{"id":11251,"date":"2022-02-20T16:07:53","date_gmt":"2022-02-20T16:07:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11251"},"modified":"2022-02-20T16:07:55","modified_gmt":"2022-02-20T16:07:55","slug":"muhyiddin-berjaya-selesaikan-masalah-peneroka-felda-kata-orang-kuat-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/20\/muhyiddin-berjaya-selesaikan-masalah-peneroka-felda-kata-orang-kuat-amanah\/","title":{"rendered":"Muhyiddin Berjaya Selesaikan Masalah Peneroka Felda, Kata Orang Kuat Amanah"},"content":{"rendered":"\n<p>Orang kuat Amanah hari ini mengakui Muhyiddin Yassin membawa perubahan kepada nasib peneroka dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengatakan dasar yang diperkenalkan bekas perdana menteri itu untuk melupuskan 80% hutang peneroka adalah salah satu kejayaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mazlan Aliman yang juga merupakan aktivis isu-isu Felda dengan NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), kerajaan yang dipimpin Muhyiddin memiliki \u201ckeazaman politik\u201d yang kuat dalam melakukan perubahan tersebut sehingga ia dialami sendiri oleh peneroka Felda.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak dapat disangkal, Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri, mengambil langkah proaktif dalam membawa perubahan di Felda,\u201d katanya dalam sebuah kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengambilalihan semula pegangan lebih 80% kepentingan di FGV,\u00a0pelupusan 80% hutang\u00a0peneroka dan pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka (PPP) adalah antara kejayaan yang dilihat peneroka.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, Mazlan berkata 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) menyaksikan proses reformasi yang perlahan terhadap isu-isu yang menghambat peneroka Felda.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, disebabkan perkara itu, ia menyebabkan warga Felda kecewa terhadap kerajaan PH walaupun alasan boleh diberikan mengenainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa mengundang kritikan dan kecaman hebat warga Felda yang mempersoalkan manifesto dan janji yang diutarakan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Mazlan ini tampil menjelang PRN Johor, negeri yang menempatkan lebih 70 kawasan penempatan Felda yang sering dianggap sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n\n\n\n<p>Dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, 72 kawasan Felda berada di 20 DUN negeri itu dengan jumlah populasi sekitar 180,000 orang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPRN Johor akan menjadi kayu ukur sebenar tahap sokongan pengundi Felda.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah pengundi Felda yang terdiri dari peneroka dan generasi Felda sekitar 180,000, kembali sebagai simpanan tetap BN?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Mazlan membayangkan kekalahan PH dan memberi amaran jika gabungan itu memutuskan untuk menghadapi PRN Johor dengan kedudukan sekarang ini, ia akan berdepan kekalahan seperti apa yang berlaku pada PRN Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan itu, Mazlan menggesa supaya gabungan PH memperluaskan kerjasama bagi menghadapi PRN Johor dengan melibatkan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPH yang dianggotai PKR, Amanah, DAP dan Upko ibarat \u2018serah tengkuk\u2019 kepada BN jika berada pada status quo seperti di Melaka dan Sarawak,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang kuat Amanah hari ini mengakui Muhyiddin Yassin membawa perubahan kepada nasib peneroka dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11252,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11251","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11251"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11251\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11253,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11251\/revisions\/11253"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}