{"id":11474,"date":"2022-03-16T12:00:42","date_gmt":"2022-03-16T12:00:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11474"},"modified":"2022-03-16T12:00:45","modified_gmt":"2022-03-16T12:00:45","slug":"pemandu-kami-sangat-piawai-berstrategi-dan-ossem","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/03\/16\/pemandu-kami-sangat-piawai-berstrategi-dan-ossem\/","title":{"rendered":"Pemandu Kami Sangat Piawai, Berstrategi Dan Ossem!"},"content":{"rendered":"\n<p>Kolam kedamaian hati aku sangat terusik apabila maruah Tuan Guru Presiden dibedal dan dimuntahkan oleh seorang MP bebas yang sebelum ini mendapat laba kehidupan yang besar apabila bersama Parti Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bercerai bukan bermakna kita mendapat lesen untuk mengaibkan bekas pasangan kita, seolah tiada secubit kebaikan yang kita tuai dalam fasa perkahwinan, itulah tamsilan yang sama apabila kita berpindah kapal. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dibakar pakaian nakhoda walau membusung kebencian searas mana sekali pun!<\/p>\n\n\n\n<p>Naratif hitam cuba digarap untuk mewajarkan justifikasi mengapa baiah dilanggar dan melepaskan ikatan daripada jamaah Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemandu disalahkan dan diremehkan kononnya melanggar prinsip parti dalam memutuskan tindakan besar pemuafakatan politik PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami insya Allah mengenali ketulenan watak Tuan Guru Presiden yang bergulat dalam medan amal Islami semenjak zaman remaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya mungkin, kesilapan dalam memimpin mungkin ada kerana beliau juga manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ketrampilan, kompetensi kepimpinan, kebolehan membaca unjuran strategi, pemikiran krititis dan analitikal adalah pakej yang dimiliki oleh Tuan Guru Presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam karektor organisasi, PAS tidak seperti parti konvensional yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sebagai &#8220;mass movement&#8221;, harakatul ummah yang memayungi umat Islam yang bercita-cita melihat tegaknya pemerintahan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS adalah gerakan tajnid, jamaah yang mempunyai sistem perkaderan dakwah seperti gerakan Islam yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Uniknya parti seperti PAS ini, pemimpin utamanya bukan sekadar mentarjih arahan kepada ahli-ahli, bukan sekadar menyarung pakaian anggota legislatif, politisi yang hebat diatas podium, namun pemimpin utama PAS mestilah berwatak murabbi yang mendidik dan mengasuh ahli-ahli menuju jalan akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah watak kepimpinan dan aura kepimpinan yang ada pada batang tubuh Presiden PAS kini yang kami mesrai sebagai Ayah Chik.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara mozaik pengalaman aku bermusafir dengan AC (Ayah Chik) ke Afrika Utara, Algeria dan Tunisia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sosok pemimpin ini sangat dekat dengan Tuhan, mengisi masanya dengan perkara berfaedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang perjalanan udara, sibuk meninta untuk dihidang kepada ummah. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjaga setiap detik masa dan pastilah dalam tim anggota misi, aku disorot mata tajam AC agar menjaga masa kehadiran program dengan tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tak berkompromi bab menjaga kesempurnaan solat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sok sembahyang subuh bilik ayah chik belaker&#8221; perintah AC kepada kami semua, peserta rombongan misi pendidikan di Tunisia. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah sosok pemimpin kami, solat tetap menjadi perkara utama dalam kehidupan. <\/p>\n\n\n\n<p>Usai solat subuh, kami dihidang pula dengan tazkirah yang mendamaikan rohani, juga bualan santai yang berintikan ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan AC tentang politik sangat luas, bukan sekadar pembacaan namun keterlibatannya semenjak zaman remaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku di meja makan Sheikh Rashid Ghanousi bersama AC, makan malam diiringi diskusi yang panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hidangan silih bertukar kerana itulah sub budaya orang Arab bila menyantuni tetamu. <\/p>\n\n\n\n<p>AC pemimpin kanan gerakan Islam dunia, bahkan mufakkir yang sangat dihormati, <\/p>\n\n\n\n<p>Ghanousi sangat piawai dalam mengemukakan idea dan menyebabkan ramai anak muda peserta idea post Islamism meminati figura penting Tunisia itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada satu dialog yang aku ingat sampai mati antara Ghanousi dengan AC, namun tak sesuai untuk diceritakan disini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukti bagi aku bahawa AC sangat genius dan bukan jenis &#8220;inferiority complex&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang tak masuk akal bagi aku, dalam mendaki tingkat dua bangunan utama University Zaituna, potret-potret lama pemikir, ilmuan Tunisia berjejeran pada dinding antara tangga, Ayah Chik mensyarahkan dengan terperinci siapakah sosok sosok ilmuan itu dalam rakaman sejarah dunia Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku terpanar! <\/p>\n\n\n\n<p>Tahap kognitif sosok ulama ini seperti menyerap pati-pati ilmu dalam peti akal yang kukuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dunia Islam mengiktiraf kepimpinan AC, gerakan Islam dunia mengiktiraf kekuatan akalnya, kompetensi dan pengalamannya merencah strategi gerakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah anda yang melabelnya sebagai pemandu yang membawa kenderaan sehingga terhoyong hayang?<\/p>\n\n\n\n<p>Aku saksimata banyak perkara, bahkan karomah sosok ulama haraki ini namun apa pesanan AC padaku, &#8220;enta wan jangan tulis!&#8221; &#8230;.insan ini tak mahu dikultuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Demi Allah, aku ingin sangat menulis mengenai AC daripada sudut pandang &#8220;in person&#8221; namun tak dibenarkan lagi selagi mana beliau masih hidup. &#8220;ana pun tak tahu, bagaimana hujung hidup ana, istiqomah tak dengan perjuangan Islam ini&#8221; lirih kata-kata murabbi ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Hatiku basah! <\/p>\n\n\n\n<p>Moga AC terus sihat membimbing ummah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandulah kami wahai murabbi, kami tak pernah merasa pening dan terhoyong hayang dalam kafilah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami tenang meneguk mutiara ilmu daripada AC, kami yakin keupayaan AC merencah strategi parti dalam membadai siasah Malaysia yang sangat rencam ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami dengar dan kami taat!<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor<\/p>\n\n\n\n<p>(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kolam kedamaian hati aku sangat terusik apabila maruah Tuan Guru Presiden dibedal dan dimuntahkan oleh seorang MP bebas<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11475,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11476,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11474\/revisions\/11476"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}