehkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kezaliman dalam sistem yang patuh syariah kerana sikap manusia, tidak menjadi lesen kepada kita orang Islam untuk meninggalkan terus sistem ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun mereka juga terikat dengan peraturan oleh Bank Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Muslim yang jahat, lebih baik dari kafir yang baik kerana iman. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kenyataan yang wajib difahami. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka samalah dengan sistem perbankan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa pula kita harus mengatakan sistem riba lebih baik, sedangkan nyata Allah isytihar perang kepada pengamal riba? <\/p>\n\n\n\n<p>Teknikal menzalimi dalam sistem yang ada, kita boleh perbaiki, namun asas sistem, Islam adalah yang paling baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Analogi mudah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan riba itu adalah sungai yang sangat kotor dan busuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pula, demi keselamatan, mesti mengharungi sungai. <\/p>\n\n\n\n<p>Sungai ini, di tengahnya dalam dan di tepinya tohor. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, mana lebih baik, kita berenang di tengah, atau mengharunginya di tepi-tepi, ditempat cetek, sekadar basah bahagian tertentu sahaja? <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah misalannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pada zaman sekarang, tidak akan dapat lari dari riba, hatta debunyapun. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, kita kena cerdik memilih mana yang sedikit mudaratnya, kalaupun benar kita rasa sistem ini tidak tepat sepenuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari semasa ke semasa, kita perbaiki apa yang kurang. <\/p>\n\n\n\n<p>Memberikan tekanan supaya sistem yang ada ditambah baik, ianya normal. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi meninggalkan terus sistem yang lebih baik, kemudian terjun terus ke dalam sistem riba yang membinasakan, itu cerdikkah namanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Cerdik mesti diukur dengan kehendak Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rasa tertarik dengan perbahasan berkenaan sistem perbankan Islam dan konvensional. Cumanya, aku bukanlah pakar yang membentangkan kertas kerja.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11108,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-11107","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11107","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11107"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11107\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11109,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11107\/revisions\/11109"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11107"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11107"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11107"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}