{"id":11634,"date":"2022-05-01T17:53:28","date_gmt":"2022-05-01T17:53:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11634"},"modified":"2022-05-01T17:53:31","modified_gmt":"2022-05-01T17:53:31","slug":"kekuatan-luar-biasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/05\/01\/kekuatan-luar-biasa\/","title":{"rendered":"Kekuatan Luar Biasa"},"content":{"rendered":"\n<p>Berpuasa bukan satu perkara yang senang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai seorang bukan Islam yang cuba berpuasa, amalan agama ini adalah satu cabaran besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi seorang bukan Islam, menahan diri daripada minum sebarang minuman selama 14 jam memerlukan tekad setinggi bukit.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memerlukan satu keputusan yang nekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memerlukan satu kepercayaan yang teramat tinggi bahawa diri dapat menahan dahaga sehingga matahari terbenam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memerlukan satu keyakinan bahawa waktu Maghrib akan tiba jua meskipun apa yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan mereka yang terpaksa bekerja di bawah panas terik seperti petani atau kerja yang memerlukan tenaga banyak seperti nelayan, namun tetap meneruskan puasa mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan juga mereka yang kerja di dalam bilik pejabat yang penuh dengan dugaan dan pelawaan untuk menamatkan puasa pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang lebih hebat ialah mereka yang tua dan uzur, akan tetapi tetap berpuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan mereka tetap untuk meneruskan puasa walau apa pun berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sehari tapi sebulan walau apa pun berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mereka melakukannya?<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terbayang betapa kuatnya iman mereka untuk terus berpuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terukur betapa eratnya mereka memegang keputusan untuk terus berpuasa sehingga matahari menghilangkan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka yang biasa berpuasa, berpuasa itu mudah dan tiada apa yang luar biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi bagi bukan Islam seperti penulis yang cuba berpuasa, apa yang dicapai itu bukan satu kekuatan yang biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini satu kekuatan yang luar biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan pandang remeh akan kekuatan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kekuatan ini dapat diaplikasikan di segenap kehidupan, sudah pasti segalanya di dunia menjadi mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada cabaran yang dapat menyusahkannya kerana ia sudah dilatih untuk beristiqamah sehingga saat terakhir, dan ia dididik supaya yakin bahawa saat terakhir untuk berjaya akan tiba jua.<\/p>\n\n\n\n<p>Ungkapan putus asa tiada di dalam kamusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang hebat orang yang dapat berpuasa sebulan!<\/p>\n\n\n\n<p>Tabik hormat.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berpuasa bukan satu perkara yang senang. Sebagai seorang bukan Islam yang cuba berpuasa, amalan agama ini adalah satu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11634","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11634","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11634"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11634\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11636,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11634\/revisions\/11636"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11634"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11634"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11634"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}