{"id":11267,"date":"2022-02-21T15:42:20","date_gmt":"2022-02-21T15:42:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11267"},"modified":"2022-02-21T15:42:22","modified_gmt":"2022-02-21T15:42:22","slug":"membetulkan-fakta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/21\/membetulkan-fakta\/","title":{"rendered":"Membetulkan Fakta"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam Islam, hubungan antara ibu dan anak-anak tak boleh dihalang atau dipisahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru ketika perbicaraan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, kita bela Ustazah Nazirah, bukanlah atas niat untuk memutuskan hubungan ibu dengan anak-anaknya hanya semata-mata kerana anak-anaknya telah memeluk Islam manakala ibunya belum. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidaklah sedemikian kejam pemikiran kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya kita jawab kes itu di Mahkamah, semata-mata untuk memperjelaskan keadaan \u2014 to put the record straight, kata omputeh \u2014 sebab di luar sana terlalu banyak tuduhan-tuduhan liar, angkuh lagi melulu yang langsung tidak berasas. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang kata kononnya anak-anak Loh diculik, ada yang tuduh dia diIslamkan tanpa kebenaran, dan segala macam fitnah jahat yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru kita jelaskan di Mahkamah tadi, berdasarkan bukti-bukti afidavit, bahawa ustazah Nazirah tidak pernah menahan atau mengawal anak-anak Loh secara salah, sebaliknya dia sekadar mengambil peranan membantu membiayai anak-anak tersebut supaya dapat bersekolah makan pakai segalanya cukup, ketika mana ayahnya menghilang (di penjara) dan ibunya tak ketahuan di mana. <\/p>\n\n\n\n<p>Salahkah seorang ustazah membantu?<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan bukti-bukti menunjukkanb bahawa Ustazah Nazirah yang berusaha untuk mencari untuk menghubungkan ibu dengan anak-anak tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab Ustazah faham dan tahu bahawa hak ibu terhadap anak-anaknya tak boleh dinafikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ustazah jahat dan nak menculik tak tentu fasal dan kemudian mengislamkannya senyap-senyap, kenapa pula Ustazah hendak susah-susah mencari ibu anak-anak tersebut? <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan ibu anak-anak tersebut sendiri yang kemudiannya beretuju untuk meletakkan anak-anaknya di Jabatan Kebajikan sebelum ini, jadi tiada kena mengena dengan Majlis Agama pun.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu apabila pagi tadi Mahkamah memerintahkan bahawa anak-anak diberikan kepada ibunya, Loh; di pihak ustazah tak ada isu apa pun sebenarnya, sebab memang sejak dari awal lagi, anak-anak itu bukan di bawah pegangan ustazah pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Jauh sekali ustazah nak menahan anak-anak orang lain tanpa kebenaran ibunya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang perlu difokuskan sekarang ini ialah jalan ke hadapan, way forward, kata omputeh, untuk membantu Majlis-Majlis Agama yang terlibat, agar mendapat akses beri panduan serta pendidikan agama kepada anak-anaknya, selagi mana anak-anaknya masih menginginkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Syahadah anak-anaknya itu sah, mereka masih Islam, justeru tak boleh dibiarkan terkontang-kanting tanpa panduan dan tanggungjawab dari Majlis Agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini yang utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan dalam isu ini yang kita semua mesti bersatu hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Harus difahami bahawa isu agama anak-anak dengan hak jagaan adalah dua isu berasingan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dicampur-adukkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sebab hak jagaan diberi kepada ibu, bukan bermaksud anak-anaknya harus automatik murtad. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dalam Fatwa di negeri Perlis pun, sememangnya membenarkan ibu non-muslim untuk diberi hak jagaan terhadap anak-anak Muslim.<\/p>\n\n\n\n<p>Aidil Khalid<\/p>\n\n\n\n<p>Peguam<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Isu 3 Anak Loh\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/bx7QIPuMfzo?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator\"\/>\n\n\n\n<p>The Star melaporkan: \u201cPeguam Aidil Khalid yang mewakili responden pertama berkata tidak pernah timbul isu hak penjagaan haram oleh anak guamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau berkata, pemohon sendiri sudah mahu menyerahkan anak-anak itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Anak-anak berada di situ atas permohonan ibu, bagaimana boleh dikatakan sebagai penahanan yang menyalahi undang-undang?&#8221; kata peguam itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Aidil juga berkata percubaan dilakukan untuk membolehkan ibu berjumpa anak-anak tetapi masalah datang bukan daripada responden tetapi daripada ibu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai isu agama seperti yang dibangkitkan pemohon, Aidil berkata penukaran agama secara unilateral adalah tidak relevan kerana kanak-kanak itu didaftarkan sebagai penganut Hindu sejak lahir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka mengikut agama bekas suami, sedangkan agama ibu (semasa pendaftaran kelahiran) dinyatakan beragama Buddha.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa berkahwin, jelas mereka ada aturan supaya anak-anak mengikut agama bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak, kenapa ibu kekal beragama Buddha sedangkan anak-anak beragama Hindu mengikut bapa,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam Islam, hubungan antara ibu dan anak-anak tak boleh dihalang atau dipisahkan. Justeru ketika perbicaraan Habeas Corpus di<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11268,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11267","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11267","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11267"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11269,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11267\/revisions\/11269"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11268"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}