{"id":11219,"date":"2022-02-18T16:14:59","date_gmt":"2022-02-18T16:14:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11219"},"modified":"2022-02-18T16:15:01","modified_gmt":"2022-02-18T16:15:01","slug":"muhyiddin-seru-ahli-umno-hijrah-keluar-parti-tinggalkan-kemungkaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/18\/muhyiddin-seru-ahli-umno-hijrah-keluar-parti-tinggalkan-kemungkaran\/","title":{"rendered":"Muhyiddin Seru Ahli UMNO Hijrah Keluar Parti, Tinggalkan Kemungkaran"},"content":{"rendered":"\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ahli-ahli UMNO khususnya di\u00a0Johor\u00a0supaya beramai-ramai \u2018berhijrah\u2019 meninggalkan\u00a0parti<strong><a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/wartarakyatmalaysia\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a><\/strong>tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kebaikan kerana meninggalkan kemungkaran untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) yang menegakkan kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah bekas Timbalan Presiden UMNO itu berharap ahli-ahli UMNO yang ingin berbuat demikian supaya tidak bimbang kerana ramai bekas pemimpin tertinggi parti tersebut termasuk beliau sendiri yang telah melakukan langkah serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlmarhum Tunku Abdul Rahman dulu UMNO, tetapi bila dia wafat, meninggal dunia dia bukan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlmarhum Tun Hussein Onn\u2026 Perdana Menteri kita dulu, meninggal dunia selepas Perhimpunan Melayu Johor saya anjurkan, jemput dan pelawa dia untuk balik semula kepada UMNO, dia kata \u2018la\u2019. Tak mahu dah, sehingga dia meninggal dunia, tidak dalam UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTun Dr Mahathir masa hidup lagi dah keluar UMNO. Muhyiddin Yassin apa lagi, memang dah lama ditendang keluar daripada UMNO,\u201d katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PN Johor di Padang Awam, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta pemimpin-pemimpin kanan PN yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menjelaskan, seruan itu dibuat ekoran masih ramai ahli UMNO yang tidak mempunyai keberanian untuk meninggalkan parti tersebut walaupun menyedari kepincangan yang dihadapinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTinggalkan UMNO, tak apa, takda salah. Pasal ada yang kata susah, sejak dulu, macam baru-baru ni di Felda. \u2018Macam mana saya nak tinggalkan, saya dapat tanah dulu pun Almarhum Tun Abdul Razak yang bagi. Saya redah hutan belantara, tembak harimau dalam hutan dan binatang-binatang buas untuk bangunkan. Tak lupa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBetul\u2026 itu waktu UMNO asal. Lepas UMNO diharamkan tahun 1988, UMNO baru. Tak sama UMNO baru dengan UMNO asal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO baru dilahirkan di Kuala Lumpur. UMNO asal dilahirkan di Istana Besar Johor Bahru,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, perbuatan meninggalkan UMNO untuk bersama PN dalam saf perjuangan baharu adalah satu ibadah kerana mereka tidak akan bersama dengan kluster mahkamah yang dianggap telah melakukan banyak kemungkaran dan kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin turut mengingatkan ahli-ahli UMNO agar jangan bersubahat dengan kumpulan sebegitu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJemput mereka untuk bersama-sama kita dengan PN. Tak apa, boleh masuk PAS boleh, Bersatu boleh, Gerakan boleh. Ini semua adalah parti gabungan yang saya yakin dan percaya bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih baik kita tinggalkan yang kotor, yang lalu iaitu UMNO,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ahli-ahli UMNO khususnya di\u00a0Johor\u00a0supaya beramai-ramai \u2018berhijrah\u2019 meninggalkan\u00a0parti\u00a0tersebut. Menurut beliau,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11220,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-11219","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11219","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11219"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11219\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11221,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11219\/revisions\/11221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11220"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11219"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11219"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11219"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}