{"id":11248,"date":"2022-02-20T15:56:23","date_gmt":"2022-02-20T15:56:23","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11248"},"modified":"2022-02-20T15:56:25","modified_gmt":"2022-02-20T15:56:25","slug":"tiada-dendam-peribadi-kata-mahathir-berhubung-serangannya-terhadap-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/20\/tiada-dendam-peribadi-kata-mahathir-berhubung-serangannya-terhadap-najib\/","title":{"rendered":"Tiada Dendam Peribadi, Kata Mahathir Berhubung Serangannya Terhadap Najib"},"content":{"rendered":"\n<p>Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Najib Razak ketika dilihat sering menyerangnya, mengatakan adik kandung bekas perdana menteri itu sendiri pernah menulis kepadanya mengenai 1MDB dan jenayah yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahathir berkata, Nazir pernah menemuinya untuk meminta beliaui melakukan sesuatu kerana berbilion wang hilang dan keadilan belum lagi dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib,\u201d kata Mahathir dalam satu surat terbuka keduanya kepada pengundi Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNazir menulis panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan jenayah yang dilakukan oleh abangnya. Tulisan Nazir disebabkan perasaan malu keluarganya dan merasa begitu bersalah,\u201d katanya sambil berkata Nazir mendedahkan skandal Najib secara terperinci kepada beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahathir turut berkata beliau akan terus \u201cmeratib\u201d nama Najib dan mereka yang cuba merosakkan negara dan menipu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya saya \u2018amat malu meratib nama Najib\u2019 kerana beliau memalukan negara, bangsa dan agama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahathir adalah pemimpin yang lantang mengkritik bekas perdana menteri itu sejak skandal 1MDB didedahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggelar Najib sebagai \u201cpenyangak\u201d dan \u201cbanduan\u201d kerana terbukti bersalah di Mahkamah Tinggi dan Rayuan kerana menyalahgunakan dana RM42 juta SRC International yang berkait dengan 1MDB.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Mahathir berkata walaupun terpalit dengan penghinaan dari luar negara dan pernah disifatkan sebagai \u201cmembawa malu kepada negara,\u201d Najib masih tidak malu dan terus berusaha untuk mendapat kembali kekuatan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia percaya dengan memegang kembali kuasa politik di dapat lepas diri daripada hukuman.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Mahathir berkata Najib perlu disekat daripada kembali berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak \u201cini bermakna negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat dari kluster mahakamah untuk disamun dan dirompak,\u201d katanya merujuk sekumpulan pemimpin Umno yang kini berdepan kes kesalahan jenayah di mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Najib Razak ketika dilihat sering menyerangnya,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11249,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11248","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11248"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11250,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11248\/revisions\/11250"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11249"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}