{"id":11363,"date":"2022-03-07T13:02:02","date_gmt":"2022-03-07T13:02:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11363"},"modified":"2022-03-07T13:02:04","modified_gmt":"2022-03-07T13:02:04","slug":"najib-diarah-beri-penjelasan-isu-hutang-1mdb-kepada-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/07\/najib-diarah-beri-penjelasan-isu-hutang-1mdb-kepada-parlimen\/","title":{"rendered":"Najib Diarah Beri Penjelasan Isu Hutang 1MDB Kepada Parlimen"},"content":{"rendered":"\n<p>Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini berhubung kenyataannya ketika perbahasan minggu lepas yang dikata mengelirukan dewan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau telah menulis surat kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan meminta Ahli Parlimen Pekan itu memberi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah menulis kepada YB (Yang Berhormat) Pekan untuk minta penjelasan, serta YB Menteri Kewangan tentang apa yang beliau katakan tempoh hari dan saya sedang menunggu jawapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya meminta beliau (Najib) beri penjelasan hari Rabu ini, tapi saya tak tahulah beliau dapat (atau tidak) beri penjelasan hari itu, saya tidak tahu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Azhar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang bangun pada sesi perbahasan Titah Diraja persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini untuk meminta maklum balas mengenai usul Tony Pua (PH-Damansara) yang mahu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pua menghantar usul itu berikutan ucapan Najib dalam Dewan Rakyat pada 2 Mac dikatakan mengandungi kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dewan berkaitan isu hutang 1MDB dan boleh disifat sebagai menghina majlis.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib pada 2 Mac lalu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong mendakwa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, sehari kemudian Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan dakwaan Najib sambil memaklumkan kerajaan sudah mula membayar faedah hutang 1MDB sebanyak RM6.5 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Zafrul berkata sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah, menurut laporan Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dakwaan Najib itu adalah satu kenyataan tidak benar dan mengelirukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya hairan Pekan sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh terlupa bahawa hutang-hutang 1MDB adalah dijamin oleh Kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila 1MDB gagal membayar hutang-hutang termasuk faedah yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50 billion, maka kerajaanlah yang terpaksa membayar hutang-hutang ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini berhubung kenyataannya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11364,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11363","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11363","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11363"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11365,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11363\/revisions\/11365"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11364"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}