{"id":11578,"date":"2022-04-11T11:49:24","date_gmt":"2022-04-11T11:49:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11578"},"modified":"2022-04-11T11:49:26","modified_gmt":"2022-04-11T11:49:26","slug":"jalan-dimakan-rasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/04\/11\/jalan-dimakan-rasuah\/","title":{"rendered":"Jalan Dimakan Rasuah"},"content":{"rendered":"\n<p>Dua tahun lalu, kerajaan Alam Boleh ingin membina jalan raya di Kampung Datuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka kerajaan Alam Boleh mengeluarkan tender untuk dibida.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang membidanya kerana projek itu lumayan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, untuk satu-satu kontraktor berjaya membida projek itu, banyak belanja yang perlu digunakan untuk menggembirakan mereka yang diberi kuasa meluluskannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian belanja adalah termasuk komisyen kepada mereka yang diberi kuasa membuat kelulusan dan juga orang tengah yang menjadi jambatan kepada mereka yang diberi kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana itu, kontraktor terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan kos pembinaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara cara yang paling lazim ialah mencari kontraktor yang sanggup menerima kontrak itu pada harga yang lebih rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kontraktor pertama akan mendapat untung atas angin.<\/p>\n\n\n\n<p>Kontraktor yang sanggup menerima kontrak yang lebih rendah pula perlu mencari jalan membina jalan raya tersebut pada kos yang lebih rendah agar keuntungan perniagaan masih ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, jalan raya yang sepatutnya dibina dengan ketahanan 10 tahun dibina dengan ketahanan tiga tahun dengan menggunakan barangan mentah yang tidak menepati spesifikasi yang dijanjikan demi mengurangkan kos.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, mengapa jalan raya cepat berlubang walaupun hanya selepas setahun dibina?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana jalan raya yang tidak dibina mengikut spesifikasi itu terpaksa berdepan dengan mudarat yang lebih berat.<\/p>\n\n\n\n<p>Lori-lori yang melebihi muatan yang dibenarkan dibiarkan lalu-lalang di atas jalan raya tanpa sekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya ada sekatan, tapi duit menyebabkan sekatan itu dibolosi dengan mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai-pegawai bergaji rendah diletakkan menjaga sekatan lori-lori yang dimiliki para peniaga jutawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanakah mereka mungkin terdaya untuk melawan godaan yang ditawarkan para peniaga jutawan untuk melepaskan lori-lori yang terlebih muatan?<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, kerajaan Alam Boleh terpaksa mengeluarkan tender baru untuk memperbaiki jalan raya yang baru berusia setahun, yang sepatutnya bertahan 10 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu hanya cerita jalan raya. Belum lagi yang lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat Alam Boleh sering bertanya ke manakah duit cukai mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Alam Boleh pula bingung mengapa duit sentiasa tidak cukup setiap kali rakyatnya meminta bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jalan raya berlubang itulah jawapannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu buat macam tidak tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya semua tahu, malah ramai berharap dapat terlibat bersama menikmati jalan berlubang rezeki lumayan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Betul tak? Jangan tipulah.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua tahun lalu, kerajaan Alam Boleh ingin membina jalan raya di Kampung Datuk. Maka kerajaan Alam Boleh mengeluarkan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11579,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11578","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11578"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11578\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11580,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11578\/revisions\/11580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11579"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}