{"id":11261,"date":"2022-02-21T07:46:07","date_gmt":"2022-02-21T07:46:07","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11261"},"modified":"2022-02-21T07:46:09","modified_gmt":"2022-02-21T07:46:09","slug":"kalau-zahid-ada-telur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/21\/kalau-zahid-ada-telur\/","title":{"rendered":"Kalau Zahid Ada \u2018Telur\u2019\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Tok Akhi teringat kata-kata Datuk Nurulhidayah iaitu anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, setelah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, kerana menyahut seruan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang disebut Nurulhidayah dan dilaporkan oleh banyak media ialah:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSoalan saya siapa tidak ada \u2018telur\u2019 sekarang,\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, perkataan \u2018telur\u2019 menjadi trending selepas cabaran Nurulhidayah dalam akaun Instagramnya kepada kumpulan Kluster Menteri supaya meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kiasan \u2018ada telur\u2019 dalam Bahasa Melayu membawa erti kejantanan seseorang dalam menegakkan sesuatu perkara, Nurulhidayah seakan mahu menampakkan dirinya berani apabila mengumumkan peletakan jawatan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid sebelum itu ada membuat cabaran kepada Menteri dan Timbalan Menteri UMNO ketika PAU untuk meletak jawatan, namun kumpulan tersebut berjumpa Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan kesetiaan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tok Akhi menimbulkan semula isu \u2018telur\u2019 Nurulhidayah itu bukan apa, tetapi hanya mengulas kenyataan Zahid yang mencabar Muhyiddin bersumpah laknat mengenai dakwaan meminta tolong melepaskannya daripada kes-kes mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataannya malam tadi, Zahid menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? <\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,\u201d kata Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>18 Februari lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berkata beliau mempunyai bukti bahawa Zahid pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada ketika itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,\u201d kata Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini, Tok Akhi melihat Zahid tidak perlu mencabar atau mengenakan syarat supaya Muhyiddin juga melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Cabaran yang dibuat Zahid dalam kenyataannya malam tadi hanyalah kata-kata untuk menunjukkan dia ada \u2018telur\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, jika benar Zahid ada \u2018telur\u2019 dia sendiri boleh melakukan sumpah laknat sendirian tanpa perlu meminta orang lain juga bersumpah laknat, kerana satu sumpah laknat itu sudah merangkumi pihak lain.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Tok Akhi<\/em><br><em>Pemerhati politik kampung<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tok Akhi teringat kata-kata Datuk Nurulhidayah iaitu anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, setelah meletak jawatan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11261","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11261","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11261"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11263,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11261\/revisions\/11263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}