{"id":11549,"date":"2022-04-01T05:47:43","date_gmt":"2022-04-01T05:47:43","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11549"},"modified":"2022-04-01T05:47:46","modified_gmt":"2022-04-01T05:47:46","slug":"siapa-pm-selepas-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/04\/01\/siapa-pm-selepas-pru15\/","title":{"rendered":"Siapa PM Selepas PRU15?"},"content":{"rendered":"\n<p>Mengikut kebiasaannya, presiden Umno akan menjadi perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum (PRU).<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang terjadi pada Ismail Sabri Yaakob, seorang naib presiden Umno yang diangkat menjadi perdana menteri tidak mungkin berulang selepas mana-mana pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Umno amat berkuasa dalam hal politik parti itu<\/p>\n\n\n\n<p>Watikah calon perlu ditandatanganinya sebagai pengerusi BN.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermaksud kerusi mana perdana menteri bertanding pun adalah keputusan presiden Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, suara menuntut PRU diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, mengapa tiada suara yang menuntut agar pemilihan Umno disegerakan dahulu sebelum PRU?<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah lebih baik untuk Umno mengadakan pemilihan terlebih dahulu supaya parti dapat dibersihkan daripada golongan yang menghadapi masalah tuduhan rasuah dan penyelewengan sebelum merayu undi rakyat pada PRU?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah pasukan yang menerajui Umno hari ini bimbang pasukan baru yang akan terbentuk lebih lemah?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika begitu, sepatutnya mereka yakin ahli-ahli parti akan mengekalkan kedudukan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ataupun ada yang bimbang pada kelebihan yang ada pada Ismail selaku perdana menteri jika pemilihan Umno diadakan?<\/p>\n\n\n\n<p>Betul, Ismail boleh memilih bertanding mana-mana kerusi, termasuk kerusi presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, risiko yang dihadapi Ismail jauh lebih besar berbanding para pemimpin Umno yang lain di dalam pemilihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan jika Ismail tewas di dalam pemilihan Umno sama ada di kerusi naib presiden, timbalan presiden atau presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Karier politik Ismail akan tamat selepas Parlimen dibubarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, mereka yang bimbang akan kenaikan Ismail dalam Umno sepatutnya mendesak agar pemilihan parti diawalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam Umnolah, karier politik perdana menteri boleh ditamatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelebihan Ismail sebagai perdana menteri di bawah kerajaan hari ini sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pemegang jawatan tertinggi Umno hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak perkara yang sudah berlaku dalam Umno tetapi di luar kawalan perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Umno menghadapi PRU15 dahulu, dan BN dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa bantuan parti lain, maka Ismail akan kehilangan jawatan perdana menteri kepada pemimpin berjawatan lebih tinggi dalam parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, jikalau Umno memerlukan kerjasama dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, tiada jaminan presiden Umno akan dilantik menjadi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemungkinan, Ismail akan berpeluang besar untuk terus menjadi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata, desakan mengawalkan PRU15 mahupun melewatkan pemilihan Umno bukanlah dilakukan demi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanyalah langkah catur menghadapi kemaraan Ismail di dalam Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak lebih daripada satu drama politik perebutan kuasa yang rakyat terpaksa telan.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengikut kebiasaannya, presiden Umno akan menjadi perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum (PRU). Apa<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11550,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11549","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11549","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11549"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11549\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11551,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11549\/revisions\/11551"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11550"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11549"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11549"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11549"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}