{"id":11324,"date":"2022-03-04T03:14:30","date_gmt":"2022-03-04T03:14:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11324"},"modified":"2022-03-04T03:14:31","modified_gmt":"2022-03-04T03:14:31","slug":"5-sebab-mengapa-bangsa-johor-mesti-undi-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/04\/5-sebab-mengapa-bangsa-johor-mesti-undi-pn\/","title":{"rendered":"5 Sebab Mengapa Bangsa Johor Mesti Undi PN"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam&nbsp; masa sembilan hari lagi, Bangsa Johor akan mengundi untuk memberi mandat&nbsp;kepada parti yang diyakini mampu melonjakkan negeri itu ke tahap yang lebih&nbsp;cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya, Perikatan Nasional (PN) yang meletakkan calon-calonnya bertanding di kesemua 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu-satunya pilihan terbaik berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut adalah lima sebab mengapa Bangsa Johor mesti mengundi PN:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li><strong>Bebas daripada cengkaman kluster mahkamah<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Seperti yang sedia diketahui ramai, BN yang didominasi UMNO kini diterajui oleh sekumpulan pemimpin yang dilabelkan sebagai kluster mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nilai yang terlibat dalam kes mereka bukan sedikit, sehingga mencecah angka bilion ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi yang memalukan negara itu tidak berlaku dalam PN di mana setiap pemimpinnya lebih-lebih lagi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bersih dan berintegriti tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, setiap calon PN dikehendaki melafazkan ikrar tolak rasuah sebagai manifestasi bahawa mereka akan menjunjung integriti dan amanah setelah membentuk kerajaan negeri Johor nanti.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"2\"><li><strong>Ikrar PN bersifat inklusif, bukan retorik<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Ikrar Perikatan Nasional <strong>#DemiBangsaJohor<\/strong> yang dilancarkan oleh Muhyiddin semalam dilihat lengkap dalam usaha memastikan tiada mana-mana kelompok terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat negeri ini dalam pelbagai sektor ekonomi serta sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ditawarkan PN kepada rakyat Johor adalah jauh lebih baik berbanding \u2018ikhtiar\u2019 BN yang lebih merupakan gula-gula pilihan raya yang belum tentu akan ditunakan.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"3\"><li><strong>PN berpengalaman dalam pemulihan ekonomi<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Barisan kepimpinan PN yang diketuai Muhyiddin mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk menerajui Johor dalam era pasca krisis pandemik COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Selaku bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin merupakan aset berharga bagi membantu kerajaan negeri Johor yang baharu di bawah PN nanti untuk memulihkan ekonomi negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, BN masih belum menunjukkan prestasi memuaskan dalam memulihkan ekonomi Johor yang terjejas akibat COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"4\"><li><strong>Barisan calon PN lebih seimbang<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Orang baru dan orang lama. Lelaki dan wanita. Berpendidikan dan berpengalaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua dapat dirangkumkan dalam calon-calon yang diketengahkan oleh PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Gandingan yang mantap ini amat diperlukan untuk memperkasakan lagi Bangsa Johor dalam segenap aspek agar lebih gah lagi.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"5\"><li><strong>Prihatin aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Dalam bab ini, PN sememangnya nombor satu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika pihak lawan bermain kotor menyerang pimpinan tertinggi PN, calon-calon tetap istiqamah dalam berkempen secara bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak terjebak menyerang kembali pimpinan parti lawan kerana apa yang lebih penting adalah menyantuni rakyat di kawasan yang bakal diwakili mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa Johor juga sudah semakin bosan dengan gelagat murahan yang sering ditunjukkan oleh BN dan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya, sikap prihatin yang ditonjolkan oleh calon-calon PN lebih menarik perhatian mereka berbanding politik kotor yang dimainkan oleh pihak lawan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Hassan Sulaiman<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam&nbsp; masa sembilan hari lagi, Bangsa Johor akan mengundi untuk memberi mandat&nbsp;kepada parti yang diyakini mampu melonjakkan negeri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11325,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-11324","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11324","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11324"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11324\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11326,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11324\/revisions\/11326"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11325"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11324"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11324"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11324"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}