{"id":11301,"date":"2022-02-26T06:30:42","date_gmt":"2022-02-26T06:30:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11301"},"modified":"2022-02-26T06:30:44","modified_gmt":"2022-02-26T06:30:44","slug":"rakyat-johor-wajib-ranapkan-angan-angan-kluster-mahkamah-kembali-berkuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/02\/26\/rakyat-johor-wajib-ranapkan-angan-angan-kluster-mahkamah-kembali-berkuasa\/","title":{"rendered":"Rakyat Johor Wajib Ranapkan Angan-Angan Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO yang mendominasi Barisan Nasional (BN) mencetuskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan\u00a0cita-cita\u00a0atau angan-angan yang sangat\u00a0besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti yang dimalukan dengan kekalahan luar jangka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu berhasrat mahu menang bergaya dengan majoriti dua pertiga di Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>Keyakinan tinggi yang tidak masuk akal itu semakin membuak-buak selepas BN-UMNO menguasai Melaka pada PRN lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, mampukah UMNO mengulangi prestasi yang sama di Johor di mana parti-parti lain khususnya Bersatu yang menjadi tunggak Perikatan Nasional (PN) mempunyai pengaruh yang kuat?<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi, apabila pemilihan calon-calonnya kali ini dikaitkan dengan kluster mahkamah yang begitu kuat mencengkam dalam UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat termasuk sebahagian akar umbi UMNO sendiri sudah serik dengan penyelewengan salah guna kuasa yang berlaku sebelum PRU-14 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekayaan negara yang sepatutnya dinikmati bersama oleh rakyat dijarah seperti harta peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mujurlah perangai tamak haloba mereka terbongkar selepas BN tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang bimbang PRN Johor akan menjadi batu loncatan bagi membolehkan kluster mahkamah UMNO merealisasi angan-angan untuk kembali berkuasa di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dapat dibayangkan betapa malunya kita menjadi rakyat Malaysia jika kluster mahkamah kembali memegang tampuk pemerintahan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu Malaysia akan dijadikan bahan lawak antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbicaraan skandal 1MDB di Amerika Syarikat (AS) membabitkan bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner pun sudah cukap memalukan sehingga hal dalam kelambu pun dilondehkan secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Cukup-cukuplah sudah kita menanggung kemaluan yang amat besar akibat penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kluster mahkamah semasa UMNO-BN berkuasa dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa ini, pengundi di Johor mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mengekang kemaraan kluster mahkamah dalam kancah politik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tangan merekalah yang akan menentukan sama ada teori domino yang didakwa dirancang oleh kluster mahkamah akan diteruskan ke negeri-negeri lain sebelum PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi Johor perlu menunjukkan keberanian luar biasa dengan menolak UMNO-BN sebagai manifestasi protes mereka terhadap sikap kemaruk kuasa kluster mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu-satunya pilihan yang terbaik bagi mereka adalah Perikatan Nasional (PN) yang terbukti berupaya mentadbir negara dengan sangat cemerlang ketika negara dilanda krisis pandemik COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia pasti mampu pulih sepenuhnya daripada krisis tersebut sekiranya kerajaan PN yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dijatuhkan oleh UMNO-BN dengan cara yang sangat kotor.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadikan PRN Johor sebagai satu pengajaran yang amat pahit bagi kluster mahkamah UMNO supaya mereka insaf bahawa rakyat sudah benci dan meluat dengan muka mereka yang tidak tahu malu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO yang mendominasi Barisan Nasional (BN) mencetuskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan\u00a0cita-cita\u00a0atau angan-angan yang sangat\u00a0besar. Parti yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11302,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-11301","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11301","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11301"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11301\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11303,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11301\/revisions\/11303"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11302"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11301"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11301"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11301"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}