{"id":11555,"date":"2022-04-05T13:57:40","date_gmt":"2022-04-05T13:57:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11555"},"modified":"2022-04-05T13:57:43","modified_gmt":"2022-04-05T13:57:43","slug":"tinggalkan-kamera-ketika-bantu-orang-susah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/04\/05\/tinggalkan-kamera-ketika-bantu-orang-susah\/","title":{"rendered":"Tinggalkan Kamera Ketika Bantu Orang Susah"},"content":{"rendered":"\n<p>Mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan adalah sikap yang terpuji.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, ramai ingin melaksanakan kebajikan terutamanya membantu golongan susah.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, bolehkah kebajikan itu dilakukan dengan menjaga aib orang yang susah?<\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang yang susah, tapi tidak ingin kesusahannya diketahui keluarga terdekat mahupun sahabat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka ia adalah satu aib.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kerana dia suka menerima bantuan, tapi kesusahan yang diuji pada dirinya memaksanya terpaksa merendahkan maruah dan ego untuk menerima bantuan yang dihulurkan bagi meneruskan kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika boleh, dia ingin merahsiakan bahawa dirinya perlu menerima bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia mungkin tidak mahu ibu bapa mengalir air mata melihat dirinya bergelut dengan kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia mungkin tidak mahu adik-beradiknya tahu bahawa abangnya tidak berupaya berdikari setelah sekian lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia mungkin tidak mahu sahabat-sahabat atau rakan sekerjanya mengetahui keadaan hidupnya. Dia ingin menjaga maruahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, sejurus sahaja dia menerima bantuan, gambar dimuat naik ke media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang memberi bantuan menunjukkan dia sudah melaksanakan kebaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadangkala gambaran yang diberikan ialah pemberi bantuan sudah menyelesaikan kesusahan penerima bantuan dengan bantuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan itu menjadikan pemberi itu hero di dalam hantaran media sosialnya manakala penerima dijadikan sekadar sajian untuk melengkapkan suatu cerita kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada yang mengambil kisah mengenai perasaan penerima bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa yang akan mengambil berat apakah yang berlaku kepada si penerima bantuan selepas itu kerana ramai yang menganggap kesusahan mereka ditamatkan dengan bantuan yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara terpenting hanyalah foto dan video kebajikan yang dilakukan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Si pemberi bantuan, mungkin rata-ratanya ikhlas.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, majoriti secara tidak langsung tewas kepada godaan untuk menggunakan kesusahan si penerima bantuan sebagai sajian untuk menaikkan nama di dunia media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan ini bukanlah untuk menawarkan hati para si pemberi bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Teruskanlah membuat kebaikan dan kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tangan dan hati masih ingin mewar-warkan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan di media sosial meskipun Tuhan dah menyaksikan kebaikan yang dilakukan, buatlah tanpa mendedahkan aib si penerima.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya berceritalah mengenai ketabahan, kegigihan, kekuatan dan kecekalan orang susah menghadapi cabaran hidup dan terus meneruskan kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana belum tentu si pemberi bantuan dapat menandingi kehebatan para si penerima bantuan ini jika mereka diuji dengan kesusahan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuhan lebih tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan adalah sikap yang terpuji. Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, ramai ingin<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11556,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11555","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11555","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11555"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11555\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11557,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11555\/revisions\/11557"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11556"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11555"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11555"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11555"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}