{"id":11360,"date":"2022-03-07T12:20:51","date_gmt":"2022-03-07T12:20:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11360"},"modified":"2022-03-07T12:20:53","modified_gmt":"2022-03-07T12:20:53","slug":"temuramah-bersama-utusan-malaysia-gelombang-prn-sabah-landa-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/07\/temuramah-bersama-utusan-malaysia-gelombang-prn-sabah-landa-johor\/","title":{"rendered":"Temuramah Bersama  Utusan Malaysia: Gelombang PRN Sabah Landa Johor?"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>UTUSAN: <\/strong>Bolehkah calon PAS yang bertanding 15 kerusi PRN Johor menang? <\/p>\n\n\n\n<p><strong>ABDUL HADI:<\/strong> Dilihat kepada majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya yang saya hadir, kehadiran sangat meriah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menarik ialah ramai pengundi muda yang datang, ini kita harap akan berlaku satu perubahan di Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menarik pengundi muda, PAS (menerusi PN) menawarkan kestabilan dan penyelesaian masalah-masalah ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti yang saya (selalu) sebut, UMNO\/Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun, lama sangat, tentulah ada kelemahan-kelemahannya yang perlu dibaiki dan Pakatan Harapan (PH) pula mungkir janji-janji yang dibuat dalam manifesto mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>UTUSAN: <\/strong>Adakah ini bermakna PAS menolak UMNO termasuk kerana bimbang parti itu menjadi abang besar?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ABDUL HADI:<\/strong> Saya tidak ambil kira cakap-cakap itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengambil tanggungjawab bersama untuk selamatkan negara dengan kepimpinan Melayu Islam dan tak perlu abang besar, tak perlu apa-apa.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya melihat berdasarkan kepada apa yang berlaku di PRN Sabah, Sarawak dan Melaka, iaitu tiba masanya kerajaan mesti didominasi oleh orang Melayu Islam, itu sangat penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, untuk mendominasi, mestilah gabungan tiga parti besar Melayu Islam iaitu UMNO, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS bergabung, tak boleh UMNO bersendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya lihat apa yang saya hasratkan itu berlaku di Sabah pada PRN 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebetulan BERSATU\/PN mendapat kerusi yang banyak (17 kerusi) tetapi tidak boleh tubuh kerajaan dan bergabunglah dengan UMNO\/BN (sebanyak 14 kerusi) dan parti-parti yang mesra PN (Parti Bersatu Sabah sebanyak tujuh kerusi). <\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga diajak ikut serta dengan mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik (Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan).<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kita berbeza dengan UMNO tetapi di sana banyak titik-titik persamaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengharapkan gelombang dari Sabah itu berlaku di Johor, iaitu (sokongan) pengundi muda, atas pagar termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengharapkan satu perubahan berlaku di Johor.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>UTUSAN: <\/strong>Ada penganalisis politik berpendapat PAS lebih cenderung kepada BERSATU kerana mengenang budi parti itu membawanya menyertai kerajaan Pusat?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ABDUL HADI: <\/strong>Sebenarnya kita menerima dua-dua, PN dan MN. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang perlu disedari, perubahan kerajaan daripada PH kepada PN ini diusahakan dahulu oleh PAS dan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada awalnya, saya berjumpa dengan pimpinan utama BERSATU, termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri supaya buat satu perubahan melalui Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Proses demokrasi dengan kita mengumpulkan ahli-ahli Parlimen Islam dan yang tidak ekstrem dalam kalangan bukan Islam dan mendapat jumlah yang cukup, kita buat kerajaan campuran yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana PAS sangat tidak senang dengan PH yang didominasi dalam kalangan liberal dan bukan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik sahaja mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kita melihat kenyataan-kenyataan yang sangat ekstrem yang mencabar Islam, raja-raja dan orang Melayu sendiri yang boleh menimbulkan ketegangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuma terdapat kekhilafan bila Tun (Dr. Mahathir) mahu buat kerajaan perpaduan melibatkan semua parti politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tak bersetuju kerana kalau buat kerajaan perpaduan, masih jumlah yang besar dalam kalangan itu (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, PAS mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (ganti Dr. Mahathir) dan beliau terima dan dapat jumlah yang cukup.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian kita jumpa Datuk Seri Mohamad Hasan (ketika itu Pemangku Presiden UMNO pada 2019), cadangkan perkara lebih besar lagi iaitu membuat perubahan dan mereka bersetuju. <\/p>\n\n\n\n<p>Lepas itu barulah UMNO ikut serta. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila kita berjaya tubuh kerajaan, kita kena cari nama, buatlah PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama itu kami sama-sama bincang.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>UTUSAN: <\/strong>Orang kata pemimpin PAS ini sudah jauh daripada agama kerana mabuk dengan jawatan dan diberi elaun oleh kerajaan?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ABDUL HADI:<\/strong> Itu satu tuduhan yang tidak tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pernah menyertai kerajaan, kita pernah dipecat daripada kerajaan dan kita parti yang tak mati bila keluar kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita terus hidup (walaupun tiada jawatan dalam kerajaan).<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak parti dalam negara kita yang tak perlu saya sebut, bila tak jadi kerajaan dia terus hilang, tinggal nama sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita jadi parti yang makin maju, ahli dan pengikut kita makin ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada banyak dalam kalangan mereka yang mempunyai kelayakan untuk memerintah dan mentadbir negara.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>UTUSAN: <\/strong>PAS mahu meneruskan kerjasama menerusi MN tetapi kenapa Tan Sri sebut UMNO itik yang patah kaki dan malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ABDUL HADI:<\/strong> Ya, saya menyambut kenyataan veteran UMNO, bila saya nasihat supaya gabung ketiga-tiga parti ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang mengatakan tak perlu ajar UMNO ini, dia itik yang pandai berenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak payah kita ajar berenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Veteran UMNO cakap begitu, jadi saya jawab secara spontanlah. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO dalam keadaan yang kalah, tak jadi kerajaan, kita mendukung, kita buat gabungan ini, berjaya dan memasukkan balik UMNO dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita kena sedar bahawa (kerusi) UMNO sahaja tidak cukup, BERSATU sahaja tidak cukup, mestilah gabungkan semua, barulah cukup. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mahu mengembalikan seberapa banyak kerusi yang PN ini boleh menang di atas gabungan ketiga-tiga parti yang tak ekstrem ini (dalam PRU15). <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau boleh dapat majoriti dua pertiga.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UTUSAN: Bolehkah calon PAS yang bertanding 15 kerusi PRN Johor menang? ABDUL HADI: Dilihat kepada majlis pelancaran gerak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-11360","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11360","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11360"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11360\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11362,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11360\/revisions\/11362"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11360"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11360"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11360"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}