{"id":11552,"date":"2022-04-02T14:53:03","date_gmt":"2022-04-02T14:53:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11552"},"modified":"2022-04-02T14:53:05","modified_gmt":"2022-04-02T14:53:05","slug":"tular-dan-debat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/04\/02\/tular-dan-debat\/","title":{"rendered":"Tular Dan Debat"},"content":{"rendered":"\n<p>Dulu, kata orang tua-tua, kalau nampak anak-anak jadi melampau, jadi kurang ajar atau apa-apa yang negatif, kemudian mak ayah macam tak peduli, dia akan kata ini semua sebab mak ayah yang terlalu manjakan anak. <\/p>\n\n\n\n<p>Terlalu membela anak, tak mahu dengar aduan orang, cerita sebelah pihak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan dengar cerita anak mereka sahaja dan semua cerita itu, betul belaka. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau terbukti anaknya salah sekalipun, mereka akan pertahankan juga anak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau paling tidak, mereka buat-buat bodoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, meminta maaf, tidak sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada mak ayah yang jenis begini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, kalau kita lihat pula di medsos, jika ada yang tetap berdegil, menyebarkan sesuatu bagi mencari &#8216;likes&#8217;, walaupun melampau atau apa-apa yang negatif, kita mungkin boleh berkata, ini semua salah netizen kerana terlalu manjakan si pencari &#8216;content&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Selalu, apabila tular sebahagian video yang dikerat-kerat, maka mereka akan mula menyerang, memberi komen negatif kepada pihak yang mereka rasakan bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila datang berita kebenaran, sama ada mereka akan cari silap lain pada individu atau kumpulan yang menjadi sasaran mereka itu, atau mereka buat bodoh, diamkan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, mahu minta maaf kerana memfitnah, tiada dalam kamus. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan berpindah kepada isu lain pula, dan dalam perwatakan yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana tahu si penghantar mempunyai dendam peribadi dengan musuhnya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana tahu si penghantar hanya mahukan kemasyhuran. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana tahu si penghantar hanya mahukan umat berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Netizen tidak mahu tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan ya Laila,<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan terpedaya<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang viral<\/p>\n\n\n\n<p>Tak mestinya benar <\/p>\n\n\n\n<p>Semalam sudah dibenarkan solat rapat-rapat di masjid di Malaysia, tetapi sejadah katanya, ada masjid yang masih tetapkan perlu dibawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, sehingga ramai sangat yang berkeluh kesah, menunggu, sambil memaki, memasukkan sesuka hati pihak yang menyekat solat rapat itu ke dalam neraka, ikut Yahudi, Freemason. <\/p>\n\n\n\n<p>Macam-macam lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang timbul pula isu, sama ada mahu rapatkan saf atau rapatkan sejadah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika rapatkan saf, sejadah jadi bertindih. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika rapatkan sejadah sahaja, saf jadi renggang. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkelahi pula masing-masing menyatakan pendapat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang kata kena sentuh kaki dan bahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada ruang, syaitan akan masuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pula kata dibolehkan jarak antara kaki seluas empat jari atau sejengkal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ruang yang syaitan akan masuk ialah jika dibiarkan kosong dengan jarak seorang makmum.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau aku tanya, boleh atau tidak jika sejadah itu dilipatkan sedikit tepinya supaya tidak melebar? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau sejadah itu dihamparkan bahagian kepala sahaja? <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian kita solat macam biasa?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah wajib kata pihak masjid sejadah mesti dihampar lebar atau penuh, tidak boleh dilipat tepinya atau hampar bahagian kepala sahaja? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak ikut peraturan itu, maka tidak sah solat, atau dia akan dihalau dari masjid? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika lipatkan sedikit sejadah supaya tidak lebar, kita akan dapat dua-dua kan? <\/p>\n\n\n\n<p>Rapatkan saf sambil sejadah dihampar.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau aku yang salah faham?<\/p>\n\n\n\n<p>OK lah, saja jer nak bebel. <\/p>\n\n\n\n<p>Qatar dah start puasa harini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia esok start. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti kalau balik Malaysia, puasa di Malaysia jadi 30 hari, bermakna aku akan berpuasa 31 harilah kan? <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dalam Islam, sebulan hanya ada 29 atau 30 hari sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi nak buat macamana? <\/p>\n\n\n\n<p>Nasib baik tak ramai yang alami benda ni. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak boleh jadi perdebatan hangat pulaklah&#8230;.kan? <\/p>\n\n\n\n<p>Nak kena buka puasa atau nak kena sambung puasa tu? <\/p>\n\n\n\n<p>Kau ada jawapan dia? <\/p>\n\n\n\n<p>Haaa debatlah&#8230;.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dulu, kata orang tua-tua, kalau nampak anak-anak jadi melampau, jadi kurang ajar atau apa-apa yang negatif, kemudian mak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11553,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11552","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11552","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11552"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11552\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11554,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11552\/revisions\/11554"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11553"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11552"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11552"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11552"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}