{"id":11431,"date":"2022-03-13T02:59:57","date_gmt":"2022-03-13T02:59:57","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11431"},"modified":"2022-03-13T02:59:59","modified_gmt":"2022-03-13T02:59:59","slug":"peratusan-prn-rendah-khabar-gembira-atau-duka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/13\/peratusan-prn-rendah-khabar-gembira-atau-duka\/","title":{"rendered":"Peratusan PRN Rendah: Khabar Gembira Atau Duka?"},"content":{"rendered":"\n<p>Jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRN Johor, menurun berbanding PRN Melaka iaitu 65.5 peratus. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya sekitar 55 peratus sahaja rakyat Johor yang masih merasakan perlunya bertanggungjawab memilih kerajaan yang lebih baik, setelah kerajaan yang ada, diruntuhkan oleh tangan Umno Johor sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Selebihnya, pengundi, seperti \u2018buat pekak badak\u2019 bagi PRN kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang mendorong mereka tidak keluar atau pulang ke kampung mereka untuk mengundi? <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin bosan dengan keadaan politik yang keterlaluan. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno pula ghairah mencuba resepi demi resepi bagi mencari gambaran tepat, kemahuan pengundi pada PRU 15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dalam keadaan berpura-pura, Umno kelihatan gembira dengan kemenangan mereka di Johor dan Melaka, namun, jauh di sudut hati mereka, ada gelombang kerisauan. Amat merisaukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Umum kita maklum bahawa pertandingan dalam pilihanraya adalah bagaimana mahu menarik lebih ramai pengundi atas pagar menyokong parti mereka dengan isu-isu yang dibangkitkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecuali jika sesuatu kawasan mengundi itu mempunyai undi teras yang sangat besar, maka kedudukan calon mereka akan selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Peratusan mengundi yang selamat bagi Umno ialah sekitar 70-80 peratus atau lebih bawah.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno menang kali ini, tetapi ada undi teras mereka dahulu semakin jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna, hanya kerana Umno mempunyai akar umbi yang lebih ramai di Johor dan Melaka, menyebabkan mereka menang, walaupun ada yang sudah berubah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi atas pagar yang memberikan kekalahan kepada mereka pada tahun 2018 dahulu, tidak kelihatan lagi keluar mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka seperti dalam keadaan tidak mahu masuk campur dengan kedunguan politik negara, apa lagi setelah ditipu juga oleh PH. Paling tidak, buat masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi yang sebegini, bagaikan senjata rahsia bakal memusnahkan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata, hanya pengundi tegar PAS yang tetap konsisten menyokong, malah menambah jumlah undi calon PAS, berbanding Umno yang semakin mengurang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap pengundi atas pagar yang tidak keluar mengundi ini, tidak memberikan ketenangan kepada Umno dan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap tunggu dan lihat ini, boleh sahaja berubah bila-bila masa dan mungkin akan menjadi lebih teruk berbanding tahun 2018 dahulu, jika Umno tersalah langkah lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno mungkin boleh tersenyum kerana menang beberapa negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hakikatnya, Kerajaan Pusat, adalah kuasa lebih tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang belum dapat Umno rungkaikan sebelum PRU 15 nanti kerana pengundi atas pagar yang masih tidak menyatakan pendirian mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat semakin cerdik. Umno semakin tersepit. <\/p>\n\n\n\n<p>Ugutan-ugutan Umno kepada lawan mereka dahulu, sekarang ini, tiada lagi kidungnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno tahu, mereka gagal mengambil negeri-negeri secara borong seperti mana zaman mereka berkuasa penuh dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, akal mereka tidak terhenti di situ. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mengambilnya secara runcit negeri, sebuah demi sebuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ujian terbesar ialah bagaimana mereka mahu merampas kembali Kerajaan Pusat secara berkuasa mutlak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, usaha mereka masih kelihatan tidak berhasil. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi ada dua kem di dalam kepimpinan Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahu berkokok konon merekalah yang memberikan contoh terbaik, tetapi pimpinan mereka pula dipenuhi tahi salah laku. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahu mengambil kuasa mutlak di Pusat, bilangan kerusi pula tidak tercapai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingin bersama dengan PKR, ahli mereka pula yang bangun menentang. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang mahu Umno tunjukkan sebagai alternatif kepada parti lain jika keadaan mereka masih parah dengan cedera kebencian rakyat yang dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada\u2026..mereka hanya bermegah dan mengungkit-ngungkit perihal sejarah mereka, dan bukannya sikap mereka yang diubah untuk agama dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Jalan yang Presiden PAS angkat iaitu perkukuhkan MN dan pertahankan PN adalah jalan yang terbaik demi Islam dan bangsa, menggabungkan parti teras Melayu Islam terbesar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan DAP yang juga gagah mendapat 10 kerusi bagi parti mereka sahaja, menunjukkan kaum bukan Melayu bersatu sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sayang tudak bagi Melayu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah warga Johor atas sikap anda ini, membuatkan tiada parti yang boleh merasa selesa dengan kemenangan masing-masing, selagi pengundi atas pagar, tidak menyatakan pendirian mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Laungan bubar parlimen itu hanyalah retorik bagi menakut-nakutkan lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka pasti gerun jika peratusan keluar mengundi melebihi 85 peratus. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana sejarah membuktikan, mereka akan kalah dengan peratusan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes mahkamah pimpinan mereka, masih menjadi igauan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jumlah peratusan keluar mengundi dalam PRN Johor, menurun berbanding PRN Melaka iaitu 65.5 peratus. Ia hanya sekitar 55<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11432,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11433,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions\/11433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}