{"id":11342,"date":"2022-03-05T03:53:45","date_gmt":"2022-03-05T03:53:45","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11342"},"modified":"2022-03-05T03:53:47","modified_gmt":"2022-03-05T03:53:47","slug":"negara-pulih-hasil-tindakan-pantas-kerajaan-pn-tempah-vaksin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/05\/negara-pulih-hasil-tindakan-pantas-kerajaan-pn-tempah-vaksin\/","title":{"rendered":"Negara Pulih Hasil Tindakan Pantas Kerajaan PN Tempah Vaksin"},"content":{"rendered":"\n<p>Pemulihan kehidupan rakyat dan\u00a0kerancakan<strong><a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/wartarakyat.com.my\/index.php\/2022\/03\/04\/siapakah-calon-mb-johor-pn-mesyuarat-esok\/\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a><\/strong>semula sektor\u00a0ekonomi<strong><a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/wartarakyatmalaysia\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a><\/strong>yang dikecapi ketika ini adalah hasil tindakan pantas kerajaan Perikatan Nasional (PN) menempah bekalan vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan terdahulu di bawah PN juga bertindak pantas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSalah satu tindakan pantas kerajaan PN ialah menempah bekalan vaksin dan melancarkan PICK yang menyaksikan hampir 98 peratus warga dewasa sudah menerima vaksin setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini ternyata berjaya memulihkan kehidupan rakyat dan merancakkan kembali pelbagai sektor kehidupan terutama sektor ekonomi dan sosial negara,\u201d katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengulas tentang perjumpaan dengan 300 orang warga pendidik yang terdiri daripada pengetua dan guru besar serta pimpinan Persatuan Ibu Bapa Guru dalam Majlis Dialog Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bersama Warga Pendidik di Kota Tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis berkenaan, Pengerusi PN itu mengimbau kembali apa yang berlaku ketika negara dilanda pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun lalu dan tindakan kerajaan PN ketika itu bagi menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis yang sama, beliau turut mendengar pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh warga pendidik selain menjawab soalan-soalan dikemukakan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara isu yang dibangkitkan adalah keupayaan kerajaan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di sekolah, cabaran guru dalam era pandemik dan vaksinasi dalam kalangan murid dan ibu bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeberapa pengetua dan guru besar membangkitkan sikap segelintir ibu bapa yang masih enggan membenarkan anak-anak mereka divaksinasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan ini sudah tentunya mengundang risiko jangkitan bukan hanya kepada murid atau pelajar yang enggan divaksin tetapi juga kepada guru dan murid yang telah lengkap menerima dua dos dan dos penggalak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehubungan itu, mereka meminta agar kerajaan mewajibkan pengambilan vaksin kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang mengambil maklum semua perkara yang dibangkitkan itu menjelaskan, kerajaan setakat ini tidak mewajibkan pengambilan vaksin dan isu tersebut boleh ditangani dengan cara memperbanyakkan sesi penerangan secara saintifik dan menggunakan data Kementerian Kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya yakin dan percaya pengalaman mengajar dalam era pandemik COVID-19 menjadikan golongan guru dan pendidik di negara ini sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu dalam bidang pendidikan pada masa akan datang,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemulihan kehidupan rakyat dan\u00a0kerancakan\u00a0semula sektor\u00a0ekonomi\u00a0yang dikecapi ketika ini adalah hasil tindakan pantas kerajaan Perikatan Nasional (PN) menempah bekalan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11343,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-11342","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11342","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11342"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11342\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11344,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11342\/revisions\/11344"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11343"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11342"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11342"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11342"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}